Thursday, 21 May 2015

Fakta Pampers Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Assalamualaikum korang!

Lama tak bersiaran. Mood nak buat entri tu ke laut. Huhu. Tapi arini nak jugak buat sebab nak share benda best.

Semua yg ada anak kecik dah tentu pakai pampers kan? Kita orang Malaysia panggil pampers je. Tapi hakikatnya....

Tahukah korang yg sebenarnya PAMPERS adalah satu jenama lampin pakai buang di USA? So salah la kita menyebut pampers untuk refer lampin pakai buang. Tapi sebenarnya pampers USA dah berjaya develop brand diorang sampai semua orang ingat lampin pakai buang tu namanya pampers.

Itu satu.

So sebenarnya terma yg betul adalah diapers atau lampin pakai buang. Bukannya pampers ok. Hehe.

Tahu tak sejarah penghasilan pampers sebenanye untuk apa? Haaa. Ni pon saya baru belajar sejak berjinak2 dengan bisnes lampin pakai buang ni.

Sebenarnya lampin pakai buang dicipta untuk kegunaan angkasawan. Kenapa? Sebab masa roket nak naik ke angkasa, tekanan kuat akan terhasil dan kita sebagai manusia takkan dapat control kencing dan berak kita. Ni fakta ni tau. Bukan main2. So orang cipta lampin pakai buang untuk angkasawan pakai. Sama macam kegunaan microwave jugak la. Dicipta untuk angkasawan. Sebab kalau bawak tong gas ke angkasa takut meletup. Heeee.

Itu fakta nombor dua.

Tahu tak korang sebenarnya leak guard pada lampin pakai buang fungsinya bukanlah untuk menghalang kebocoran. Tapi sebenarnya leak guard kat tepi lampin pakai buang tu untuk mengelakkan air kencing daripada melimpah. Dan sebenarnya leak guard tu dibuat khas untuk anak lelaki. Sebab apa? Sebab anak lelaki kalau kencing, jenis memancut. So kalau dia pakai lampin pakai buang yg longgar sket, atau kalau dia baring ke meniarap ke takut tersalah pancut n keluar daripada diapers. Sebab tu la adanya leak guard untuk pantulkan balik air kencing tu ke dalam. Haaaa.

Ini fakta ketiga.

Fakta seterusnya, tahukah korang sebenarnya diapers yg bagus tak semestinya tebal. Sebab apa? Sebab diapers tebal disebabkan kapas yg ada dalam diapers tu. Teknologi sekarang menjadikan diapers makin lama makin nipis. Sama la macam handphone kita. Dulu kemain beso. Sekarang kalau boleh nak nipis je. Hehe. So janganla kita anggap pampers yg nipis tu kualitinya kurang. Sebab diapers nipis mungkin disebabkan diapers tu ada SUPER ABSORBANT POLIMER yg cukup untuk menyerap air kencing.

Dulu kalau ikutkan evolusi diapers ni memang betul diapers diperbuat daripada kapas. Tebal. Bila kencing je melendut. Kalau sebelum ni kapas dalam diapers tu dihasilkan oleh pulp yg ada dalam pokok. So nak hasilkan diapers kena tebang pokok sama la macam nak hasilkan kertas. Kertas boleh recycle. Diapers dah tentu tak boleh. Kalau la kita asyik tebang pokok, apa jadi dengan bumi kita nanti? Apa yg tinggal untuk future generation kita nanti? Global warming, bencana alam. Sebab tu la sekarang ni diorang cipta teknologi lain untuk gantikan pulp ni. Skang ni dah makin canggih. Tak gaduh nak tebal2 dah. Tapi itu la, Kita kena betulkan mentaliti orang. Tebal tak semestinya bagus.

Dan yes. Ada kajian yg dilakukan oleh Pampers USA, diapers tebal menyebabkan anak2 jalan sedikit kengkang. So kalau nak anak jalan lurus, pakaikan la cloth diapers atau pon dapatkanla diapers nipis. Kita yg dewasa ni pon rimas kalau pakai pad tebal. Apatah lagi budak2 kan? 

Cuma anak2 kita tak pandai nak bagitau. Dah pandai cakap barula pandai nak komplen. Zidane skang dah pandai komplen. Ibu, tak selesa. Terus tanggal diapers. Dah potty train slow2 dah. Hehe.

Fakta berikutnya, diapers yg mempunyai SAP yg tinggi tanpa kapas di dalamnya, mampu menyerap air kencing sehingga 6 kali kencing. Berbanding dengan diapers yg kapas ni. 2 kali je dah berketul. Dah melendut.

So walaupun diapers yg kita beli tu murah tapi kalau tak tahan, sama macam guna diapers yg mahal sket ye tak? Diapers murah kena kerap tukar, diapers mahal sket tak perlu tukar kerap. Sama je. Dua kali 5.

Fakta berikutnya. Tahu tak korang, macam mana kita nak tau yg diapers tu daripada teknologi korea? Cuba tengok wetness indicator ataupon petunjuk kebasahan pada diapers tu. Kalau ada dan bertukar warna maka memang betulla itu daripada teknologi korea. Sebab apa? Sebab wetness indicator tu dah dipatenkan milik teknologi korea. So walaupun dimanufacture di China, jangan risau. Kualiti dan standard masih seperti korea punya. Lagi pon nape la org hina sangat Made in China ni ye. Iphone pon made in china what.... Hehehehe.

Kenapa pampers USA masuk ke China? Sebab diorang pon nak hasilkan diapers yg jauh lagi murah tapi berkualiti untuk penuhi keperluan masyarakat sedunia. Kalau korang nak pakai diapers yg made in korea memang tak dapekla. Sebab diorang kat sana manufacture diapers untuk pasaran Eropah. Ringgit Malaysia acaner kalau nak dibandingkan dengan matawang Eropah. Got it?

So gini.

Kalau perlukan diapers murah, boleh roger saya. Saya boleh bantu untuk dapatkan diapers murah. Kalau nak diapers berteknologi korea atau pon diapers angkasawan atau future technology diapers, boleh jugak roger saya. Hehehe.


Ni contoh diapers future technology USA. Nipis dan tahan lebih lama. Mampu milik.


Yg ni jenis murah. Murah berbaloi2. 
 RM36 untuk 100 pcs untuk saiz S sampai XL. 


 Sekali beli banyak. Penuh boot preve. Hehe. 




Yg ni yg pampers bajet. Kapas 100%.


Yg ni ultrathin. 100% super absorbant polimer. 


Yg ni mamypoko ekonomi. Kombinasi kapas dan super absorbant polimer. 






Regards,

Marina, Ibu Zidane



2 comments: