Wednesday, 15 April 2015

Ujian mendidik hati

Assalamualaikum semua!

Arini saya nak bagitau progress kereta saya. Alhamdulillah. Kereta dah dijumpai. Since kes dah jadi kes polis dan kertas siasatan dah dibuka, maka saya pon terpaksa la menyerahkan segalanya kepada pihak yg lebih berkuasa.

Apa pon sejak kertas siasatan dibuka, kereta saya polis dah masukkan ke dalam senarai wanted dan blacklist. So saya masih tak dapat kereta saya. Kereta masih di balai. Hanya nak tunggu masa untuk polis clearance. Yg penting dah jumpa. Walau pon masih tak dapat, saya masih boleh jenguk kereta sendiri bila saya suka. Dan yg penting saya tahu mana letaknya kereta saya.

Tak tau apa jadi dengan kereta saya? Boleh la belek2 blog saya. Nak letak link malas pulak rasanya. Sebab benda dah lepas dan tak perlulah dihebohkan lagi. Hehe.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Segala puji bagi Allah yg memberikan ujian sesuai dengan kekuatan saya untuk memikulnya. Benar, Allah takkan uji kalau kita tak mampu pikul bebannya.

Untuk 3 ke 4 hari pertama memang saya tak boleh terima. Saya paksa polis siasat. Tolong siasat ke mana kereta saya. Sampaikan IO pon naik meluat tengok muka saya. Saya gunakan semua medium yg ada. Saya ke JPJ untuk halang road tax renewal. Tapi take note ye skang ni tak boleh dah nak halang pembaharuan cukai jalan. So memang tak boleh pon.

Tapi itulah. Masuk seminggu, saya mula pasrah. Kembali bersujud mohon pada DIA. Ada kawan yg nasihat saya, minta pada DIA. Sebab DIA yg pegang hati manusia. Minta pada DIA. Sebab hanya DIA yg akan tunjukkan jalannya.

Memang betul. Lepas saya minta pada DIA dan mohon pada yg Maha Berkuasa, langkah saya makin mudah. Percaya atau tidak, kereta saya, saya jumpa tanpa bantuan polis ataupon JPJ. Tanpa bantuan manusia. Saya cuma percaya bahawa setiap manusia ada kelemahannya. Dan hanya Allah yg boleh bantu saya. Betul. Ibarat miracle. Orang lain mencari kereta hilang bagai nak gila sampai ke sudah tak jumpa pon ada. Alhamdulillah. Saya jumpa jugak akhirnya. Perfect condition tanpa cacat cela.

Saya juga percaya selepas saya minta pada DIA, kerja dan jalan saya semakin mudah. Saya dapat consult dengan rakan2 polis yg banyak pengalaman kes yg serupa. Saya jumpa pegawai JPJ yg sanggup bantu saya. Saya jumpa pegawai bank yg kebetulan bekerja di bank yg saya buat loan kereta. Alhamdulillah. 

Minggu lepas, tak cukup sebulan kereta saya dilarikan, saya akhirnya ditemukan dengan kereta saya. Terima kasih kepada semua. Kepada yg tak putus2 mendoakan, yg tak henti2 memberikan buah fikiran. Terima kasih semua.

Indahnya pengalaman ini.

Gini la. Pendekkan cerita, saya percaya Allah uji kita bukan dengan ujian semata. Nikmat usia, nikmat anak2, nikmat rezeki semua juga adalah ujian yg Allah sampaikan kepada kita. Bila Allah uji kita, maknanya Allah nak didik hati kita. Sabar tak kita? Mampu tak kita kongsi rezeki dan nikmat kita dengan orang lain?

Jenuh saya mendidik hati sepanjang diuji. Seronoknya diuji sebab saya percaya Allah rindukan saya. Allah rindukan solat malam saya. Allah rindukan doa saya. Allah rindukan permintaan saya. 

Allah.

Sedang diri ini masih kadang2 alpa, Allah peluk kita dengan nikmat dan rezeki yg tak terhingga banyaknya.

Saya ingat lagi ada sorang kawan ingatkan saya. Katanya Allah uji kita sebab DIA nak angkat darjat kita. Bila pikir balik, betulla. Kalau tak diuji, bila lagi kita nak rendahkan ego kita? Bila tak diuji, sampai bila kita nak rasa kita besar dan betul segalanya? Kan? 

Bila kita redha dengan apa2 yg mengecewakan kita, percayalah Allah akan gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yg kita tak sangka.

Tak perlu rasa sedih. Sebab orang lain kalau diuji belum tentu tabahnya mereka seperti kita. =)


I love u Allah. Thank u for testing me. 


Regards,
Marina, Ibu Zidane 

No comments:

Post a Comment