Saturday, 28 February 2015

Musim Panas Punca Denggi Berleluasa

Assalamualaikum semua!

Lahai. Lambat betul nak hapdet entri kan. Janji dari esok ke esok. Last2 tak siap2 jugak. My bad. 

Apa pon, arini nak sambung entri sket. Aritu ada cerita pasal musim panas yg melanda Malaysia kan. Apa pulak kaitannya musim panas ni dengan demam denggi?

Haaa. Ni kena jaga betul2 ok. Sebab mengikutkan kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, bila start musim panas, maka demam denggi dan wabak yg berpunca daripada air dan makanan akan mula. Meh kita recall balik statement tu.


“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini."

Haa. Sekarang dah faham kan apa kaitannya denggi dengan musim panas ni? Sebab orang dok sibuk tadah air sampai lupa cara nak cegah pembiakan jentik2. Terhasilla masalah denggi. 

Tahukah korang, bukan semua nyamuk aedes ni membawa denggi. 

Kenapa saya cakap camtu? Sebab denggi ni penyakiy jangkitan virus yg merebak melalui gigitan nyamuk aedes yg telah dijangkiti. Kalau tak dijangkiti takde masalah la kan. 

Apa tanda2 atau simptom demam denggi ni?

Biasanya demam akan jadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas kita digigit oleh nyamuk yg dijangkiti. Demam tu pulak biasanya ambik masa dalam 4 hingga ke 7 hari.

Selalunya demam ni bermula dengan demam kuat yg mengejut, sakit kepala yg teruk, sakit pada bahagian belakang mata, otot dan sendi. Ruam merah kat kulit pon mungkin boleh jadi.

Biasanya suhu badan kita akan mencecah sampai 40 ke 41 darjah celcius. Kalau budak2 bawah 6 tahun yg kena, demam sepanas ni boleh menyebabkan serangan sawan. 

Disebabkan denggi ni menyebabkan sakit pada otot dan sendi, maka demam denggi ni jugak dikenali sebagai breakbone fever.

Denggi jugak menyebabkan kita muntah2 dan kurang selera makan. 

Apa yg kita boleh buat untuk mencegah denggi ni?

Antara lain, kita bolehla :

Elakkan gigitan nyamuk dengan : 

  • Menggunakan kelambu masa tido. Gunakan repellent jika perlu.
  • Menggunakan ubat nyamuk.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit ~ 5.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 pagi hingga 8.00 malam.
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang bila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus kat tingkap dan pintu.
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah.
  • Musnahkan semua bekas yg boleh menjadi tempat takungan air hujan atau lebihan air macam besen, tayar lama, bekas bunga atau alas pasu, bekas plastik dan tong.
  • Letakkan bahan pembunuh jentik2 dalam bekas yg berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk.
  • Kerap menukar air di bekas minuman haiwan peliharaan. 

Haa. Itu antara cara nak mencegah. 

Camna plak kalau dah terkena denggi ni? Macam mana nak merawatnya?

So saya nak kongsikan sket caranya. Kalau ikutkan kata pakar nutrisi Shaklee, bila terkena denggi, maka kita perlula : 


  • Elakkan makanan berempah, bergoreng dan pedas.
  • Banyakkan minum air sebab denggi ni menyebabkan kita dehydrate.
  • Kalau nak makan boleh ambil bubur sebab boleh memastikan kandungan bendalir dalam badan kita sentiasa ada. 

Macam mana plak cara kalau kita nak ambik Shaklee sebagai alternatif?

Haa. Senang je. 

Nak pastikan bendalir dalam tubuh kita sentiasa ada, maka bolehla ambil Performance Drink. Sebab PD ni memastikan kita tak dehydrate dan mengekalkan kandungan bendalir dalam badan kita.


Kemudian bolehla ambil Sustained Release Vita C, Garlic ataupon Nutriferon untuk meningkatkam balik sistem imun dalam badan kita yg dah lemah. 

Kalau tambah ESP lagi kawww. Sebab ESP menyediakan sumber protein tambahan dan asid amino penting untuk badan.

So gabungan semua ni memang boleh membantu kita merawat denggi.

Nak lagi kaw?

Cuba la Vivix. Sebab Vivix repair terus ke dalam sel dan dna kita. Lagi mantop!!

Nak cuba?

Boleh la roger saya. 
PM/CALL/SMS/WHATSAPP 018.375.1884.

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!







Monday, 23 February 2015

Panas : Jangan sampai kena strok haba!

Assalamualaikum semua! 

Lately panas sangat kan. Berbahang2. Kalau tido dalam bilik sekadar berkipas memang terasa angin kipas tu berbahang. Kena jugak carik air cond. Pasang 5 ke 6 jam pastu hujung bulan bil melambung. Kih kih. Haaa. Punyala nak elakkan daripada terkena strok haba kan. 

Rumah yg kami diam sekarang ni memang panas. Rumah murah katakan. Sewa pon RM250. Siling rendah. Sebab tu berbahang benau rasanya. Kesian anak2 ibu. Tapi itu lah. Sementara cuti lagi ni memang kena sabar sket la. Nanti bila dah masuk keje lega sket. Mana tidaknya, siang ibu kat opis. Anak2 hanta kat taska. So takde la panas beno. Hehe. 

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ada keluarkan statement mengenai panas ekstrem ni. Cuaca Malaysia biasanya panas dan lembab sepanjang tahun kan. Tapi dek kerana fenomena Ekuinoks yg menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa, maka panas yg berpanjangan akan mula dialami oleh kita kat Malaysia ni bermula minggu ni sehingga awal April nanti. 

Phew. 

Kalau ikutkan statement beliau ni kan, dek kerana musim panas ekstrem ni, kita akan menerima tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan kita termasukla sampai boleh mengakibatkan kematian tau!! 

Tambah lagi, perubahan cuaca ni bukan sekadar memberi kesan kepada kualiti kesihatan kita. In fact ekosistem dan kawasan pertanian akan turut terkesan sama. Meh kita baca statement penuh Datuk Noor Hisham Abdullah nak? 

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.


Haaa. Tu statement penuh. Rupanya cuaca panas melampau ni berkait jugak dengan masalah penyakit bawaan air dan makanan macam cirit birit, masalah kardiovaskular dan jugak masalah denggi. Bab denggi tu esok saya cerita k. Skang kita fokus pasal strok haba ni je. 

Apa strok haba ni sebenanye? Meh tengok gamba kat bawah ni. 


Bahayanya strok haba ni sebab boleh mengundang maut. Huuu. Seram plak. Mau tak seram. Dah la dok kat rumah yg macam sauna. Panasnya tu sampai vaseline petroleum gel boleh cair. Asal tengah hari je cair. Haha. Dah la menyusukan anak lagi. Boleh menyumbangkan kepada dehidrasi dengan cepat kalau tak kerap minum air. Kang minum air banyak org kata cepat buncit la apo la. Adoi. But no complaints. Alhamdulillah. Sekurang2nya ada tempat berteduh dan ada susu nak diberikan kepada anak. Hehe. 

So secara alternatifnya, saya kena la ambil langkah2 berjaga2 untuk mengelakkan daripada terkena strok haba. Selain daripada minum air sekurang2nya 3 liter dan elakkan daripada beraktiviti kat luar rumah, saya jugak amalkan minum Performance Drink Shaklee. 



Apa bestnya Performance Drink ni? 

  • Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  •  Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina. 
  •  Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Sekurang2nya kalau kita minum Performance Drink ni, kita akan kekal bertenaga dan hydrate selalu. Insya Allah. Kalau minum air isotonik lain bergas dan manis kaw kaw. Banyak gula. So sebagai ibu yg menyusukan anak, saya nak elakkan daripada minum air bergas. Dan bila minum air yg kurang manis ni dalam masa hg sama dapat kurangkan calorie intake. Tak gitu? Kata nak slim. Kih kih. 

Oh yes. Lagi satu kan. Nak cerita, saya ni asal menyusukan anak je di awal2 bulan kelahiran anak ni, mesti bibir kering gile. Bila kering jadi gatal. Bila gatal garu. Sampai berair dan luka2 bibirku. Dah macam eczema. So kali ni semenjak aritu dah mhla rasa2 gatal bibir. Sebab tu la saya amalkan minum Performance Drink ni. Tambah Vitamin C sebab biasanya kalau kurang Vitamin C bibir akan kering. Dan dalam masa yg sama saya ambik Omega Guard untuk kurangkan keradangan kulit. Pastu kutenyeh vaseline kat bibir dan keliling bibir tu kutenyeh herbal blend. Trauma ooo bibir kering sampai berair2 luka ni. Nak tengok camna dulu? 

Jap2. 


Seram kan? Haaa. Gatal toksah cakapla. Macam nak siat2 kulit. Huhu. Gamba belah bawah tu yg dah ok lepas makan Vitamin C, Omega dan sapu herbal blend pada bahagian luar bibir dan vaseline pada bibir. 


Kali ni since dah "kenal" badan sendiri, bila stat rasa kering tu saya buat apa yg patut. Alhamdulillah setakat hari ni memang tak teruk macam dulu. Nak amik gamba sendiri pon segan. Nak senyum sakit. Nak bercakap kurang. Huhu. 

So jomla kita pastikan kita dan famili kita minum air secukupnya dan elakkan diri daripada expose kepada suhu panas kat luar. Kalau nak beraktiviti cukupla dalam rumah atau di bawah beranda rumah. Hehe. Tambah Performance Drink Shaklee, insya Allah sihat sepanjang fenomena Ekuinoks ni berlangsung. 

Nak cuba produk Shaklee? Boleh roger saya. 

PM/Call/SMS/WHATSAPP  018.375.1884  ok!! 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane. 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation For Sure!!! 




Wednesday, 18 February 2015

Air Anggur jadi Air Mineral??

Assalamualaikum semua! 

Hari ni nak share eksperimen yg saya buat malam semalam. Hehe. Best woo. Macam ujikaji sains gittew. Hehe. 

Orang dok cakap pasal water filter. Saya pon ada jugak. Cuma tak pernah buat eksperimen ni. Nak tengok boleh ke jag ni menuras air? 

So semalam saya pon bancuhla air anggur tanpa gula. Sbb pada saya pati anggur tu dah manis. Tak yah nak tambah ga. Saya tapis guna water pitcher shaklee. Hasilnya nak tau camna? 

Meh kita tengok gambar ni k. 


Tadaaaaa. Jernih ko!!! 

Tak sangka tau. Sebab sebelum ni ada org try tapis air sirap. Katanya mmg jadi air plain jernih. Saya ni bukan mudah percaya. Kena try dulu baru tau kan. So saya try sendiri. Memang menjadi. Takde rasa anggur. Memang betul air kosong biasa!! Magic kan? 

Kenapa water pitcher ni best? 

Sebab ianya mobile. Bole diangkut ke mana2 hatta nak bawak balik kg atau hidangkan kat depan rumah masa sembang2 dengan jiran pon boleh. Tak perlu guna letrik atau pon gas. Sbb airnya tak perlu dimasak dulu pon. Boleh terus dari paip. 

Water pitcher shaklee ni ada filter dalamnya. Filter diperbuat daripada blok karbon daripada tempurung kelapa. Bukan macam sesetengah penapis yg gunakan tulang haiwan dalam filternya. Sebab tu la, water pitcher shaklee ni halalan toiyiban. Insya Allah. 

Water pitcher shaklee mampu menapis petroleum, merkuri, kadmium dan bahan tercemar lain. In fact water pitcher ni mampu jugak mengurangkan klorin dan memastikan air yg kita consume 99% lebih bersih tanpa menghilangkan mineral baik yg ada dalam air. 

Tu tak termasuk rasa air yg lebih sedap tanpa bau klorin. Heeee. Sebab tu water pitcher ni best. :) 

Kalau beli satu set siap ada 4 filter dalam tu. Take note ye. 1 filter tu bole menapis 80 gelen air. 80 gelen air kalau ikut conversion ke liter ada la dalam 303 liter air. So memang berbaloi dengan harga. Tak perlu servis2 selalu. Tak perlu bayaran ansuran nak bayar sbb tak sampai RM500 pon harganya. 

Nak harga kasih sayang? Kena la tanya saya macam mana! 

Roger k. 018.375.1884. 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane. 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!! 
Shaklee ID : 918265 

Tuesday, 3 February 2015

Berpantang Sendiri Elok Untuk Emosi

Assalamualaikum semua! 

Merdeka!!!  Ye. Saya dah merdeka 1hb Februari aritu. Dah siap pergi makan kenduri lagi. Haha. Yolah. Dah 44 hari makan makanan biasa2 aje. Teringin sangat makan lauk kenduri. Akhirnya ada rezeki. Alhamdulillah. 

Arini dah hari ke 47 selepas saya melahirkan. Alhamdulillah dah berpantang sendiri dengan jayanya. Hehe. So sementelah dah selesai berpantang, saya nak kongsikan kenapa saya cakap bila berpantang sendiri ni elok untuk emosi. Hehe. Tapi of course setiap benda ada pro n cons nya. Ni pendapat peribadi semata2. Jangan pulak lepas ni kalau korang pregnant korang nak escape daripada berpantang kat umah mak sendiri plak. Hehe. 

Kenapa berpantang sendiri elok untuk emosi? 

Sebab bila berpantang sendiri, kita duduk dengan suami. Heeee. Bukanlah tak boleh hidup tanpa suami di sisi. Aritu nak dekat setahun kot saya PJJ dengan suami. Ok je. Tapi itu lah. Orang lepas bersalin ni emosinya kena jaga. Pada saya, bila suami ada, lagi mudah untuk kita uruskan anak. Dulu masa saya lahirkan Zidane, saya berpantang kat rumah mak. Memang makan minum dijaga rapi. Tapi bab nak handle anak tu. Heeee. Maklumla, 1st time mommy. Ada je yg tak kena. Semua kena belajar sendiri. Bayangkan kalau anak menangis tengah malam, takkan la nak harapkan mak kita pulak bangun tolong dodoikan. Kat situ la rasa susah sket. Sebab kalau anak jaga tengah malam, tiba plak time tu kita penat sket atau tak cukup tido ke apa ke, mula la kita nak marah2. Nak stress. Kalau suami ada, bolehla nak pass baton. At least. Kalau kita penat, dia boleh gantikan kita dodoi anak. Kalau kita menyusukan anak, ada jugak tempat untuk bersandar. Eceh. Haha. Over kau.

Itu satu la. Suami ada so boleh mudahkan kerja kita. Lagi2 kalau yg jenis bermastautin macam kami. Kampung kat Ipoh. Bila berpantang terpaksa balik Ipoh. Suami keje kat KL masa tu. Cuti dalam seminggu ada sehari je. Bila nak balik Ipoh nak jenguk anak bini pon terkejar2. Sebab time constraint tu yg susah. 

Sebab tu kali ni bila berpeluang berpantang sendiri kat rumah sendiri masa suami masih bercuti, rasa gumbira sesangat. Haha. Sebulan suami jaga makan minum. Cloth diapers anak suami yg cucikan. Tapi saya pon bukanla jenis manja nau. Masuk 3 minggu lepas berpantang dah boleh la tolong2 suami kat dapo. Hehe. Yg penting jaga pergerakan. Agak rasa lenguh2 suami la tolong picitkan. 

Tapi macam yg saya cakap tadi, berpantang sendiri memang ada pro n cons. Sebab tu la kita jangan amik mudah. Badan kena jaga jugak. Yg paling penting peranakan kita. Jangan amik mudah. Kalau boleh, sediakan jadual untuk suami bantu apa yg patut. 

Macam saya, memang pagi2 saya pesan pada suami masak air dan panaskan tunggu. Bila air dah masak, suami tuangkan air dalam bilik air. Kemudian dia letakkan tungku kat tempat saya baring. Anak memang saya mandikan sendiri. Lepas saya mandi, suami siapkan air mandi anak pulak. Kemudian saya mandikan anak dan siapkan anak. 

Lepas mandi suami akan siapkan breakfast. Simple2 je pon. Kadang2 minum air Vico je. Masa time mengurut akak mengurut tu akan sampai pagi. Lepas mengurut dah berbengkung, saya tunggu makan tengah hari plak. Haha. Macam permaisuri sekali sekala. Lunch siap apa lagi, bedalla. Haha. 

Itu rutin sampai la sebulan. Yg penting kena disiplin. Jangan mengelat. Jangan bila berpantang sendiri kita tak berbengkung la makan suka ati la. Takmo ok. Kalau rasa takleh disiplin, balikla berpantang dengan mak kat kampung. Hehe. 

Ingat tau. Bottomline nye adalah DISIPLIN. Kalo tak disiplin kita yg rugi. Badan nak pakai lama tau. Bentuk badan semua tu tak penting. Aksesori semata. Yg penting peranakan tu. Kena jaga. Enjin kita tu. 

Ok, tu pendapat saya pasal berpantang sendiri ni. Kalau ada rezeki lagi nanti nak pantang sendiri gak. Tapi nak buat lagi details preparation nye. Hehe. Sebab nak jaga enjin. Hehe. 

Nah belanja gambo kami makan kenduri. Hehe. 



Nak cuba suplemen Shaklee? 

Roger saya ok. 018.375.1884.

Jumpe lagi nanti! 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane. 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor With 1st Class Consultation For Sure! 
Shaklee ID : 918265

Sunday, 1 February 2015

Bulan Februari Bulan Merawat Sendi

Assalamualaikum semua! 

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk Februari. Alhamdulillah. Masih lagi bernafas dan diberikan peluang oleh Allah untuk beribadah hari ni. So since dah masuk bulan baru, of kos la Shaklee akan mulakan promo baru kan. Saya dengan berbesar hati nak bgtau yg bulan Februari ni adalah bulan paling sesuai untuk merawat sendi. Nak tau nape? Meh saya cite. 

Biarla gamba kat bawah ni menjelaskan segalanya. Hehe. 



Haa. Nampak dah kenapa? Tak nampak lagi? Okla, saya perincikan lagi untuk kemudahan semua. 

Promo bulan ni adalah seperti berikut:
  • Beli 6 Ostematrix FREE 1. 
  • Beli 6 Vitalea FREE 1. 
  • Beli 2 Ostematrix OFF 5 %. 
  • Beli 2 Vitalea OFF 5%.
  • Beli 3 Vitalea for children FREE 1. 
  • Beli 3 Advanced Joint Health Tablet FREE 1. 
Memandangkan set sendi yg paling basic adalah Ostematrix dengan Advanced Joint Health Tablet, molek benarlah kita declare bulan Februari sebagai bulan merawat sendi.

Macam mana set sendi ni boleh membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi? Ok, yg ni saya kena terangkan explain. 

Set sendi Shaklee ni mampu mengekalkan tulang rawan yg sihat. Acaner? 

Dalam set tu ada Advanced Joint Health Tablet kan? AJHT ni memberikan manfaat kepada sendi melalui 3 kaedah. 

1. Menyokong keselesaan sendi. 
2. Memelihara tisu penyambung yg sihat. 
3. Meningkatkan kesan kusyen. 

Kusyen apa? Haa. Satgi saya tunjuk keratan rentas sendi kita. Wow. Keratan rentas. Dah macam zaman sekolah dulu. Kih kih. 

Ok2. Dalam set tu jugak ada Ostematrix kan? So camna Ostematrix ni membantu pulak? 

Semua orang tau kalau nak mengelakkan sakit sendi dan tulang mudah reput kena dapatkan sumber kalsium yg cukup. Tapi berapa ramai yg tau bahawa kalau kita ambik kalsium secukupnya tapi tak cukup magnesium pon tak guna jugak. Kenapa magnesium jugak penting? Sebab magnesium membantu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu2 lembut dan sendi. So since ada kalsium, magnesium dan Vitamin D, maka Ostematrix memang terbaik dalam menguatkan tulang2 dan sendi kita. Insya Allah tulang kita tak reput sebelum usia. 

So pendek kata, kalau ambik set sendi yg basic ni Insya Allah dapat mengelakkan kita daripada terkena osteoporosis dan osteoarthritis. 

Oh ye. Osteoporosis tu pereputan tulang. Osteoarthritis pulak sakit sendi. Hehe. Bercakap pasal kusyen tadi. Ni gamba keratan rentasnya. 


Ok. Nampak tak bezanya? Semakin tua, kusyen di sendi semakin haus. Sebab tu la yg sakit sendi ni biasanya org tua. 

So apa lagi? Jom rebut peluang ni. Hadiahkan mak ayah atok nenek atau mungkin untuk diri sendiri kan. Sementara promo ni. 

Lai lai lai. 

PM/Call/SMS/WHATSAPP 018.375.1884. 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265