Friday, 27 March 2015

Zidane & Durrah 's 1st day at Taska

Assalamualaikum semua!



Saya dah start keje since Monday. Alhamdulillah, dah seminggu kerja. Anak2 pulak semalam baru saya hantar ke taska. Kalau ikut ati nak je anta bulan 4 nanti sebab senang nak kira. Tapi bawak anak2 ke opis bukanla satu amalan yg bagus kecuali kalau TERPAKSA. Maka, Isnin sampai Rabu saya bawa anak2 ke opis. Semalam mereka dah dihantar ke taska.

Durrah Adnin Zidane cool je. Maklumla, takde perasaan lagi. Tapi si abang, Muslim Wajdi Zidane, jenuh la nak pujuk. Mentang2 la dah 5 bulan kami yg jaga. So dia jadi liat sket. 2 bulan sebelum saya bersalin suami yg jaga Zidane sepenuhnya. Kemudian saya bersalin dan cuti berpantang 3 bulan. Memang hari hari hari raya la untuk Zidane sebab saya ada dengan dia.

Semalam bila nak hantar dia dah start meraung dah. Huuuu. Sendu ibu tengok awak nak oi. Tapi apakan daya. Tapi Zidane ni biasanya macam tu la. Mula2 nak kenal orang memang la dia meragam sket. Tapi lepas tu tak ingat ibu dah.

Saya hantar Zidane ke tangan cikgunya. Kemudian cikgu mintak saya beredar. Saya pon apa lagi, cabuuuttt. Hahaha. Kejam jugak rasanya. Tapi takpela nak. Ibu usahakan mana yg mampu untuk besarkan korang nanti Insya Allah. Doakan la ibu berjaya. Memang sedih dengar. Anak meraung2. Cakap nak ibu nak ibu. Huuuu.

So semalam, balik je dari taska saya mula pancing dia. Ajak dia bersembang.

Zidan, sekolah best tak? - Best
Ok tak sekolah? - Ok
Cikgu ada pukul tak? - Takdela
Kenapa Zidane menangis tadi? - Ibu tinggal Zidane.
Adik nangis tak? - Adik tak nangis.
Zidane makan apa tadi? - Makan nasik
Makan nasik dengan apa? - Erm. Entahla. Tak tau la.
Zidane ada nyanyi lagu tak kat sekolah? - Ada
Nyanyi apa? - Ermmmm. Entah la.

Hahahahaha.

Senangnya hidup awak nak. Tak tau nak jawab, cakap je entah. Hahaha. Tadi saya hantar di lagi. Sebelum tu kena pegi umpan beli biskut dengan air untuk sarapan. 

Sampai je kat taska, dia ajak saya masuk sekali. Pastu saya masuk letak beg dia. Dah puas sayang dia saya nak keluar.

Bermula la drama cerekarama. Meraungggggg. Lagi. Adik rileks. Takde nak meraung. Kuat menyengih adala.

Tapi itu la bezanya toddler dengan infant ni. Sebab tu bila ada baby dengan sorang toddler, lebihkan toddler. Bukan nak suruh berat sebelah dan pilih kasih. Tapi simply bcoz toddler dah ada emosi. Dan pandai luahkan emosi dia. Kalau tak, takdela dia cakap saya tinggalkan dia. Hehe.

Berapa lama drama cerekarama ni nak berlanjutan, wallahu a'lam. Semoga reda la next week. Weekend ni kena cari jalan untuk dia nak pegi sekolah.

Tapi kan. Budak2 ni mmg camni. Mak2 depan mata memang ngada. Bila mak takde, pandai je bawak diri. Hehe. 

Ok, itu je nak cerita hari ni. Sebab 1st time hantar taska kan. Sebelum ni ngan pengasuh. =)


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265



No comments:

Post a Comment