Wednesday, 1 April 2015

Cara menerima GST dalam kehidupan tanpa rasa beban

Assalamualaikum semua!


Pernah tak rasa stress camni? Cukup ke nak mengeluh saja? Push factor dah cukup tapi macam mana kita nak pastikan kita ada "burning desire"?


Hari ni rasa macam nak cerita pasal cara nak terima GST dalam kehidupan tanpa rasa terbeban sikit pon. Haa. Ni la masanya kita nak tau kepentingan ada side income walaupon kita ada kerja hakiki. Bukan apa. Persediaan menyambut GST katakan. Hehe. Jom kita buat kira2 nak?

Kita ambil gaji bersih RM5000 untuk sepasang suami isteri. Ni contoh je tau. 

(Tolak)

Sewa Rumah  
RM500
Bil TNB                        
RM150
Bil Air
RM50  
Bil Telefon
RM200
Bil Streamyx
RM110
Kereta
RM1000 (2 kereta)
Barang Dapur
RM250
Makan Minum
RM250 (suami & isteri)
Minyak kereta              
RM400 (suami & isteri)    
Pengasuh
RM550 (2 orang anak)
Misc
RM500
Pampers
RM200 (2 orang anak)
Susu
RM500 (2 orang anak)
TOTAL
RM4660

Baki dalam tangan : RM340


Haa. Ni tak masuk lagi kalau tetiba ada emergency. Macam saya bulan lepas, 3 biji tayar kena tukar. Huuuu. Sendu ooo nak keluarkan duit. Kalau yg jenis ada perancangan kewangan tiap bulan macam saya, bila ada benda yg kita kena dulukan atas sebab kecemasan, jenuh gak la ada short sana sini. Bila short, kita pinjam duit orang dulu atau dapatkan advance daripada majikan, hujung bulan dah kena tolak balik. Sedih kan?

Memang sedih. Ini realiti. Lagi2 dah tambah dengan GST ni. Laaaagi banyak nak kena guna duit. 

Ada banyak cara mudah untuk kita terima hakikat yg GST ni dah jadi sebahagian dalam kehidupan kita. Saya ada la google di internet. Antara lain, ada yg kongsikan tips menghadapi GST ni. Saya share kat sini ok.

Ada 40 cara untuk kita selamatkan duit kita pada tahun 2015 ni. Nak tau? Meh baca lagi. Kopi pes dari mesej whatsapp ni. Katanya tips ni dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yg merupakan penulis buku Mudahnya Beli Rumah.
  • Belanja kurang daripada pendapatan
  • Cari gaya hidup
  • Ubah gaya hidup
  • Rancang kewangan anda
  • Mulakan menabung EMAS FIZIKAL
  • Batalkan kad kredit
  • Kurang cakap di handphone
  • Cari hobi yg tambah pendapatan
  • Hadiahkan diti dengan simpanan
  • Tahan nafsu hingga promosi baru beli
  • Jangan beli kerana "Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun"
  • Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
  • Kurangkan insurans kenderaan mengikut harga semasa
  • Nikmati hiburan percuma
  • Kekal prestasi cemerlang 
  • Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu
  • Jangan beriadah di Pavilion atau Mall
  • Berhenti merokok
  • Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
  • Makanan bukan untuk dicuba
  • Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
  • Takaful jangan lebih 10% daripada pendapatan
  • Sediakan dana pelaburan
  • Jangan mudah putus asa
  • Jangan salahkan panda bila kita susah
  • Barang terpakai bukan dosa
  • Beli baju di Mydin pon kacak juga
  • Beli secara tunai
  • Jangan jadi hamba faredadee
  • Jangan jadi  hamba honda city
  • Guna motor itu ranggi
  • Jangan berhutang kerana layak pinjaman
  • Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
  • Lupakan impian tambah Nelopah
  • Kereta kecil tetap bergaya
  • Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
  • Lupakan sportrim dan spoiler kereta
  • Mesyuarat keluarga tentangg belanja
  • Kurangkan tengok drama2 orang kaya
  • Didik nafsu

Statement yg paling best adalah : Siapa yg boleh kawal nafsu, dia boleh kawal dunia! Sebab apa? Sebab 2015 tahun GST. Hehe.

Haa. Itu antara tips yg kita kena amalkan untuk pastikan sekurang2nya kita ada duit lebih setiap bulan untuk dijadikan duit ketika kecemasan. Paling tidak, boleh la kita buat simpanan. 

Saya pulak semenjak merasa hidup sedikit susah dan serba cukup ni, banyak tips yg dinyatakan kat atas ni dah saya ikut sebelum masuk tahun 2015. Alhamdulillah.

Ikut semua tips ni diikutkan ok2 sangat. Tapi kalau nak lebih lagi, boleh la join saya untuk tambah pendapatan melalui Shaklee. Sistem MLM yg adil dan bukan sistem piramid yg menindas. Insya Allah. Semua bekerja untuk dapatkan hasil masing2. Takde istilah downline buat kerja, upline giyang kaki. Jangan mimpi k. Hehe.

Esok saya cerita kenapa Shaklee best sangat. Dan kenapa Shaklee boleh bantu kita jana pendapatan supaya kita dapat buat side income dan buat simpanan di zaman gawat ni. 

Betul. Kebahagiaan tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tapi nak bahagia kena la cukup wang ringgit. Hehe. Dah ada wang ringgit, nak zuhud lain cerita pulak.

Ok, jumpe esok naa.

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!
Shaklee ID : 918265


No comments:

Post a Comment