Thursday, 26 March 2015

Cara ajar abang terima adik baru

Assalamualaikum semua!!

Hari ni nak share sket tips nak ajar anak yg lebih tua untuk terima adik kecik diorang. Tua tu dalam erti kata lahir dulu la. Bukan la tua yg macam umo 18 tahun. Kalau umo 18 tahun tak reti bahasa lagi elok dilempangkan aje. Dah beso. Dah bole kawin. Haha.

First few weeks masa kelahiran Durrah Adnin Zidane, Muslim Wajdi Zidane selaku si abang memang tak boleh dikawal. Memang kita faham dia excited. Dia sayang adik dia. Tapi dalam umo macam dia yang baru nak masuk 3 tahun, dia tak tau lagi cara nak kawal pergerakan dan otot dia. Sebab tu la kalau dia cium adik dia nampak kasar. Macam nak menekan. Tapi sebaliknya itu memang cara budak2 bawah 3 tahun pamerkan kasih sayang dia. Cuma mungkin dia belum pandai untuk kawal pergerakan otot dia. Sebab tu setiap perlakuan dia nampak kasar dan boleh menyakitkan. Kita sebagai yg dewasa tak boleh nak expect dia terima dan belajar untuk berlembut terus. Kena amik masa la. 

Ada yg cakap kalau anak yg lebih tua tu perempuan, tendency untuk berkelakuan kasar tu kurang sket. Tapi hakikatnya tidak. Sama je diorang ni. Haha.

So camna saya layan kehendak Zidane yg nakkan attention sambil nak penuhi keperluan adiknya dalam masa yg sama?

Tak banyak caranya pon. Try and adjust. Dan akhirnya, Zidane dapat terima hakikat yg dia dah ada adik dan dia seorang abang. Alhamdulillah.

Ada orang bagi tips masa kita mengandung lagi kita kena kenalkan dia dengan adik dia dalam perut. Memang betul. Teori dan praktikal sememangnya berbeza. Walau kita dah kenalkan dia dengan adiknya, bila dah keluar lain plak kaedahnya. Haha.

Aritu masa Durrah lahir, saya nak susukan dia. Zidane menangis2 macam rasa dikhianati. Kesian ooo tengok dia masa tu. Dalam sebulan yg pertama, bila saya nak susukan adik dia, dia pon datang menyelit sama. Tandem nursing terus. Memang sakit ati rasanya. Stress pon ye. Sebab rasa penat dan tak selesa. Tengah main pon dia tinggalkan mainan dia. Sampai ke tahap tu la kiranya.

Apa saya buat? Saya follow the flow. Ikut rentak dia. Dia nak susu? Saya susukan. Tapi dalam masa yg sama, saya pesan. Zidane dah besar. Kalau dah besar masih menyusu malu kat adik. Nanti gigi rosak. Saya tunjuk gak gamba excitotoxins. Haha. Bukan niat nak takutkan dia. Tapi terpaksa. Itu je yg mampu. Saya bagitau dia banyak kali. Repeat. Repeat. Repeat. Sampai dia ready nak wean off sendiri.

Alhamdulillah, dah hampir 2 minggu Zidane wean off. Kira misi saya untuk menyusukan Zidane selama 2 tahun berjaya. In fact extra 7 bulan lagi. 2 tahun 7 bulan. Pengalaman yg betul2 cukup manis. Zidane anak sulung saya. Bila kita berjaya susukan anak sampai 2 tahun lebih, rasa berjaya sangat. Alhamdulillah.

So kesimpulannya, kita kena siapkan anak. Kena bagitau dan kemudian follow the flow. Ikut rentak dia. Sebab at the end of the day, dia akan wean off sendiri. Skang kalau adik dia menyusu, dia tak heran dah. Takde dah nak mencelah. Dia dah dapat terima yg sekarang giliran adik dia untuk menyusu pulak dan dia takkan ganggu. Masa akhir2 dia nak wean off tu, masa tengah susukan dia saya cakap kat dia ok zidane dah cukup dah. Automatik dia senyum dan berenti. Kalo x sebelum tu melalak ko. Rasa macam kita ni mengkhianati cinta dia. Haha.

Next, saya ajar cara untuk Zidane sayang adik dia. Cara sayang dengan buat adik senyum, gelak. Cara sayang dengan cium adik. Zidane ni tahap dia geram dengan adik dia, bila dia pegang pipi adik dia, berlaga2 gigi dia sebab geram. Tu dia. Sampai camtu sekali. Pastu dia akan saje usik muka, mata, pipi adik dia. Sengaja buat adik dia bengang. Pastu dia cakap gemuk gemuk gemuk. Comel comel comel. Hahaha. Itu la dia budak2 kan. Ada sekali tu dia gigit perut adik dia. Berparut anak aku. Huhu. Nak marah tak boleh. Tapi bila adik dia nangis dia gelabah. Bila tanya sayang adik tak dia cakap sayang. Geram tak bertempat. Kalau adik dia menempik nangis tiba2 tu keje dia la. Haha. Terpaksa la tunjuk parut tu kat dia. Baru la dia insaf jap. Dicium2 adik dia. Tapi lepas 2 hari dia buat balik. Adoi. Budak2 kan cepat lupa. Sebab tu kena repeat selalu. 

Yg ketiga, mudah je. Fahami emosi anak yg toddler ni. Diorg dah ada emosi. Ni jugak pesanan yg saya dapat daripada kawan2 yg dah pernah ada pengalaman jaga anak toddler dan baby dalam masa yg sama. Kenapa kena lebihkan Zidane? Sebab Zidane dah ada emosi. Sambil tu pandai la kita nak psycho dia balik kan. Tunjuk yg walau adik dia ada, kasih sayang kita terhadap dia tak pernah padam malah semakin menyala2. In fact, saya selalu cium dan gomol Zidane. Nak tunjuk kasih sayang kan. Kena la express. Jangan pendam. Budak2 ni ibarat perempuan. Kasih sayang kena tunjuk dan express kan. Jangan disimpan. Durrah masih kecik. Tak paham pape pon lagi. Yg dia tau minum susu, tidur. Nangis bila rasa tak selesa. Tu je. Zidane lain halnya. Dia ada perasaan. Dia tau bila kita marah. Dia tau kalau kita tunjuk kita tak sayang dia. Sebab tu kena ada empathy kat situ. Dahulukan yg lebih tua.

Keempat, libatkan anak yg lebih besar dengan aktiviti adiknya. Contoh mudah, mintak dia tolong ambilkan pampers. Zidane sampai tahap tolong jiruskan adik dia berak dengan mandi la. Pastu dia amik gayung, dia cebok air, dia tuang selamba kat muka adik dia. Haha. Haru nak oi. Tapi takpela.

Yg terakhir, kami ubah denda atas kesalahan dia mengusik adik atau buat adik menangis dengan benda yg gembirakan dia. Contohnya, kalau Zidane usik adik dia sampai menangis, kami akan geletek dia sampai dia letih. Kenapa? Sebab kami tak nak dia rasa kami lebihkan adik dia. Betul. Kalau kita marah, nanti dia lagi marah. Budak 3 tahun. Mana tau benda lain. Pada dia, dia yg betul belaka. Sebab tu bila dia marah, dia buat adik, kita sabar dan jangan tinggikan suara. Try la buat macam saya. Insya Allah dia takkan rasa tersisih walau sikit pon.

Rasanya itu je cara nak ajar anak yg lebih tua terima adik baru. Sebab kunci nya adalah dengan memegang emosi anak. Bila anak rasa tak terabai dia akan hepi. Bila dia hepi, dia akan terima adik baru dia. Alhamdulillah Zidane dah dapat terima adik dia dalam hidup dia. Kemain seronok lagi dia main pipi adik dia. Hehe.

Semoga Zidane jadi pelindung adik2nya nanti. Tiap kali solat saya doa supaya hubungan adik beradik ni sentiasa harmoni. Insya Allah.


Ibu loves u both forever and beyond!




Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!
Shaklee ID : 918265

No comments:

Post a Comment