Monday, 23 February 2015

Panas : Jangan sampai kena strok haba!

Assalamualaikum semua! 

Lately panas sangat kan. Berbahang2. Kalau tido dalam bilik sekadar berkipas memang terasa angin kipas tu berbahang. Kena jugak carik air cond. Pasang 5 ke 6 jam pastu hujung bulan bil melambung. Kih kih. Haaa. Punyala nak elakkan daripada terkena strok haba kan. 

Rumah yg kami diam sekarang ni memang panas. Rumah murah katakan. Sewa pon RM250. Siling rendah. Sebab tu berbahang benau rasanya. Kesian anak2 ibu. Tapi itu lah. Sementara cuti lagi ni memang kena sabar sket la. Nanti bila dah masuk keje lega sket. Mana tidaknya, siang ibu kat opis. Anak2 hanta kat taska. So takde la panas beno. Hehe. 

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ada keluarkan statement mengenai panas ekstrem ni. Cuaca Malaysia biasanya panas dan lembab sepanjang tahun kan. Tapi dek kerana fenomena Ekuinoks yg menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa, maka panas yg berpanjangan akan mula dialami oleh kita kat Malaysia ni bermula minggu ni sehingga awal April nanti. 

Phew. 

Kalau ikutkan statement beliau ni kan, dek kerana musim panas ekstrem ni, kita akan menerima tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan kita termasukla sampai boleh mengakibatkan kematian tau!! 

Tambah lagi, perubahan cuaca ni bukan sekadar memberi kesan kepada kualiti kesihatan kita. In fact ekosistem dan kawasan pertanian akan turut terkesan sama. Meh kita baca statement penuh Datuk Noor Hisham Abdullah nak? 

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.


Haaa. Tu statement penuh. Rupanya cuaca panas melampau ni berkait jugak dengan masalah penyakit bawaan air dan makanan macam cirit birit, masalah kardiovaskular dan jugak masalah denggi. Bab denggi tu esok saya cerita k. Skang kita fokus pasal strok haba ni je. 

Apa strok haba ni sebenanye? Meh tengok gamba kat bawah ni. 


Bahayanya strok haba ni sebab boleh mengundang maut. Huuu. Seram plak. Mau tak seram. Dah la dok kat rumah yg macam sauna. Panasnya tu sampai vaseline petroleum gel boleh cair. Asal tengah hari je cair. Haha. Dah la menyusukan anak lagi. Boleh menyumbangkan kepada dehidrasi dengan cepat kalau tak kerap minum air. Kang minum air banyak org kata cepat buncit la apo la. Adoi. But no complaints. Alhamdulillah. Sekurang2nya ada tempat berteduh dan ada susu nak diberikan kepada anak. Hehe. 

So secara alternatifnya, saya kena la ambil langkah2 berjaga2 untuk mengelakkan daripada terkena strok haba. Selain daripada minum air sekurang2nya 3 liter dan elakkan daripada beraktiviti kat luar rumah, saya jugak amalkan minum Performance Drink Shaklee. 



Apa bestnya Performance Drink ni? 

  • Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  •  Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina. 
  •  Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Sekurang2nya kalau kita minum Performance Drink ni, kita akan kekal bertenaga dan hydrate selalu. Insya Allah. Kalau minum air isotonik lain bergas dan manis kaw kaw. Banyak gula. So sebagai ibu yg menyusukan anak, saya nak elakkan daripada minum air bergas. Dan bila minum air yg kurang manis ni dalam masa hg sama dapat kurangkan calorie intake. Tak gitu? Kata nak slim. Kih kih. 

Oh yes. Lagi satu kan. Nak cerita, saya ni asal menyusukan anak je di awal2 bulan kelahiran anak ni, mesti bibir kering gile. Bila kering jadi gatal. Bila gatal garu. Sampai berair dan luka2 bibirku. Dah macam eczema. So kali ni semenjak aritu dah mhla rasa2 gatal bibir. Sebab tu la saya amalkan minum Performance Drink ni. Tambah Vitamin C sebab biasanya kalau kurang Vitamin C bibir akan kering. Dan dalam masa yg sama saya ambik Omega Guard untuk kurangkan keradangan kulit. Pastu kutenyeh vaseline kat bibir dan keliling bibir tu kutenyeh herbal blend. Trauma ooo bibir kering sampai berair2 luka ni. Nak tengok camna dulu? 

Jap2. 


Seram kan? Haaa. Gatal toksah cakapla. Macam nak siat2 kulit. Huhu. Gamba belah bawah tu yg dah ok lepas makan Vitamin C, Omega dan sapu herbal blend pada bahagian luar bibir dan vaseline pada bibir. 


Kali ni since dah "kenal" badan sendiri, bila stat rasa kering tu saya buat apa yg patut. Alhamdulillah setakat hari ni memang tak teruk macam dulu. Nak amik gamba sendiri pon segan. Nak senyum sakit. Nak bercakap kurang. Huhu. 

So jomla kita pastikan kita dan famili kita minum air secukupnya dan elakkan diri daripada expose kepada suhu panas kat luar. Kalau nak beraktiviti cukupla dalam rumah atau di bawah beranda rumah. Hehe. Tambah Performance Drink Shaklee, insya Allah sihat sepanjang fenomena Ekuinoks ni berlangsung. 

Nak cuba produk Shaklee? Boleh roger saya. 

PM/Call/SMS/WHATSAPP  018.375.1884  ok!! 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane. 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation For Sure!!! 




No comments:

Post a Comment