Monday, 23 March 2015

Cara MAINTAIN berat badan selepas berpantang

Assalamualaikum semua!

Hari ni saya dah masuk keje balik selepas 3 bulan bercuti panjang. Alhamdulillah. Merasa la nak jaga anak 3 bulan. Haha. Tapi kan. Kalo boleh putar balik masa, rasa nak cuti 2 bulan je. Kih kih. Bukan apa, kalau anak sulung boleh la cuti sampai 3 bulan. Kalau anak seterusnya, 2 bulan cukupla. Sebab apa? Sebab melayan 2 orang anak dalam satu masa ni memang jenuh hoi hoi. 

Mujur la Allah bagi kekuatan fizikal dan mental. 

Ape pon kan, lepas je abis berpantang dan cuti bersalin, sibukla kita ni ibu2, mak2 nak kuruskan badan. Penting sangat ke nak dapatkan balik figure idaman? Hehe.

Saya pulak, lepas abis berpantang sibuk nak cari rawatan pulih dara. Sejak beranak dua ni, kesedaran untuk jaga body tu lebih lagi. Bukan semata2 nak pikat suami pon. Tapi lebih daripada tu sebab nak pastikan badan kita sentiasa sihat dan bertenaga. Takpela, nanti kita cakap pasal rawatan dalaman tu. Arini nak cakap pasal tips nak dapatkan berat badan ideal selepas bersalin.

Masa berpantang memang la masa yg paling sesuai untuk dapatkan berat badan yg kita nak. Tapi semua tu pon tak berguna jugak kalau lepas berpantang kita bedal makan dengan bersungguh-sungguh.

Sebab tu la pada saya, lepas berjaya turunkan sikit badan masa berpantang 44 hari tu, kita struggle pulak untuk maintain berat badan kita. Nak maintain tu lagi susah ok. Lagi2 untuk ibu berpantang ni. Maklumla, masa berpantang, pantang makan sungguh. Tu tak boleh. Ni tak boleh. Lepas je abis pantang balas dendam.

Ni sendiri apa yg jadi kat saya. Sebab saya ingat lagi selepas berpantang anak pertama dulu badan naik macam dipam. Sebab apa? Sebab tak pandai nak maintain berat lepas berpantang. Tapi mengaku gak la. Dulu bulat ooo. Lepas berpantang pon bulat jugak. Sebab apa? Sebab tak berbengkung. Sampai ayah perli anak dia ni membulat aje la pasni. Lagi2 kalau tengok time makan tu berselera macam bela saka. Hahahaha. Sabo aje la.

Tapi berkat usaha gigih menyusukan anak dan kesabaran memekakkan telinga orang mengkritik, akhirnya dapat jugak la menurunkan berat badan dan dapatkan kembali berat sebelum bersalin dalam masa 10 bulan. 

Nak tengok gamba dulu?


kiri 3 bulan lepas bersalin
kanan 4 bulan lepas bersalin


kiri 7 bulan lepas bersalin
kanan 10 bulan lepas bersalin


Tak mustahil nak turunkan berat badan dengan cara yg selamat. Yg kena kental hati dan telinga. Haha. Sebab tu la saya cakap, nak kurus senang. Jaga makan, ambil suplemen yg betul, teruskan menyusu anak, makan makanan berkhasiat, makan dengan cara yg betul, insya Allah berat badan turun. Yang susahnya adalah nak maintain berat badan tu. Pastikan jarum penimbang tak bergerak sket pon.

Kalaula kita ni ada penyakit sensitif tengok jarum penimbang tu lagi la parah. Naik sket stress. Naik sket stress. Tak sedar yg stress tu pon punca kegemukan. Hehe. Lepas ni pandang muka anak2 jangan stress walaupon rumah bersepah, jangan stress. Tak elok ok. Haha. 

Selain daripada tu, banyakkan la pengambilan buah-buahan dan serat. Sebab apa? Sebab buah-buahan dan makanan berfiber ni membantu kita lawas dan detoks usus kita dengan lebih lancar dan baik. Kalau makan buah-buahan, ambil di awal proses makan. Macam masa buka puasa. Kan ke sunnah ambil buah-buahan dulu baru sebat makanan lain.

Kalau nak maintain berat badan, elakkan la makan makanan yang tak berkhasiat tu. Jajan usah cakap la. Makanan yg dimasak dengan cara yg tak bagus untuk proses turunkan berat badan macam goreng2, guna minyak melimpah ruah, bersantan berlemak tu pon cuba la elakkan. Ye la, kita kan orang melayu. Kalau makanan tak berminyak dan tak berlemak tu bukan melayu la namanya. Tak sedap. Hehe. Kata nak maintain berat badan. Beauty is pain kan. Pain sangat sebab tak dapek makan sedap. Hehe. Kot teringin sangat tak salah cuba sikit. Rasa la sket. Kang masuk batu belah batu bertangkup plak. Tapi janganla sampai tak sedar diri merasa tu. Bukan berpinggan2 baru dapat "merasa". Jangan sampai merasa membulat nanti. Hehe.

Makan kerap tak salah. Tapi ambil portion yg kecik2 je. Macam Kevin Zahri cakap. Nasi tak pernah salah. Nak makan 6 kali nasik pon takde hal. Yg jadi masalah bila jenis skip meals. Lepas tu mula balas dendam masa makan next meal. Sebab tu la Kevin Zahri ajar untuk kita ambil portion yg kecil tetapi kerap. Makan sebelum lapar. Sebab kalau makan masa dah lapar memang kita melahap. Berhenti pulak sebelum kenyang. Jangan dah bersandar baru nak stop. Tu memang mengundang kegemukan. Nak ambil meal replacement tak de masalah. Yg jd masalah bila ambil meal replacement tapi terus tak ambil makanan lain. Saya pon ambik jugak Cinch Shake shaklee. Tapi tidaklah mengakibatkan saya tak ambik makanan langsung. Makan tetap makan. Cuma bila ambik meal replacement ni kita kurangkan portion makanan kita. Tu weight management yg betul. 

Kalau mereka yg ambik set kurus atau set weight management dengan saya, memang saya ajar betul2 untuk tak skip meals. Sbb potensi untuk melahap bila kita skip meals tu lagi exextraordinary compared to bila kita tak skip meals. 

Antara lain kan, kalau yg ambik set pengurusan berat badan dengan saya, saya akan ajar untuk ukur lilit semua bahagian badan kita. Kenapa?

Sebabnya, pada saya, weight scale kadang2 tak berapa boleh dipercayai. Kalau kita amik cinch shake misalnya, lemak kita akan ditukar jd otot. Sebab tu la. Otot dah confirm lg berat daripada lemak kan. Tepu gitu. Tapi bila lemak dah tukar jadi otot, walau berat tetap sama, inch loss tetap ada. Sebab badan kita jd lagi fit. Sebab tu la tak perlu trauma dengan jarum atau pon nombor di mesin penimbang tu. Asalkan kita bole sarung baju kebaya zaman anak dara, shud be fine. Macam saya, saya ada baju kebaya masa saya form 1 yg jadi kayu pengukur sama ada saya fit ataupon tidak. Hehe. Saya ni memang agak beruntung sbb dilahirkan dgn figure dan rangka yg kecik molek. Sebab tu baju kebaya tu masih boleh dipakai. Cuma sendat di certain bahagian. What do u expect? I am a mother of two. I breastfeed both my kids. Dah tentula berat lebih berada di situ. Hahaha. 

Ok next pasal bengkung. Masa berpantang kemain berbengkung. Lepas pantang amacam? Aritu saya cabar diri saya untuk berbengkung selama 100 hari. Tapi biasala. Tak kesampaian cabaran tu. Sempat dalam 70 ari lebih gitu. Rumah saya panas macam sauna. Tak tahan la berbengkung. Gatal2 jadinya. Haha. Dah masuk keje balik insya Allah nak pakai girdle murah tu. Takde pon branded mahal ribu riban. Beli kat billion je. Hehe. Kalau ikut Kevin Zahri, girdle ni hanya sebagai optic illusion. Lemak yg ada hanya ditolak ke atas ke bawah. Pada saya pulak, mungkin betul fakta tu. Tapi sedikit sebanyak pakai girdle bole jugak kempiskan perut. Dalam masa yg sama dapat halang kita makan banyak. Makan sikit dan kerap takpe. Cuma kena pakai konsisten la. Apa pon kalau tak istoqamah jangan harap la nak berhasil. 

Cara berikutnya ni memang sangat mudah untuk ibu lepas berpantang. Walaupon prosesnya lambat dan mengambil masa, tapi insya Allah ini la cara yg paling selamat. Acaner? Senang je. Susukan anak kita. Haaa. Ni memang terbukti. Anak 1st aritu saya ambik masa 10 bulan untuk dapatkan berat badan sebelum pregnant. Tapi kali kedua ni, Alhamdulillah. Lg cepat surutnya. Dalam masa 3 bulan dah dapat berat sebelum pregnant. Dan mungkin akan susut lg who knows kan. Sebab rajin amalkan benda2 kat atas ni, cepatla sket slim. Ingat cara nak banyakkan susu. Demand n supply. Kemudian minum cukup. Saya amalkan minum air akar herbanika. Sebab akar herbanika boleh bantu hilangkan water retention. Dan so far milk booster saya semuanya dari herba. Alfalfa Shaklee dari herba jugak. Akar herbanika pon berasaskan herba. See. Herba memang works well untuk boost susu kita.

Last but not least. Amalkan suplemen semulajadi. Saya amalkan Shaklee untuk kesihatan optimum. Bila ambik suplemen kita bertenaga. Bila bertenaga kita tak penat. Bila tak penat kita tak stress. So insya Allah susu meriah. 

Itu antara tips untuk maintain berat badan lepas selesai berpantang. Janganla fokus sgt nak kurus cepat. Teruskan susukan anak dengan eksklusif selama 6 bulan pertama. Lepas 6 bulan, anak dah start solid food bolela nak mula proses diet. Sementara nak tunggu 6 bulan tu berlalu, maintain je la berat sedia ada lepas berpantang. Sebab tu la mak2 kita suh berpantang betul2 masa pantang. Masa berpantangla perut kita lembut lg dan boleh dilentur. 

Jangan lupa kawal pemakanan tu penting. Jangan skip makan. Lagi2 breakfast. Tambah dengan senaman ringan. Jangan over sgt nak kurus cepat terus buat senaman extreme lepas abis pantang.

Oh yes, sebelum terlupa. Pandai2la ukur baju di badan sendiri. Sebab kalau nak dapat berat ideal bukan sekadar tengok jarum di penimbang. Tengokla sekali BMI sama. Jangan nak jadik kurus macam dia, macam artis, macam orang tu macam org ni. Ukur baju di badan sendiri. BMI ok, sesuai dengan ketinggian kita so ok la. 

Pendek kata, sayangilah badan kita. Nak pakai lama kan. :)

Anyways, meh tiru cara saya. Tgh taip entri pon susukan anak sebab nak maintain berat badan. Hehe. Tapi pasni nak sebat kek batik. Kih kih. Makan tak salah. Yg penting KONTROL!!

Ikutkan banyak lagi tips nak share. Tu pon kalau nak dan berkehendak. Hehe. 

Nak suplemen Shaklee? Roger meh!

PM/Call/SMS/WhatsApp 018.375.1884.

Harga meletup2. Takde GST siap FREE postage lagi!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!
Shaklee ID : 918265





1 comment:

  1. KISAH NYATA...
    Ass… Saya Dari Kota Surabaya Ingin Berbagi Cerita
    dulunya saya pengusaha sukses harta banyak dan kedudukan tinggi tapi semenjak
    saya ditipu oleh teman hampir semua aset saya habis,
    saya sempat putus asa hampir bunuh diri,tapi saya buka
    internet dan menemukan nomor Ki sulkarnaen,saya beranikan diri untuk menghubungi beliau,saya dikasi solusi,
    awalnya saya ragu dan tidak percaya,tapi saya coba ikut ritual dari Ki sulkarnaen alhamdulillah sekarang saya dapat modal dan mulai merintis kembali usaha saya,
    sekarang saya bisa bayar hutang2 saya di bank Mandiri dan BNI,terimah kasih Ki,mau seperti saya silahkan hub Ki
    sulkarnaen Taat Pribadi di nmr 082311557597 Kiyai sulkarnaen ,ini nyata demi Allah kalau saya bohong,indahnya berbagi,assalamu alaikum.

    KEMARIN SAYA TEMUKAN TULISAN DIBAWAH INI SYA COBA HUBUNGI TERNYATA BETUL,
    BELIAU SUDAH MEMBUKTIKAN KESAYA !!!

    DANA GHAIB
    Pesugihan Instant 10 MILYAR
    Mulai bulan ini (Oktober 2015) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal, serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar, Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

    Mempunyai Hutang banyak
    Ingin membuka usaha dengan Modal besar
    dll

    Syarat :
    -Usia Minimal 21 Tahun
    -Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
    -Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
    -Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
    -Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

    Proses :
    -Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
    -Harus siap mental lahir dan batin
    -Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
    -Pada malam hari tidak boleh tidur

    Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :
    -Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
    -Ayam cemani : 2jt
    -Minyak Songolangit : 2jt
    -bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

    Prosedur Daftar Ritual ini :
    -Kirim Foto anda
    -Kirim Data sesuai KTP
    -Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 10 MILYAR

    Kirim ke nomor ini : 082311557597
    SMS Anda akan Kami balas secepatnya
    Maaf Program ini TERBATAS .

    ReplyDelete