Thursday, 8 January 2015

Tips menjaga bayi baru lahir dengan mudah

Assalamualaikum semua! 

Memandangkan tengah dalam pantang ni kan, saya nak share cara menjaga bayi yg baru lahir. Lebih2 lagi untuk 1st time mommies. Saya percaya ramai yg stress. Saya dulu pon camtu. Lagi2 masa bersalin 1st time dulu, zidane kena jaundis. Nak dekat sebulan jugak la. 

Kalau nak tau dulu siap lari daripada misi yg dtg buat lawatan ke rumah sebab tak nak disuruh pegi cek kuning anak. Haha. Naif sungguh i masa tu. Tapi kali ni ok la. Takde stress sgt. Stress sikit2 tu biasa la. Tambahan plak sbb zidane masih belajar utk adapt new life dgn adiknya. Ye la. Sebelum ni perhatian untuk dia sorg je kan. Skang kena la berkongsi kasih. So stress lain plak. Haha. 

Jgn tak tau, stress masa berpantang kalau tak dijaga boleh jd meroyan. So kena take precaution steps. Suami2 jgn la biarkan isteri stresa sorang2. Bahaya tau. 

So arini saya nak kongsila cara nak handle baby lepas dilahirkan. Sikit sebanyak boleh la kita faham perangai diorg ni. Takdela stress sangat bila dah faham kan. 

  • Susukan bayi mengikut permintaan. Biasanya bayi yg baru lahir akan menyusu lebih kurang 8 ke 12 kali sehari. Lepas 2 atau 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali. Kalau nak tau baby yg disusukan dengan susu ibu akan kerap menyusu. Tapi jangan anggap baby tu tak cukup menyusu. Sebenarnya susu ibu tu lebih mudah dihadam compared to susu formula. Sebab tu baby yg menyusu susu ibu cepat je lapa. Sebab cepat hadam kan. So kena sabar & faham. 
  • Susukan bayi sehingga kenyang. Kena tahu la bila baby kita kenyang. Contohnya bila dia dah berhenti menghisap, dah tutup mulut ataupon dah alihkan mulutnya dari puting. Itu semua tanda yg baby dah kenyang atau baby sebenarnya nak rehat sebentar. Kalau tengok macam dah cukul, sendawakan baby. Kalau nampak macam dia cuba nak menyusu lagi, maka itu tandanya dia berhenti tadi untuk rehat sekejap. So kalau nampak mulut baby macam buat bentuk "O" balik, maka susukan aje. Baby tau kalau diorg dah kenyang, diorg akan berhenti sendiri. So jangan risau. Ikutkan aje rentak diorg. Jangan lupa sendawakan diorg tau. Takut baby kembung atau tak sedap perut kalau tak sendawa. 
  • Pastikan bayi disusukan dengan cukup. Untuk 1st time mommies mesti tertanya2 baby kita ni cukup ke tidak menyusu. Kalau nak tau baby kita cukup menyusu ataupon tidak, ada beberapa cara untuk kita cekidaut. Boleh tengok daripada najis bayi, air kencing bayi dan jugak peningkatan berat badan bayi. Kalau baby kurang kencing atau buang air besar berkemungkinan bayi kita tu tak cukup menyusu. Biasanya kalau pampers yg digunakan tu kurang daripada 6 maybe baby kita kurang menyusu sebab biasanya baby yg baru lahir ni kerap buang air besar. Kentut sket pon kadang2 terbuang air besar. Hehe. Lagi satu tengok kekerapan baby kita tu menyusu. Kalau asyik tidur je, maka dah tentu kurang menyusu kan. Baby yg kena jaundis lg kerap tido daripada menyusu. Sebab tu kalau boleh kejutkan baby. Susukan tiap 2 ke 3 jam. Kang tak pasal kita plak bengkak susu. 
  • Tentukan keperluan bayi tiap kali bayi menangis. Take note tau. Bayi yg baru lahir kalau menangis je bukan bermakna nak menyusu je. Cek betul2. Mula2 cuba bg susu. Kalau tak nak, cek pampers. Kalau pampers ok, cuba plak sendawakan baby. Kadang2 baby ni pon tau letih atau tak selesa dalam satu kedudukan. Cuba dodoi. Biasala. Selama ni hampir 40 minggu dalam perut. Rasa nyaman je kan. Bila dah keluar diorg rasa insecure. So pelukan dan dakapan pon dah memadai. Dulu saya tak tau. Saya rasa susah sangat nak jaga budak kecik. Tapi lepas tu bila saya dapat discover keperluan baby, a lot more easy of course! 
  • Berikan urutan kepada bayi. Mengurut bayi menggunakan sentuhan boleh meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial bayi. Sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dengan baik. Dan biasanya bayi yg kerap diurut oleh ibu bapa akan kurang menangis compared to baby yg kurang dirangsang dengan urutan.  Sistem pencernaan bayi pon akan berfungsi dengan lebih baik bila diurut. Antara kebaikan mengurut bayi ni termasuklah:
  1. Menyokong proses bonding antara ibu bapa dan bayi. 
  2. Melegakan tekanan otot yg disebabkan oleh motor skills acquisition
  3. Menenangkan bayi dan melegakan simptom colic
  4. Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri
  5. Membantu bayi mempelajari postur yg betul dan cara pergerakan. 

Itu dia antara cara2 untuk kita tackle bayi kita. Hehe. Tackle sangat kan. Ye lah. Kalau tak pandai tackle, kita jugak yg jenuh nak menjaga baby tu kan. Silap gaya stress plak. Huhu. 

Oh ye, kalau rasa tak boleh nak handle jugak, minta bantuan org. Jangan stress sangat. Cuba dapatkan sokongan org sekeliling. Insya Allah ramai yg sudi membantu. :) 

Jom berpantang dengan Shaklee. 

Kalau nak bole PM/Call/SMS 018.375.1884 
WhatsApp 016.331.4797 

Nah belanja gamba Durrah baru keluar dari "oven" ibu. Hehe. 


Masa lahir 3.63kg. Masa 20 hari punya check up semalam dah 4kg. Hehe. Baby saya cukup menyusu la maknanya tu sebab berat bertambah. :) 



Regards, 
Marina, ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265


2 comments:

  1. nice useful tips ibu zidane ! :-)

    ReplyDelete
  2. Hi bagusnya tips ni:) , stress juga kdg2 pikir mcm mana hilangkan bengkak sbb susu tak keluar.. ada org recommend guna Pump It Natural Milkbooster ,tgk kt fb ada 1 set 3 jenis dlm tu ,mula2 ingt benda tu supplement rupenye sapu2 je, InshaAllah..tak sabar nak try:)

    ReplyDelete