Tuesday, 28 April 2015

Khatan anak perempuan : Bila sesuai?

Assalamualaikum semua!

Lama tak ketemu. Cewah. Gini. Pagi tadi sembang2 dengan akak opis. Semalam pon ada jugak terbaca komen kat satu grup ni pasal berkhatan. Lupa plak yg kita ni ada anak perempuan. Dah nak masuk 4 bulan ni. Baru teringat nak sunatkan anak. Huuuu. Maklumla. Kalau anak laki biasa orang buat lambat sket kan. 

Sori la sangat anakku. Huhu.

Ok2. Long story short. Kalau diikutkan Fatwa di Malaysia, berkhatan bagi wanita ni WAJIB. Berkhatan ni sebahagian daripada syiar Islam yg perlu dilaksanakan oleh kita sebagai umat Islam. Tapi. Kalau ada kemudaratan, maka kelonggaran diberikan. Contohnya kalau bersunat ni boleh datangkan mudarat kepada diri sendiri, maka tak perlu la nak bersunat. Islam kan mementingkan keselamatan umatnya. =)

Segala hujah mengenai fatwa ni boleh la dibaca kat page E-Fatwa ni.

So now come the next issue.

Bila boleh berkhatan?

Kalau ikutkan ada yg berpendapat boleh nak khatankan anak perempuan masa dalam pantang. Biar anak dengan mak berpantang sekali. Hehe.

Namun, ramai yg bagi feedback dan berpendapat kalau nak berkhatan boleh la nak khatan masa umur baby 2 ke 4 bulan.

Sebabnya? Kalau khatan awal sangat masa dalam pantang, buatnya baby meragam, kita ni jugak yg stress. Nak jaga badan lagi. Nak jaga luka lagi. Mana nak layan anak yg meragam lagi. Kan? Logik jugak.

Umur 2 ke 4 bulan tu sesuai sangat sebab anak2 belum lagi start merangkak. Kalau takat meniarap guling sana sini tu tahan lagi la kan. Takde la diorang lasak sangat. Biasa la sindrom mak2 ni. Anak sunat, mak yg ngilu. Kih kih.

Insya Allah khamis atau jumaat ni kami akan bawak Durrah pegi sunat. Semoga baik2 belaka. Nanti saya share lagi pengalaman menyunatkan anak. Maklumla. Anak pompuan first. Takde pengalaman. Hehe.

Layan la gambo adik ni haaaa. Jaga la dik. Nak sunat minggu ni. Hahaha.




Regards,
Marina, Ibu Zidane




2 comments:

  1. Elok disunat 1 tahun keatas, bijik kelentit budak tu pun dah jelas dan mudah bagi dokter nak gunting potong sikit hujung kelentit.
    Kalau guna jarum cucuk kelentit bagi berdarah, itu cuma simbolik dan tak menepati hukum bersunat.

    ReplyDelete
  2. Baiknya tak usah dicacatkan kelentik budak tu. Allah bagi alat penting itu kenapa kita nak cacatkan nya?

    ReplyDelete