Sunday, 22 March 2015

Berpantang kali ke 2 lebih mudah!!

Assalamualaikum dunia!

Cewah. Lama tak bersiaran. Dek kerana memendam perasaan sebab masalah bertimpa2. Insya Allah selasa nanti saya cerita apa masalah kami sebenarnya. Bukan nak luahkan sangat pon. Cuma kalau bole nak orang lain ambik iktibar daripada pengalaman kami ni. 

Anyway, esok saya dah nak masuk keje. Tu la dia. Nasib kami ibu yg berkerjaya. Lepas seronok mengulit anak selama 3 bulan, kena la berkhidmat untuk negara. Kita simpan dulu perasaan nak berenti kerja. Ikhlaskan kembali niat sebab masyarakat perlukan khidmat kita. Hehe.

Bercerita pasal progress selepas bersalin dan habis berpantang ni, Alhamdulillah, saya makin sihat. Kalau nak bandingkan dengan prosea berpantang yg pertama sebelum ni, saya boleh mengaku yg berpantang kali kedua ni lebih mudah pulih dan sihat. Sebab suami yg jaga mungkin? Hehe. 

Kalau dulu, nak angkat kaki, nak pusing kiri kanan, nak baring telentang kemudian bangun balik, semuanya susah dan bermasalah. Saya ambil masa lebih daripada 6 bulan untuk dapat buat semua aktiviti tu dengan sakit yg masih bersisa sampaila sebelum bersalinkan anak yg kedua. Betul sakit sangat. Nak buat senaman biasa macam crunches dan leg raises tu dalam mimpi la ye. Sakit ya amat. Tuhan je yg tahu. Huhu.

Kali ni Alhamdulillah, semua aktiviti tu dapat dibuat seawal 2 bulan lepas bersalin. Cuba bayangkan dah lama tak tido telentang, lepas bersalin mestila nak fefeeling baring telentang kan. Kalau nak telentang lepas bersalin pon sakit, mana pegi nikmatnya selepas melahirkan? Hehe. So Alhamdulillah, saya dah boleh dikatakan pulih 90%. Physically ok. Dalaman lain kira. Ambil masa macam biasa. Sebab tu la walau anak dah setahun, makan kena jaga. 

Kenapa kali ni berbeza sungguh daripada masa berpantang kali pertama ye?

Haaa. Ni pendapat saya aje la. Mungkin betul mungkin salah. 

1. Suami yg jaga ketika berpantang. Berpantang di sisi suami emosi lebih terjaga. Penat ke apa ke suami boleh tolong. Kalau lenguh nak menyusu atas katil, suami ada jadi penyandar. Haaa. Pentingnya emosi yg stabil ni. Bukan la nak kata mak jaga dulu tak elok. Cuma saya ni jenis tak suka susahkan org lain selain suami sendiri. Haha. Takkan la nak kejut mak tengah malam kalau anak nangis nak susu ye tak? Masa ni la suami diperlukan. Dan memang, bila berpantang di sisi suami, lagi mudah dan buat kita lebih energetic. Cewah. 

2. Amalan pemakanan yg sihat ketika hamil. Saya ada masalah diet yg tak seimbang. Sebab tu la masa pregnant saya ada masalah HB. Tapi, sejak belajar dari pengalaman sebelum ni, saya cuba sehabis baik untuk makan mengikut piramid makanan yg sebenar. Bila kita makan makanan yg seimbang, maka kurangla masalah masa hamil. Dulu masa 1st pregnancy siap kena pegi jumpe pakar pemakanan tau. Huhu.

3. Pengambilan suplemen semulajadi yg teratur. 2nd pregnancy saya tak culas. Dulu masa hamilkan Zidane saya tak kenal Shaklee. Kali ni dah kenal, saya tak culas ambik suplemen. Siap ambik set complete gitu. Even ubat klinik bg pon saya rajin amik. Belajar daripada pengalaman la kan. Kalo tak nanti anak lahir awal, berat kurang 2.5kg, kuning, macam2 masalah. Sabo aje lah.

4. Berpantang dengan set berpantang yg sesuai. Common sense la kan. Mestila berpantang dengan set berpantang. Tapi sesetengah daripada kita, macam saya dulu memang berpantang tapi set berpantang tu jadi perhiasan. Kih kih. Anak prolonged jaundice. Kena jaga makan. Tak leh makan sebarangan. So kali ni saya berpantang dengan 2 set berpantang. Shaklee dan Nona Roguy. Haa. Sape kata saya tak amalkan herba? Saya amalkan tau. Lebih baik ambik herba daripada jamu. Dan lebih baik ambik suplemen semulajadi macam Shaklee. Anak kuning ke biru ke boleh makan jugak. Takdela jd perhiasan je nanti set berpantang tu. Masa berpantang tu la kita nak recover balik kualiti kesihatan dalaman dan luaran kita. Kalau dah lepas time berpantang bukan tak boleh. Tapi rugi la sikit sebab lambat start. Macam sekarang, saya masih amalkan Shaklee seperti biasa. Nona Roguy pon masih on. Saya ambik akar herbanika dan phytonatal. Badan cergas tau!

5. Cucuk inferon yg menyakitkan menyebabkan proses healing menjadi lebih lambat. Dulu hb rendah sampai kena cucuk inferon tau. Sakitnya bukan kepalang. Sampai skang lebam hitam kat tempat cucuk masih ada. Sakitnya sampai lepas bersalinkan anak kedua. Tapi skang dah beransur pulih. Sebab tu kalau boleh, jaga la hb kita masa pregnant. Sakit woo kena cucuk inferon. Memang rasa menyesal. Sebab tu kali ni tak skip ubat klinik. Tambah dengan set hamil Shaklee. Alhamdulillah, anak keluar 3.63kg. Takde kuning langsung. Saya pon terkujat sbb takde kuning. Ingatkan ada. Huhu.

6. Dulu 1st time mommy. Sebab tu tak tau sangat semua benda. Kali ni 2nd time. Research pelbagai. Haha. Pengalaman kali pertama memang betul2 mengajar. Sebab tu kali kedua rasa insaf. 

Tu dia antara sebab kenapa saya rasa healing process kali ni berjalan lebih lancar daripada yg dulu. 

Untuk 1st time mommies jangan khuatir sangat. Semua benda kalau kita buay kali pertama mestila ada banyak try and error. Lepas dah try, ada error, next pregnancy kita adjust semula. Ok!

As for my 2nd baby, Alhamdulillah, 2 bulan lebih dah start meniarap. Misi pon cakap cepat. Apa yg awak nak kejar ni nak oiii.

Layankan gambar2 diorang ye! Next time saya kongsikan cara macam mana nak layan anak pertama kita supaya tak rasa tersisih dengan kelahiran adiknya. So far masa mula2 memang problem. Lama2 dah ok. Alhamdulillah. 








Nak beli suplemen Shaklee? Meh roger saya. Harga tak kena GST punye. Siap free postage lagi tau. Meh meh. 

PM/Call/SMS/WhatsApp 018.375.1884.



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure!
Shaklee ID : 918265






No comments:

Post a Comment