Tuesday, 3 February 2015

Berpantang Sendiri Elok Untuk Emosi

Assalamualaikum semua! 

Merdeka!!!  Ye. Saya dah merdeka 1hb Februari aritu. Dah siap pergi makan kenduri lagi. Haha. Yolah. Dah 44 hari makan makanan biasa2 aje. Teringin sangat makan lauk kenduri. Akhirnya ada rezeki. Alhamdulillah. 

Arini dah hari ke 47 selepas saya melahirkan. Alhamdulillah dah berpantang sendiri dengan jayanya. Hehe. So sementelah dah selesai berpantang, saya nak kongsikan kenapa saya cakap bila berpantang sendiri ni elok untuk emosi. Hehe. Tapi of course setiap benda ada pro n cons nya. Ni pendapat peribadi semata2. Jangan pulak lepas ni kalau korang pregnant korang nak escape daripada berpantang kat umah mak sendiri plak. Hehe. 

Kenapa berpantang sendiri elok untuk emosi? 

Sebab bila berpantang sendiri, kita duduk dengan suami. Heeee. Bukanlah tak boleh hidup tanpa suami di sisi. Aritu nak dekat setahun kot saya PJJ dengan suami. Ok je. Tapi itu lah. Orang lepas bersalin ni emosinya kena jaga. Pada saya, bila suami ada, lagi mudah untuk kita uruskan anak. Dulu masa saya lahirkan Zidane, saya berpantang kat rumah mak. Memang makan minum dijaga rapi. Tapi bab nak handle anak tu. Heeee. Maklumla, 1st time mommy. Ada je yg tak kena. Semua kena belajar sendiri. Bayangkan kalau anak menangis tengah malam, takkan la nak harapkan mak kita pulak bangun tolong dodoikan. Kat situ la rasa susah sket. Sebab kalau anak jaga tengah malam, tiba plak time tu kita penat sket atau tak cukup tido ke apa ke, mula la kita nak marah2. Nak stress. Kalau suami ada, bolehla nak pass baton. At least. Kalau kita penat, dia boleh gantikan kita dodoi anak. Kalau kita menyusukan anak, ada jugak tempat untuk bersandar. Eceh. Haha. Over kau.

Itu satu la. Suami ada so boleh mudahkan kerja kita. Lagi2 kalau yg jenis bermastautin macam kami. Kampung kat Ipoh. Bila berpantang terpaksa balik Ipoh. Suami keje kat KL masa tu. Cuti dalam seminggu ada sehari je. Bila nak balik Ipoh nak jenguk anak bini pon terkejar2. Sebab time constraint tu yg susah. 

Sebab tu kali ni bila berpeluang berpantang sendiri kat rumah sendiri masa suami masih bercuti, rasa gumbira sesangat. Haha. Sebulan suami jaga makan minum. Cloth diapers anak suami yg cucikan. Tapi saya pon bukanla jenis manja nau. Masuk 3 minggu lepas berpantang dah boleh la tolong2 suami kat dapo. Hehe. Yg penting jaga pergerakan. Agak rasa lenguh2 suami la tolong picitkan. 

Tapi macam yg saya cakap tadi, berpantang sendiri memang ada pro n cons. Sebab tu la kita jangan amik mudah. Badan kena jaga jugak. Yg paling penting peranakan kita. Jangan amik mudah. Kalau boleh, sediakan jadual untuk suami bantu apa yg patut. 

Macam saya, memang pagi2 saya pesan pada suami masak air dan panaskan tunggu. Bila air dah masak, suami tuangkan air dalam bilik air. Kemudian dia letakkan tungku kat tempat saya baring. Anak memang saya mandikan sendiri. Lepas saya mandi, suami siapkan air mandi anak pulak. Kemudian saya mandikan anak dan siapkan anak. 

Lepas mandi suami akan siapkan breakfast. Simple2 je pon. Kadang2 minum air Vico je. Masa time mengurut akak mengurut tu akan sampai pagi. Lepas mengurut dah berbengkung, saya tunggu makan tengah hari plak. Haha. Macam permaisuri sekali sekala. Lunch siap apa lagi, bedalla. Haha. 

Itu rutin sampai la sebulan. Yg penting kena disiplin. Jangan mengelat. Jangan bila berpantang sendiri kita tak berbengkung la makan suka ati la. Takmo ok. Kalau rasa takleh disiplin, balikla berpantang dengan mak kat kampung. Hehe. 

Ingat tau. Bottomline nye adalah DISIPLIN. Kalo tak disiplin kita yg rugi. Badan nak pakai lama tau. Bentuk badan semua tu tak penting. Aksesori semata. Yg penting peranakan tu. Kena jaga. Enjin kita tu. 

Ok, tu pendapat saya pasal berpantang sendiri ni. Kalau ada rezeki lagi nanti nak pantang sendiri gak. Tapi nak buat lagi details preparation nye. Hehe. Sebab nak jaga enjin. Hehe. 

Nah belanja gambo kami makan kenduri. Hehe. 



Nak cuba suplemen Shaklee? 

Roger saya ok. 018.375.1884.

Jumpe lagi nanti! 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane. 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure! 
Shaklee ID : 918265

4 comments:

  1. kite pon baru lepas pantang sendiri utk anak kedua aritu, Alhamdulillah.. best sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan awak. Hehe. Alhamdulillah. Yg penting disiplin je. :)

      Delete
  2. Good luck ,hehe .. #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    ReplyDelete