Tuesday, 28 April 2015

Khatan anak perempuan : Bila sesuai?

Assalamualaikum semua!

Lama tak ketemu. Cewah. Gini. Pagi tadi sembang2 dengan akak opis. Semalam pon ada jugak terbaca komen kat satu grup ni pasal berkhatan. Lupa plak yg kita ni ada anak perempuan. Dah nak masuk 4 bulan ni. Baru teringat nak sunatkan anak. Huuuu. Maklumla. Kalau anak laki biasa orang buat lambat sket kan. 

Sori la sangat anakku. Huhu.

Ok2. Long story short. Kalau diikutkan Fatwa di Malaysia, berkhatan bagi wanita ni WAJIB. Berkhatan ni sebahagian daripada syiar Islam yg perlu dilaksanakan oleh kita sebagai umat Islam. Tapi. Kalau ada kemudaratan, maka kelonggaran diberikan. Contohnya kalau bersunat ni boleh datangkan mudarat kepada diri sendiri, maka tak perlu la nak bersunat. Islam kan mementingkan keselamatan umatnya. =)

Segala hujah mengenai fatwa ni boleh la dibaca kat page E-Fatwa ni.

So now come the next issue.

Bila boleh berkhatan?

Kalau ikutkan ada yg berpendapat boleh nak khatankan anak perempuan masa dalam pantang. Biar anak dengan mak berpantang sekali. Hehe.

Namun, ramai yg bagi feedback dan berpendapat kalau nak berkhatan boleh la nak khatan masa umur baby 2 ke 4 bulan.

Sebabnya? Kalau khatan awal sangat masa dalam pantang, buatnya baby meragam, kita ni jugak yg stress. Nak jaga badan lagi. Nak jaga luka lagi. Mana nak layan anak yg meragam lagi. Kan? Logik jugak.

Umur 2 ke 4 bulan tu sesuai sangat sebab anak2 belum lagi start merangkak. Kalau takat meniarap guling sana sini tu tahan lagi la kan. Takde la diorang lasak sangat. Biasa la sindrom mak2 ni. Anak sunat, mak yg ngilu. Kih kih.

Insya Allah khamis atau jumaat ni kami akan bawak Durrah pegi sunat. Semoga baik2 belaka. Nanti saya share lagi pengalaman menyunatkan anak. Maklumla. Anak pompuan first. Takde pengalaman. Hehe.

Layan la gambo adik ni haaaa. Jaga la dik. Nak sunat minggu ni. Hahaha.




Regards,
Marina, Ibu Zidane




Friday, 17 April 2015

Bersara tanpa KWSP

Assalamualaikum semua!

Sibuk orang cerita sana sini bila government bercadang nak naikkan umur untuk pengeluaran KWSP daripada umur 55 tahun ke 60 tahun.



Realitinya memang betul. Biasanya dalam 3 tahun, wang simpanan KWSP selesai begitu sahaja. Padahal, duit itu la sebenanye kita perlu guna untuk menampung kehidupan kita seharian selepas berpenat lelah bekerja selama berapa puluh tahun. Itu untuk orang yg kerja swasta la. Sebab untuk penjawat awam, once disahkan jawatan maka pengeluaran KWSP dah boleh dibuat. Kita bertukar dari KWSP ke sistem berpencen. Tapi ada jugak yg prefer untuk buat potongan KWSP jugak. Itu terpulang pada individu.

Penjawat awam pon ada masalah jugak. Walaupon berpencen, pencen yg kita terima takkan sama dengan gaji kita setiap bulan. Contoh gaji tiap bulan RM3000. Pencen mungkin tak sampai RM2000. Kat sini dah ada funding gap issue pulak. Kalau sebelum ni liabiliti RM1000, dengan pencen yg tak sampai RM2000 macam mana nak cover liabiliti dan expenses setiap bulan? Haaaa. Nampak kan?

Sebab tu, pada saya, baik kerja kerajaan mahupun swasta, masing2 ada isu kat sini. Masalah selepas pencen. 

Ok back to issue. Cukup ke simpanan KWSP tu untuk sara saki baki hidup kita bila mana kos sara hidup makin meningkat? Jawapannya dah tentu tak cukup. =)

Resolusinya?

Pada saya, ini kepentingannya ada pengetahuan pasal rancangan selepas bersara. Biasanya kalau penjawat awam ni kan, lagi 4 ke 5 tahun nak pencen, masa tu la baru jabatan buat kursus pasal ni. Saya rasa, sepatutnya, kursus2 macam ni perlu dilakukan sebelum kita disahkan jawatan lagi supaya dapat buka minda kita untuk rancang kewangan kita dengan lebih awal. Kalau 4 ke 5 tahun nak pencen baru nak buat memang tak sempat dah la. Dah terlalu lambat.

Kalau kita plan daripada gaji pertama, insya Allah retirement plan kita akan cukup. Sebab lagi awal kita bermula, lagi banyak fund yg kita boleh simpan. 

Itu kalau ada kesedaran untuk buat retirement fund la. Biasanya kalau orang yg masih muda, gaji banyak, kita tak pikir sangat pasal retirement fund ni. Sebab kita tak ambik kesah sangat pasal apa yg akan jadi di masa akan datang.

Cuma.

Kalau la rasa berat sangat nak buat retirement fund, apa cara lagi yg boleh kita buat untuk pastikan selepas pencen kita tak rasa susah?

Cara yg kedua adalah dengan cuba cari passive income yg bole kita jadikan sebagai simpanan. Beli tanah, buat ladang sawit atau bela ayam, itik, kambing atau lembu. Atau kalau rasa geli nak bercucuk tanam dan jadi gembala, apa kata beli tanah, bina rumah dan sewakan. Cari rumah lelong, elokkan balik dan sewakan. Semua tu passive income tu. Boleh buat duit secara senyap. Hehe.

Cara yg ketiga pulak boleh la nak jimatkan perbelanjaan mana yg patut. Kalau sebelum ni asyik makan kedai, lepas ni kurangkan makan kedai. Masak sendiri, dah tentu lebih sihat dan selamat. Puasa tiap hari Isnin dan Khamis. Kurangkan memenuhi kehendak diri, sebaliknya, penuhi apa yg kita perlukan sahaja. 

Nak cara paling best? 

Buat bisnes. Part time atau full time, kita yg tentukan. Tak semestinya amik financial product yg disediakan pihak bank sahaja untuk dapatkan passive income. Nak meniaga burger? Nak meniaga kebab? Bukak kedai makan? Semua boleh. Cuma kalau macam nak bukak kedai makan tu, modal pon banyak jugak kan? Apa kata untuk starting ni kita mulakan dengan modal yg takde risiko. 

Nak lagi senang? Cuba la bisnes Shaklee. Bisnes automated yg kita tak perlu 24 jam kerah diri buat bisnes. Masa cuti masih boleh berbisnes, masa sakit nak bersalin pon masih boleh berbisnes. Hehe. Bisnes yg fleksibel, patuh syariah dan dah tentu berjenama dunia. Shaklee bukan setahun dua je kat pasaran. Dah lama kan. =)



Oh ye, orang akan cakap, puak2 MLM ni akan mula la bg ceramah untuk ajak orang lain join. Isu GST, isu had umur pengeluaran KWSP dinaikkan maka orang2 MLM sibuk ajak buat bisnes itu ini. Klise kan? Tapi orang tak tengok betapa niat kami suci untuk membantu orang lain dapatkan side income sama. Bukan sekadar dapat duit, kita dapat kesihatan yg baik juga. Jangan la pandang serong dengan niat kami ni ye. Kenali dulu Shaklee. Jangan cepat jump into conclusion.

So tepuk dada tanya selera. 

Expenses sekarang bukan main mencanak naiknya. Kalau dulu RM50 boleh beli macam2, sekarang ni nak beli pampers anak dengan susu anak pon belum tentu lepas. Kalau duit kuih kat gerai nasi lemak boleh dapat 3 RM1. Sekarang, sebiji kuih dah RM0.40.

Haaaa. Tinggi kan kos sara hidup sekarang. Seram pulak rasanya.

Sebab tu kalau ada yg nak dapatkan side income untuk cover duit susu dan pampers anak tiap bulan, atau kalau ada yg nak side income supaya dapat lebih menyimpan, saya cadangkan untuk buat duit dengan Shaklee. Sebab apa? Sebab Shaklee 0 risk. Itu je. Modal pon RM80 je untuk yuran keahlian. Lepas tu terpulang pada kita la. Nak bisnes banyak, usaha banyak. 

Tepuk dada tanya selera.

Masih belum terlambat sebenarnya. Yg penting kita mula. Cuma rugi sikit la dibandingkan dengan orang yg dah lama mula. Itu je. Hehe. Better late than sorry!

Nak jadi ahli Shaklee? 

Meh roger saya. PM/Call/SMS/WhatsApp 018.375.1884.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!
Shaklee ID : 918265












Wednesday, 15 April 2015

Ujian mendidik hati

Assalamualaikum semua!

Arini saya nak bagitau progress kereta saya. Alhamdulillah. Kereta dah dijumpai. Since kes dah jadi kes polis dan kertas siasatan dah dibuka, maka saya pon terpaksa la menyerahkan segalanya kepada pihak yg lebih berkuasa.

Apa pon sejak kertas siasatan dibuka, kereta saya polis dah masukkan ke dalam senarai wanted dan blacklist. So saya masih tak dapat kereta saya. Kereta masih di balai. Hanya nak tunggu masa untuk polis clearance. Yg penting dah jumpa. Walau pon masih tak dapat, saya masih boleh jenguk kereta sendiri bila saya suka. Dan yg penting saya tahu mana letaknya kereta saya.

Tak tau apa jadi dengan kereta saya? Boleh la belek2 blog saya. Nak letak link malas pulak rasanya. Sebab benda dah lepas dan tak perlulah dihebohkan lagi. Hehe.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Segala puji bagi Allah yg memberikan ujian sesuai dengan kekuatan saya untuk memikulnya. Benar, Allah takkan uji kalau kita tak mampu pikul bebannya.

Untuk 3 ke 4 hari pertama memang saya tak boleh terima. Saya paksa polis siasat. Tolong siasat ke mana kereta saya. Sampaikan IO pon naik meluat tengok muka saya. Saya gunakan semua medium yg ada. Saya ke JPJ untuk halang road tax renewal. Tapi take note ye skang ni tak boleh dah nak halang pembaharuan cukai jalan. So memang tak boleh pon.

Tapi itulah. Masuk seminggu, saya mula pasrah. Kembali bersujud mohon pada DIA. Ada kawan yg nasihat saya, minta pada DIA. Sebab DIA yg pegang hati manusia. Minta pada DIA. Sebab hanya DIA yg akan tunjukkan jalannya.

Memang betul. Lepas saya minta pada DIA dan mohon pada yg Maha Berkuasa, langkah saya makin mudah. Percaya atau tidak, kereta saya, saya jumpa tanpa bantuan polis ataupon JPJ. Tanpa bantuan manusia. Saya cuma percaya bahawa setiap manusia ada kelemahannya. Dan hanya Allah yg boleh bantu saya. Betul. Ibarat miracle. Orang lain mencari kereta hilang bagai nak gila sampai ke sudah tak jumpa pon ada. Alhamdulillah. Saya jumpa jugak akhirnya. Perfect condition tanpa cacat cela.

Saya juga percaya selepas saya minta pada DIA, kerja dan jalan saya semakin mudah. Saya dapat consult dengan rakan2 polis yg banyak pengalaman kes yg serupa. Saya jumpa pegawai JPJ yg sanggup bantu saya. Saya jumpa pegawai bank yg kebetulan bekerja di bank yg saya buat loan kereta. Alhamdulillah. 

Minggu lepas, tak cukup sebulan kereta saya dilarikan, saya akhirnya ditemukan dengan kereta saya. Terima kasih kepada semua. Kepada yg tak putus2 mendoakan, yg tak henti2 memberikan buah fikiran. Terima kasih semua.

Indahnya pengalaman ini.

Gini la. Pendekkan cerita, saya percaya Allah uji kita bukan dengan ujian semata. Nikmat usia, nikmat anak2, nikmat rezeki semua juga adalah ujian yg Allah sampaikan kepada kita. Bila Allah uji kita, maknanya Allah nak didik hati kita. Sabar tak kita? Mampu tak kita kongsi rezeki dan nikmat kita dengan orang lain?

Jenuh saya mendidik hati sepanjang diuji. Seronoknya diuji sebab saya percaya Allah rindukan saya. Allah rindukan solat malam saya. Allah rindukan doa saya. Allah rindukan permintaan saya. 

Allah.

Sedang diri ini masih kadang2 alpa, Allah peluk kita dengan nikmat dan rezeki yg tak terhingga banyaknya.

Saya ingat lagi ada sorang kawan ingatkan saya. Katanya Allah uji kita sebab DIA nak angkat darjat kita. Bila pikir balik, betulla. Kalau tak diuji, bila lagi kita nak rendahkan ego kita? Bila tak diuji, sampai bila kita nak rasa kita besar dan betul segalanya? Kan? 

Bila kita redha dengan apa2 yg mengecewakan kita, percayalah Allah akan gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yg kita tak sangka.

Tak perlu rasa sedih. Sebab orang lain kalau diuji belum tentu tabahnya mereka seperti kita. =)


I love u Allah. Thank u for testing me. 


Regards,
Marina, Ibu Zidane 

Thursday, 9 April 2015

Buang Lemak Bina Otot





Kenapa Cinch Shake Mix Shaklee best? Sebab dalam Cinch ni ada Leucine. Leucine ni adalah asid amino perlu. Badan kita tak boleh menghasilkan leucine secara sendiri. Sebab tu kita perlukan leucine yg diambil daripada makanan. Leucine ni jugak adalah antara salah satu asid amino daripada 3 asid amino penting yg sangat diperlukan oleh badan. Semua asid amino dalam badan mempunyai fungsi yg berlainan.

Kalau nak tau L-Leucine ni bertindak dengan cara yg unik di mana dapat membantu membakar lemak TANPA menghilangkan otot. Leucine ni membantu pembentukan dan penjagaan otot dan meningkatkan kehilangan lemak, menstabilkan paras glukos dalam darah dan meningkatkan komposisi badan lebih2 lagi kalau orang tu mengamalkan diet kalori yg sangat ketat.

Macam yg saya cakap sebelum ni. Leucine ni membantu mengekalkan otot kan. Otot ni dah la bekerja membakar kalori 24 jam. Kalau otot dalam badan kita lebih banyak, maka lebih banyak kalori dapat dibakar. Kalau kita pulak mengamalkan diet rendah kalori, badan akan menganggap kita dalam startvation mode. Sebab tu la lemak akan disimpan sebagai sumber tenaga sebab bila starvation mode tu selesai, badan kita akan mencari sumber gentian tenaga. Jadi badan akan mula tumpu pada otot dan memecahkan tisu otot untuk dapatkan sumber tenaga. Take note kan tadi. Lagi banyak otot, lagi banyak kalori dibakar. Tapi kalau otot dan tisu otot diserang, camna nak bakar lemak dengan baik dan berkesan ye tak?

Bila otot kita pecah, nitrogen dilepaskan dan akan disingkirkan melalui buah pinggang dan melalui system perkumuhan yg lain. So berat yg dapat dibuang tu bukannya lemak tapi otot dan air. Ruginya. Sebab tu menggeleber lemak merata sana sini.

Leucine jugak penting untuk membolehkan proses sintesis protein berlaku dengan baik. Bila leucine kurang dalam badan, badan kita tak dapat nak proses sintesiskan protein yg ada dalam badan. Bila tak sintesis, maka protein disimpan sebagai punca tenaga sama macam lemak.

Leucine jugak penting untuk mengelakkan pemecahan tisu otot semasa bersenam. Kita bersenam untuk bakar kalori. Dalam masa yg sama otot pon bakar kalori. Sebab tu kena pelihara otot kita ni. Baru berat berkurangan dengan cara yg betul.

Jom bina otot! Bukan nak otot berketak2 dan sado nau. Cukupla sekadar lemak ditukar menjadi otot supaya kita jadi slim & fit!

Bulan ni Cinch ada promo. Cinch Shake Caffe Latte sedap oooo.





Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 018.375.1884.


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!

Shaklee ID: 918265

Thursday, 2 April 2015

Pakej KURUS & DETOKS di bulan April

Assalamualaikum semua!

Haaaaa. Ni sesuai sangat untuk semua orang yg nak kurus atau nak "uruskan" berat badan. Macam saya, saya pilih untuk URUSKAN berat badan daripada nak kurus. Kenapa? Sebab URUS lagi mudah daripada KURUS. Haha.

Gini. Nak cite sebenanye. Bulan April sempena dengan GST ni, Shaklee buat promo extravaganza. Betul. Ish. Memang ruuuugiiii sangat kalau tak rebut peluang bulan ni.

Untuk yg nak kurus, Shaklee tawarkan apa?




  • Cinch Shake Mix Shaklee : Beli 3 Free 1
  • Lecithin : Beli 6 Free 1 / Beli 2 dapat Off 5%

Kenapa Cinch Shake best? Ingat tak saya pernah cerita, dalam weight management programme shaklee ada 3B. Bakar, Buang dan Bina Otot. So Cinch Shake ni membantu untuk bina otot. Bukanlah nak jadikan kita ni macam ahli bina badan. Sebaliknya, kalau la kita ada lebihan lemak yg menggeleber, Cinch Shake bantu kita untuk tukar lemak tu jadi otot. Bila lemak tukar jadi otot maknanya badan kita akan jadi lebih pejal. Bila lebih pejal, maka inci akan kurang. Cinch Shake Mix ni jugak membantu kita untuk rasa kenyang. Bila kita rasa kenyang, bukanla kita tak makan. Kita akan makan tapi kuantiti makanan yg kita ambil akan berkurangan. Bila kurang makan, takdela debab. Hehe. Oh yes, Cinch ni jugak tinggi serat. Bila tinggi serat dan fiber senang la kita nak melawas. =)

Lecithin best kenapa? Sebab lecithin dapat melarutkan lemak tepu. Bila lemak tepu tu larut, senang la kita nak buang melalui proses perkumuhan. Lecithin jugak adalah sumber utama kolina. Kolina penting untuk apa? Dah tentu untuk otak. Nak lagi tajam kritis dan kritikal thinking boleh la amik Lecithin. Hehe. Yg penting, takde perisa, pewarna tiruan, pemanis dan pengawet. 




Untuk yang nak betulkan hormon, dapatkan kulit yg radian, glowing dan berseri2, apa pulak Shaklee tawarkan?

  • GLA : Beli 6 Free 1 / Beli 2 dapat Off 5%

GLA best nape? Sebab GLA ada minyak borage yg ada asid gamma linolenik atau GLA, asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E. Kalau untuk yg hormon tak betul elok sangat amalkan GLA ni. Atau yg nak hamil, GLA bantu untuk kita hasilkan telur yg lebih berkualiti. Kalau yg ada PMS tu, insya Allah tiap kali period kita akan rasa lega dan tak sakit kepala. Selain regularkan period, simptom2 menopaus pon dapat dikurangkan. Lagi sekali, GLA takde perisa atau pewarna tiruan. Takde pemanis mahupun pengawet. 




Nak detoks hati? Haaaa. Hat ni lagi hebat daripada alfalfa dengan Herb Lax. Hehe. Apa dia?

  • DTX Complex : Beli 3 Free 1

Nape DTX Complex best? Sebab DTX Complex ni dikira sebagai tonik hati. Campuran herba proprietari pelbagai ekstrak aktif. Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati. Ada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Kalau nak detoks hati memang ni la yg paling sesuai. Kenapa detoks hati tu penting? Jangan ingat detoks usus dan detoks darah je yg penting. Hati ni pon perlu didetoks tau. Sebab detoks ni penting untuk memastikan kadar penyerapan vitamin dan nutrien daripada pemakanan kita seharian di tahap yg maksimum dan 100%. Sebab tu detoks bukan sekadar untuk usus atau sistem pelawasan dan untuk kurus je. Lepas kita detoks hati dan darah sekali insya Allah kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

Kat sini la DTX Complex bertindak sebagai penapis tokisn dalam badan dan membantu menyingkirkan racun serta bahan toksin yg berkumpul dalam hati. Dengan ambik DTX ni la kita menggalakkan fungsi hati yg lebih sihat.




Untuk kanak2 pulak apa dia?
  • Vitalea for Children : Beli 3 Free 1
Vitalea for Children pulak membantu untuk memberi nutrisi lengkap untuk anak2, membantu tumbesaran otak dan tulang dan menyokong sistem imun.

INGAT!

Vitalea hanyala multivitamin pelengkap. Bukan pengganti nutrisi anak2 ok!


Tengok. Walaupon sibuk dengan GST, Shaklee masih menawarkan promo best. Insya Allah kalau kita melabur untuk kesihatan yg baik, maka kita akan dapat kesihatan yg kita inginkan. 

Nak cuba?

Meh roger saya!

PM/Call/SMS/WhatsApp 018.375.1884.



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!
Shaklee ID : 918265

Wednesday, 1 April 2015

Cara menerima GST dalam kehidupan tanpa rasa beban

Assalamualaikum semua!


Pernah tak rasa stress camni? Cukup ke nak mengeluh saja? Push factor dah cukup tapi macam mana kita nak pastikan kita ada "burning desire"?


Hari ni rasa macam nak cerita pasal cara nak terima GST dalam kehidupan tanpa rasa terbeban sikit pon. Haa. Ni la masanya kita nak tau kepentingan ada side income walaupon kita ada kerja hakiki. Bukan apa. Persediaan menyambut GST katakan. Hehe. Jom kita buat kira2 nak?

Kita ambil gaji bersih RM5000 untuk sepasang suami isteri. Ni contoh je tau. 

(Tolak)

Sewa Rumah  
RM500
Bil TNB                        
RM150
Bil Air
RM50  
Bil Telefon
RM200
Bil Streamyx
RM110
Kereta
RM1000 (2 kereta)
Barang Dapur
RM250
Makan Minum
RM250 (suami & isteri)
Minyak kereta              
RM400 (suami & isteri)    
Pengasuh
RM550 (2 orang anak)
Misc
RM500
Pampers
RM200 (2 orang anak)
Susu
RM500 (2 orang anak)
TOTAL
RM4660

Baki dalam tangan : RM340


Haa. Ni tak masuk lagi kalau tetiba ada emergency. Macam saya bulan lepas, 3 biji tayar kena tukar. Huuuu. Sendu ooo nak keluarkan duit. Kalau yg jenis ada perancangan kewangan tiap bulan macam saya, bila ada benda yg kita kena dulukan atas sebab kecemasan, jenuh gak la ada short sana sini. Bila short, kita pinjam duit orang dulu atau dapatkan advance daripada majikan, hujung bulan dah kena tolak balik. Sedih kan?

Memang sedih. Ini realiti. Lagi2 dah tambah dengan GST ni. Laaaagi banyak nak kena guna duit. 

Ada banyak cara mudah untuk kita terima hakikat yg GST ni dah jadi sebahagian dalam kehidupan kita. Saya ada la google di internet. Antara lain, ada yg kongsikan tips menghadapi GST ni. Saya share kat sini ok.

Ada 40 cara untuk kita selamatkan duit kita pada tahun 2015 ni. Nak tau? Meh baca lagi. Kopi pes dari mesej whatsapp ni. Katanya tips ni dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yg merupakan penulis buku Mudahnya Beli Rumah.
  • Belanja kurang daripada pendapatan
  • Cari gaya hidup
  • Ubah gaya hidup
  • Rancang kewangan anda
  • Mulakan menabung EMAS FIZIKAL
  • Batalkan kad kredit
  • Kurang cakap di handphone
  • Cari hobi yg tambah pendapatan
  • Hadiahkan diti dengan simpanan
  • Tahan nafsu hingga promosi baru beli
  • Jangan beli kerana "Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun"
  • Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
  • Kurangkan insurans kenderaan mengikut harga semasa
  • Nikmati hiburan percuma
  • Kekal prestasi cemerlang 
  • Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu
  • Jangan beriadah di Pavilion atau Mall
  • Berhenti merokok
  • Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
  • Makanan bukan untuk dicuba
  • Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
  • Takaful jangan lebih 10% daripada pendapatan
  • Sediakan dana pelaburan
  • Jangan mudah putus asa
  • Jangan salahkan panda bila kita susah
  • Barang terpakai bukan dosa
  • Beli baju di Mydin pon kacak juga
  • Beli secara tunai
  • Jangan jadi hamba faredadee
  • Jangan jadi  hamba honda city
  • Guna motor itu ranggi
  • Jangan berhutang kerana layak pinjaman
  • Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
  • Lupakan impian tambah Nelopah
  • Kereta kecil tetap bergaya
  • Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
  • Lupakan sportrim dan spoiler kereta
  • Mesyuarat keluarga tentangg belanja
  • Kurangkan tengok drama2 orang kaya
  • Didik nafsu

Statement yg paling best adalah : Siapa yg boleh kawal nafsu, dia boleh kawal dunia! Sebab apa? Sebab 2015 tahun GST. Hehe.

Haa. Itu antara tips yg kita kena amalkan untuk pastikan sekurang2nya kita ada duit lebih setiap bulan untuk dijadikan duit ketika kecemasan. Paling tidak, boleh la kita buat simpanan. 

Saya pulak semenjak merasa hidup sedikit susah dan serba cukup ni, banyak tips yg dinyatakan kat atas ni dah saya ikut sebelum masuk tahun 2015. Alhamdulillah.

Ikut semua tips ni diikutkan ok2 sangat. Tapi kalau nak lebih lagi, boleh la join saya untuk tambah pendapatan melalui Shaklee. Sistem MLM yg adil dan bukan sistem piramid yg menindas. Insya Allah. Semua bekerja untuk dapatkan hasil masing2. Takde istilah downline buat kerja, upline giyang kaki. Jangan mimpi k. Hehe.

Esok saya cerita kenapa Shaklee best sangat. Dan kenapa Shaklee boleh bantu kita jana pendapatan supaya kita dapat buat side income dan buat simpanan di zaman gawat ni. 

Betul. Kebahagiaan tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tapi nak bahagia kena la cukup wang ringgit. Hehe. Dah ada wang ringgit, nak zuhud lain cerita pulak.

Ok, jumpe esok naa.

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!
Shaklee ID : 918265