Sunday, 11 January 2015

Cara menjaga pusat bayi baru lahir

Assalamualaikum semua!

Hari ni saya nak share cara untuk menjaga pusat bayi yg baru lahir. Masa dalam rahim, baby berbafas menggunakan uri yg bersambung melalui tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat ni tak diperlukan lagi. 


Proses tali pusat tanggal. Lebih kurang camnila. 


Lepas je kita lahirkan anak, warna tali pusat tu macam warna putih. Jernih macam jeli yg dah dikepit atah diclamp sebaik sahaja dilahirkan. Kalau nak tau tali pusat ni takde saraf. Sebab tu la baby tak rasa sakit bila diclamp tali pusat tu sebaik dilahirkan.

Tali pusat ni tak memerlukan penjagaan rapi. Tapi. Kalau tak dijaga betul2, infection boleh berlaku jugak. Kesian baby kan. 

Biasanya baki tali pusat ni akan gugur lebih kurang seminggu lepas kelahiran. Tapi ada jugak yg lambat. Macam anak saya Durrah ni hari ke 11 baru la gugur. Misi yg datang buat visit hari ke 10 tu ada cakap. Org tua cakap kalau makin lambat tali pusat tu gugur makin degil anak tu. Amboi. Budak baru je keluar. Takkan dah nak label degil ye tak? Ada banyak hari lagi untuk didik dia jadi anak yg tak degil dan mendengar cakap. Betul tak? Hehe. Positif la sket. Kalau dah label awal2 maka jadi la dia sebagaimana yg kita label. Huhu.

Kan masa dilahirkan kaler tali pusat tu putih jernih macam jeli. Bila nak gugur tu, lama2 tali pusat tu akan jadi mengecut, hitam dan kering. Memang akan ada luka sikit pada pusat tu. Tapi insya Allah akan pulih jugak akhirnya.


Ni tali pusat baby baru lahir. Kaler camni la. 


Macam mana nak jaga dan rawat tali pusat baby tu? 

  • Pastikan baki tali pusat kita tu bersih dan kering untuk cegah jangkitan. 
  • Mandikan baby dari atas ke bawah dengan kain suam basah. Jangan risau kalau tali pusat tu terkena air. Sebab ini takkan melambatkan proses pemulihan tali pusat tu. 
  •  Cuci tunggu tali pusat baby tu dengan air biasa atau dengan sabun lembut tanpa wangian atau sedikit pencuci baby yg pH neutral. 
  • Lepas mandi, lapkan tali pusat baby dengan tuala lembut. Pastikan tali pusat tu kering sebelum pakaikan lampin. 
  • Tak perlu gunakan antiseptik pada tali pusat tu. Cukup dengan memastikan tali pusat tu bersih. Penggunaan antiseptik boleh menyebabkan tali pusat gugur dengan lebih lambat.
  • Pastikan kita cuci tangan sebelum dan selepas menukar lampin. 
  • Biarkan tali pusat gugur sendiri. Jangan tarik tali pusat tersebut. 
  • Jangan biarkan tali pusat menyentuh najis atau aor kencing. Takut terdedah kepada infection.
  • Pastikan bahagian tali pusat tu terdedah kepada udara supaya luka lebih cepat kering. 

Macam mana nak kenalpasti tali pusat yg terkena jangkitan kuman? 
  • Baby demam panas, lesu, tak mahu menyusu atau nampak tak selesa. 
  • Kawasan pusat menjadi bengkak, bernanah, busuk atau berair. 
  • Pusat kemerah2an.
  • Berdarah tanpa henti. 

Kalau ada tanda2 camni, segeralah bawak jumpe doktor. 

Oh yes. Pernah tak dengar orang2 tua2 cakap tali pusat anak2 ni elok disatukan supaya nanti tak bergado. Jangan percaya ok. Walau pon orang2 tua ni makan garam dulu tak semestinya semua tu betul. Hehe. Khurafat je semua tu. Dikatakan sunat untuk tanam tali pusat yg gugur. Sama macam anggota badan manusia yg lain. Kalau nak simpan pulak hukumnya harus. Simpan sekadar kenangan. Kalau simpan sebab percaya dengan kepercayaan2 karut tu maka jatuh haram hukumnya. So jaga2 ok. Ustaz Azhar Idrus pon ada sentuh pasal kepercayaan org2 tua ni. Rajin2 sila la godek2 youtube ok. 

Nak cuba suplemen Shaklee? 

Meh PM/Call/SMS 018.375.1884 
WhatsApp 016.331.4797 

Hari ke 11 gugur tali pusat. Hari ke 12 terus buat surat beranak. Takde kaitan dengan apa2 kepercayaan hokey! 




Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265




1 comment:

  1. Jaga tali pusat bayi nie memang nampk mudah pun kan.
    Tetapi kalau salah jaga memang boleh demam panas pun.
    Lagi bahaya pada bayi.

    ReplyDelete