Friday, 23 January 2015

Resepi Pizza Mudah

Assalamualaikum semua! 

Arini nak share resepi Pizza yg senang dan mudah. Tak sampai setengah jam dah siap. Bila buat sendiri maka sangatla berpuas hati. Sebab apa? Sebab dohnya banyak. Bahan banyak. Maka kenyang dan puas hati insya Allah. 

Ni resepinya. 

Untuk Doh

1 setengah cawan air suam
2 sudu kecik yis
1 sudu teh gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan olive oil - saya gunakan minyak sayuran

Untuk topping

Sosej
Capsicum 
Bawang holland
Mayonis
Sos spagetti - saya guna brand kimball je
Mozarella Cheese yg dah siap diparut. Cheddar cheese pon boleh. 

So jom cerita cara buat doh dulu. Senang je kalau nak tau. Dah tau memang tak makan pizza la jawabnya. Hehe. 

Bancuhkan yis, gula & garam dengan air suam. Kacau rata. Pastu biarkan air tu dalam 5 minit utk pastikan yis tu aktif. Camna nak tau yis tu aktif? Bila air tu jadi berbuih2. Tu maknanya aktif la tu. Kalau tak aktif nanti pizza kita x naik n jadi bantat. So kalau yis tak berbuih, buangkan aje. Beli yis baru. Bole beli yg paket kecik je. Atau kalau beli paket besar, pastikan baki yg tak digunakan lg tu disimpan dalam bekas yg kedap udara. 

Ok. Dah berbuih yis kita tu,buat lubang kat tengah2 tepung kita n masukkan minyak dan bancuhan yis tadi. Pastu kacau dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau nak mengelakkan melekat2 kat tangan, ambik sket lebihan minyak tu untuk lumurkan kat doh tu n kat tangan kita. 

So lepas doh tu agak tak melekat kat tangan, boleh la tutup dgn plastik dan biarkan doh naik 2 kali ganda saiz asal. Lebih kurang setengah jam camtu. 

Lepas doh dah naik, cucuk2 doh tu ngan jari. Biarkan udara dalam doh tu keluar. So doh kita dah ready. Boleh buat topping plak. 

Untuk topping suami saya masakkan dulu bawang dengan capsicum  tu. Sebelum tu bahan tu kena dipotong ikut bentuk dan saiz yg kita suka. Goreng kejap atas kuali. Mat saleh cakap caramelised kan benda2 tu atas dapo dengan sikit minyak. Bolehla tabur black pepper sket sbg perasa. 

Lepas dah caramelised kan benda2 tu, uli doh ikut bentuk yg kita nak. Macam kitorg, kitorg buat penuh pemanggang ajaib tu. Tapi esoknya kitorg buat kecik2 sebab nak makan sarapan. 

Sapukan sos spagetti atas doh yg dah dibentuk tu. Pastu gaulkan sosej dengan mayonis. Letak bahan2 yg dah goreng kejap td atas doh. Pastu letak sosej dgn mayonis pulak. Last sekali taburkan cheese yg dah diparut tu. Cheese tu dah siap parut pon. Banyak je jual kat pasaraya. 

Lepas tu boleh bakar atas dapo. Kami takde oven so kami gunakan pemanggang ajaib mcm yg saya dah cakapkan tadi. Api sederhana dalam 15 minit camtu. Bila dah ada bau naik tu maka siapla pizza kita. Jom tengok gamba sket. Hehe. 


Yg atas tu sebelum masak. Yg bawah tu dah masak. 

Suami saya siap letak cheese lagi kat keliling doh. Jd macam cheese crust gitu. Haha. Memang sedap oi. 

Kalau ada doh lebih, boleh simpan dalam fridge. Esoknya bole guna lagi. Macam kitorg, esoknya kitorg buat pizza saiz kecik plak. 


Tadaaa. Macam kat kedai kan? 

Sedap dah tentu. Next time bole cuba topping lain. Letak thousand island dgn seafood pon bole. Sedapnye. Hehe. Ni semua sebab nak naikkan berat badan Zidane. So ni la antara usaha kami. Sebab kalau buat dengan Zidane, dia eksaited nak makan pulak. Hasil tangan sendiri konon. Tapi paham2 la sepahnya acaner. Hehe. 

Tu dia resepi pizza mudah guna pemanggang ajaib saya. 

Nak suplemen Shaklee? 

PM/CALL/SMS 018.375.1884 
WHATSAPP 016.331.4797 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265




1 comment:

  1. Sedap bila kita pandai buat piza...murah pulak tu kenyang perut...

    ReplyDelete