Sunday, 25 January 2015

Resepi donat 15 minit

Assalamualaikum semua! 

Aritu dah kongsi resepi pizza mudah kan? So arini tiba la giliran untuk resepi donat 15 minit. Lately kejenya asyik nak cari resepi makanan yg mudah. Tepung based konon. Macam terer sangat. Padahal senang je. Haha. Sebab tu keyword untuk carik resepi kat internet kena ada "mudah". Sebab kalau susah , objektif kita tak tercapai la. Hehe. 

So ni resepinya. 

1/4 sudu makan yis
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 sudu makan mentega
1 sudu makan susu pekat
1 cawan air suam
1/2 kg tepung gandum
Gula untuk salut donat yg dah siap


Caranya pon mudah. Masukan semua bahan kecuali tepung dalam air suam tadi. Kacau sampai gula dengan garam larut. Pastu letak tepi. Tunggu sampai yis tu aktif. Cara nak tau yis tu aktif mudah je. Pastikan berbuih2. Kalau bancuhan tu berbuih maka dah aktif la. Insya Allah donat kita naik cantik molek dan tak bantat. Hehe. 

Lepas yis aktif, masukkan ke dalam tepung. Kacau sampai rata dan tak melekat2. Pastu letak tepi. Tutup dengan plastik wrap. Tunggu sampai kembang 2 kali ganda saiz asal. Dah kembang tu, cucuk2 dengan jari untuk keluarkan udara dalam doh kita tu. 

Lepas dah cucuk2, boleh la bentukkan donat kita. Nak buat bentuk bulat pon bole. Nak buat bentuk donat pon bole. 

Pastu goreng la atas kuali. Selesai. 

Nak tengok donat yg saya buat? Tak cantik pon. Tak reti nak menguli bentuk donat. Haha. 


Tadaaa. Gula takde sebab sape nak gula kena cicah sendiri. 

Oh ye, resepi yg sama ni boleh digunakan untuk buat burger Malaysia. Alah, yg ada sambal ikan bilis dalam dia tu. Saya siap cicah lg dengan sambal ikan bilis. Sedapnye ya Allah. Tengah menaip entri ni pon bole kecur air liur. Haha. 

So nanti kita cite balik pasal suplemen Shaklee ok! 

Tapi kalau nak order boleh je. 24/7 available. 

PM/Call/SMS 018.375.1884 
WHATSAPP 016.331.4797 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265



No comments:

Post a Comment