Tuesday, 27 January 2015

PENGUMUMAN PENTING



Assalamualaikum semua! 

Hari ni nak buat pengumuman penting. Hehe. Mulai hari ni nombo yg boleh dihubungi sama ada melalui WhatsApp ke atau nak call, mesej etc etc ada 1 je. 

018.375.1884. 

Ye. Satu nombo je. Sebelum ni tak tau nak tukar nombo whatsApp camna. Haha. Naif nye la aku ni. Buta teknologi sket. Semalam baru discover camna. Haha. So itu la pesanan penaja arini. 

Nanti kita jumpe lagi naa. 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265


Sunday, 25 January 2015

Resepi donat 15 minit

Assalamualaikum semua! 

Aritu dah kongsi resepi pizza mudah kan? So arini tiba la giliran untuk resepi donat 15 minit. Lately kejenya asyik nak cari resepi makanan yg mudah. Tepung based konon. Macam terer sangat. Padahal senang je. Haha. Sebab tu keyword untuk carik resepi kat internet kena ada "mudah". Sebab kalau susah , objektif kita tak tercapai la. Hehe. 

So ni resepinya. 

1/4 sudu makan yis
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 sudu makan mentega
1 sudu makan susu pekat
1 cawan air suam
1/2 kg tepung gandum
Gula untuk salut donat yg dah siap


Caranya pon mudah. Masukan semua bahan kecuali tepung dalam air suam tadi. Kacau sampai gula dengan garam larut. Pastu letak tepi. Tunggu sampai yis tu aktif. Cara nak tau yis tu aktif mudah je. Pastikan berbuih2. Kalau bancuhan tu berbuih maka dah aktif la. Insya Allah donat kita naik cantik molek dan tak bantat. Hehe. 

Lepas yis aktif, masukkan ke dalam tepung. Kacau sampai rata dan tak melekat2. Pastu letak tepi. Tutup dengan plastik wrap. Tunggu sampai kembang 2 kali ganda saiz asal. Dah kembang tu, cucuk2 dengan jari untuk keluarkan udara dalam doh kita tu. 

Lepas dah cucuk2, boleh la bentukkan donat kita. Nak buat bentuk bulat pon bole. Nak buat bentuk donat pon bole. 

Pastu goreng la atas kuali. Selesai. 

Nak tengok donat yg saya buat? Tak cantik pon. Tak reti nak menguli bentuk donat. Haha. 


Tadaaa. Gula takde sebab sape nak gula kena cicah sendiri. 

Oh ye, resepi yg sama ni boleh digunakan untuk buat burger Malaysia. Alah, yg ada sambal ikan bilis dalam dia tu. Saya siap cicah lg dengan sambal ikan bilis. Sedapnye ya Allah. Tengah menaip entri ni pon bole kecur air liur. Haha. 

So nanti kita cite balik pasal suplemen Shaklee ok! 

Tapi kalau nak order boleh je. 24/7 available. 

PM/Call/SMS 018.375.1884 
WHATSAPP 016.331.4797 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265



Friday, 23 January 2015

Resepi Pizza Mudah

Assalamualaikum semua! 

Arini nak share resepi Pizza yg senang dan mudah. Tak sampai setengah jam dah siap. Bila buat sendiri maka sangatla berpuas hati. Sebab apa? Sebab dohnya banyak. Bahan banyak. Maka kenyang dan puas hati insya Allah. 

Ni resepinya. 

Untuk Doh

1 setengah cawan air suam
2 sudu kecik yis
1 sudu teh gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan olive oil - saya gunakan minyak sayuran

Untuk topping

Sosej
Capsicum 
Bawang holland
Mayonis
Sos spagetti - saya guna brand kimball je
Mozarella Cheese yg dah siap diparut. Cheddar cheese pon boleh. 

So jom cerita cara buat doh dulu. Senang je kalau nak tau. Dah tau memang tak makan pizza la jawabnya. Hehe. 

Bancuhkan yis, gula & garam dengan air suam. Kacau rata. Pastu biarkan air tu dalam 5 minit utk pastikan yis tu aktif. Camna nak tau yis tu aktif? Bila air tu jadi berbuih2. Tu maknanya aktif la tu. Kalau tak aktif nanti pizza kita x naik n jadi bantat. So kalau yis tak berbuih, buangkan aje. Beli yis baru. Bole beli yg paket kecik je. Atau kalau beli paket besar, pastikan baki yg tak digunakan lg tu disimpan dalam bekas yg kedap udara. 

Ok. Dah berbuih yis kita tu,buat lubang kat tengah2 tepung kita n masukkan minyak dan bancuhan yis tadi. Pastu kacau dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau nak mengelakkan melekat2 kat tangan, ambik sket lebihan minyak tu untuk lumurkan kat doh tu n kat tangan kita. 

So lepas doh tu agak tak melekat kat tangan, boleh la tutup dgn plastik dan biarkan doh naik 2 kali ganda saiz asal. Lebih kurang setengah jam camtu. 

Lepas doh dah naik, cucuk2 doh tu ngan jari. Biarkan udara dalam doh tu keluar. So doh kita dah ready. Boleh buat topping plak. 

Untuk topping suami saya masakkan dulu bawang dengan capsicum  tu. Sebelum tu bahan tu kena dipotong ikut bentuk dan saiz yg kita suka. Goreng kejap atas kuali. Mat saleh cakap caramelised kan benda2 tu atas dapo dengan sikit minyak. Bolehla tabur black pepper sket sbg perasa. 

Lepas dah caramelised kan benda2 tu, uli doh ikut bentuk yg kita nak. Macam kitorg, kitorg buat penuh pemanggang ajaib tu. Tapi esoknya kitorg buat kecik2 sebab nak makan sarapan. 

Sapukan sos spagetti atas doh yg dah dibentuk tu. Pastu gaulkan sosej dengan mayonis. Letak bahan2 yg dah goreng kejap td atas doh. Pastu letak sosej dgn mayonis pulak. Last sekali taburkan cheese yg dah diparut tu. Cheese tu dah siap parut pon. Banyak je jual kat pasaraya. 

Lepas tu boleh bakar atas dapo. Kami takde oven so kami gunakan pemanggang ajaib mcm yg saya dah cakapkan tadi. Api sederhana dalam 15 minit camtu. Bila dah ada bau naik tu maka siapla pizza kita. Jom tengok gamba sket. Hehe. 


Yg atas tu sebelum masak. Yg bawah tu dah masak. 

Suami saya siap letak cheese lagi kat keliling doh. Jd macam cheese crust gitu. Haha. Memang sedap oi. 

Kalau ada doh lebih, boleh simpan dalam fridge. Esoknya bole guna lagi. Macam kitorg, esoknya kitorg buat pizza saiz kecik plak. 


Tadaaa. Macam kat kedai kan? 

Sedap dah tentu. Next time bole cuba topping lain. Letak thousand island dgn seafood pon bole. Sedapnye. Hehe. Ni semua sebab nak naikkan berat badan Zidane. So ni la antara usaha kami. Sebab kalau buat dengan Zidane, dia eksaited nak makan pulak. Hasil tangan sendiri konon. Tapi paham2 la sepahnya acaner. Hehe. 

Tu dia resepi pizza mudah guna pemanggang ajaib saya. 

Nak suplemen Shaklee? 

PM/CALL/SMS 018.375.1884 
WHATSAPP 016.331.4797 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265




Wednesday, 21 January 2015

Food Cravings : Tanda badan kita kekurangan zat dan nutrisi penting

Assalamualaikum semua! 

Lama rasanya tak bersiaran. Hehe. So arini decide nak tulis pasal craving ataupon rasa mengidam atau rasa teringin nak makan. Dan fokus ni bukan pada ibu hamil je ok. Pada semua orang secara umum. 

Ok2. Secara mudah, meh saya kongsikan gambar bawah ni haa. 


Tahukah kita kalau kita teringin sangat nak makan coklat maknanya kita kekurangan magnesium dalam badan? Haaa. Tak pernah tau kan? Tapi itu la hakikatnya. Ikutkan kajian, coklat adalah benda yg paling kerap diidamkan oleh orang2 di Barat. Mengikutkan statistik, sehingga 80% orang Amerika yg mengalami kekurangan magnesium. No wonder la diorg crave for chocolate. Magnesium diperlukan olehebih 300 tindakan biokimia dalam badan termasuklah tindak balas berkaitan ketenangan atau relaxation. In fact kalau nak tau magnesium dikenali sebagai mineral yg memberikan ketenangan. Kekurangan magnesium dalam badan menyebabkan kita resah, insomnia dan tekanan darah jd tinggi. Sebab tu la org2 yg kekurangan magnesium akan rasa lebih tenang lepas makan coklat. So lepas ni kalau rasa teringin makan coklat tu maknanya badan kita kekurangan magnesium. Dan makanan yg ada magnesium bukan hanya coklat. Boleh dapatkan daripada sayur2an hijau gelap, kekacang, ikan jugak. Nak mudah? Boleh amik Ostematrix Shaklee. Hehe. Ada kalsium, magnesium dan Vitamin D sekaligus. :) 

Mengidam makanan manis2 pulak tanda badan kita kekurangan kromium, karbon fosforus, sulfur dan/atau triptofan. Kromium membantu utk regulate paras gula dalam darah, karbon adalah salah satu elemen dalam menghasilkan gula, fosforus membantu badan menghasilkan tenaga, sulfur membantu menghilangman toksin dan triptofan pulak adalah regulator kepada serotonin. So cara paling mudah untuk menghilangkan rasa mengidam makan benda2 manis ni adalah dengan cara membetulkan diet seharian kita supaya badan kita menerima semua mutrisi dengan cukup. 

Teringin makan refined carbohydrates macam pasta ataupon roti adalah signal bahawa badan kita kekurangan nitrogen yg merupakan komponen asas kepada asid nucleic dan protein. Kekurangan nitrogen akan mengakibatkan malnutrisi yg disebabkan oleh kekurangan protein. Sebab tu kalau rasa teringin makan makanan macam pasta atau roti, cuba ambik makanan yg kaya nitroge. Ambik buah2an dan sayur2an pon ok sbb kaya nitrogen kan. :) 

Teringin makan makanan berminyak dan berlemak pulak bermaksud kita kekurangan kalsium. So boleh la ambik susu fresh, cheese ataupon brokoli. 

Kalau teringin makan ais tanda badan kita kekurangan iron dalam badan. So banyakkan makan makanan yg kaya dengan zat besi macam sayur2an hijau dan daging. 

Teringin makan makanan masin pulak adalah tanda badan kekurangan klorida ataupon silikon. So boleh tambah ikan dengan kacang dalam diet seharian kita. 

Ok, itu dia tanda2 kurang zat dalam badan kita. Lepas ni kalau ada rasa teringin dengan sekian sekian makanan, maka kita kenal pasti apa yg kurang & betulkan diet kita. Insya Allah lepas ni x gaduh pasal teringin atau mengidam ni. 

Kalau ada teringin gak walaupon dah betulkan diet, maka tu nafsu makan kita la kot. Haha. 

Cara paling mudah nak pastikan badan kita ada bekalan vitamin dan mineral yg cukup, boleh cuba Vitalea Shaklee. 




Ada 2 vitalea tau. 1 utk org dewasa. 1 lg utk kanak2. Dua2 berfungsi sebagai multivitamin yg melengkapkan lubang2 nutrisi yg kurang dalam badan kita ni. Kalau badan cukup nutrisi, maka badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga. Takde la lemah longlai lesu sendu lagi. Insya Allah. 

Nak cuba? Vitalea for Children ada promo beli 3 free 1 bulan ni. Berbaloi2 ok. Daripada belikan jajan baik beli vitamin utk anak2 kan? 

Meh Call/PM/SMS 018.375.1884 
WHATSAPP 016.331.4797 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265

Monday, 19 January 2015

Check up anak2 :)

Assalamualaikum semua!

Hari ni bawak Zidane check up 2 tahun setengah. Sebenarnya appointment dia 5hb 1. Tapi since adik dia ada check up sebulan, maka kitorang pon decide utk bawak sekali je.Takdela nak pegi klinik 2 3 kali kan. Jimat minyak. Hehe. 

So check up macam biasa la kan. Zidane ni jenis susah nak di check up. Nak suruh naik kat atas penimbang tu pon susah ya amat. Nak nangis2. Apa daa.

Masalah Zidane skang adalah underweight. Biasala tu. Dari lahir aritu pon underweight nye kan. Lahir pada minggu ke 36 dengan berat 2.28kg. Aritu masa awal2 bulan dulu berat dia ok dah. Tp semenjak dapat kaki, berat dia pon susut sekali. Tak sempat la makanan nak tukar jd lemak. Dah abis dibakar jd tenaga. Huhu. Lasak kemain. Skang dah berat statik je. Dah kurang zat makan. Adoi. Sedihla. Macam kita tak bagi makan plak. Huhu.
Zidane ni boleh tahan pick eater. Dah macam2 try. Jenuh. Dia nak makan bila dia rasa nak makan. Dan dia nak makan apa yg dia suka je. Acaner la anak oi.

Betul Shaklee ada mealshakes untuk pastikan anak2 dapat nutrisi yg sepatutnya. Cuma masalah Zidane tak minum susu lain selain susu ibu. Camno nak bancuh mealshakes. Haha. Sebab pernah beli sekali last2 ibu dia ni haa yg abiskan. Haha.

Alternatively ada Vitalea For Children. Mujur. Dah 2 tahun tak keluar. Skang dah muncul balik dgn improved formula. Bolehla nak isi kekosongan nutrisi mana yg boleh. Pun begitu, makanan tetap sumber nutrisi utama. Jangan ingat nak sumbat anak dgn suplemen je. Hehe.


Sedapnya rasa anggur!

Ikutkan next check up Zidane lg 6 bulan. Tp dek kerana masalah underweight tu tadi dia kena dtg balik utk check up 3 bulan lg. Semoga berat Zidane bertambah pasni. Kalau x nanti kena refer dietitian bagai. Malas la hai. Huhu.

Itu pasal check up Zidane.

Durrah plak takde pape. Alhamdulillah semua ok. Berat, panjang, BMI semuanya ok. Kena cucuk sebulan. Masa kena cucuk tu  dia tengah sedap menyusu. Haha. Sekali kena cucuk meraung. Kacau je misi. Hehe.

Setakat 30 hari ni, Durrah sangat senang dijaga. Menangis hanya bila tak selesa sbb pampers dah penuh atau bila lapar nak menyusu je. Selain daripada tu tido. Kemudian kalau jaga pon takdela nak terus nangis. Dah lama terjaga bila kita tak layan dia baru la dia nangis. Zidane pon dulu gitu gak. Senang je nak jaga. Hehe. Semoga Allah panjangkan lagi pinjaman anak2 ni kepada kami.


Dah balik dua2 pengsan. Haha. Style sama tu memang mahal. 

Nak cuba suplemen Shaklee? Jangan lupa roger naa. 

PM/Call/SMS 018.375.1884 
WHATSAPP 016.331.4797 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265


Sunday, 11 January 2015

Cara menjaga pusat bayi baru lahir

Assalamualaikum semua!

Hari ni saya nak share cara untuk menjaga pusat bayi yg baru lahir. Masa dalam rahim, baby berbafas menggunakan uri yg bersambung melalui tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat ni tak diperlukan lagi. 


Proses tali pusat tanggal. Lebih kurang camnila. 


Lepas je kita lahirkan anak, warna tali pusat tu macam warna putih. Jernih macam jeli yg dah dikepit atah diclamp sebaik sahaja dilahirkan. Kalau nak tau tali pusat ni takde saraf. Sebab tu la baby tak rasa sakit bila diclamp tali pusat tu sebaik dilahirkan.

Tali pusat ni tak memerlukan penjagaan rapi. Tapi. Kalau tak dijaga betul2, infection boleh berlaku jugak. Kesian baby kan. 

Biasanya baki tali pusat ni akan gugur lebih kurang seminggu lepas kelahiran. Tapi ada jugak yg lambat. Macam anak saya Durrah ni hari ke 11 baru la gugur. Misi yg datang buat visit hari ke 10 tu ada cakap. Org tua cakap kalau makin lambat tali pusat tu gugur makin degil anak tu. Amboi. Budak baru je keluar. Takkan dah nak label degil ye tak? Ada banyak hari lagi untuk didik dia jadi anak yg tak degil dan mendengar cakap. Betul tak? Hehe. Positif la sket. Kalau dah label awal2 maka jadi la dia sebagaimana yg kita label. Huhu.

Kan masa dilahirkan kaler tali pusat tu putih jernih macam jeli. Bila nak gugur tu, lama2 tali pusat tu akan jadi mengecut, hitam dan kering. Memang akan ada luka sikit pada pusat tu. Tapi insya Allah akan pulih jugak akhirnya.


Ni tali pusat baby baru lahir. Kaler camni la. 


Macam mana nak jaga dan rawat tali pusat baby tu? 

  • Pastikan baki tali pusat kita tu bersih dan kering untuk cegah jangkitan. 
  • Mandikan baby dari atas ke bawah dengan kain suam basah. Jangan risau kalau tali pusat tu terkena air. Sebab ini takkan melambatkan proses pemulihan tali pusat tu. 
  •  Cuci tunggu tali pusat baby tu dengan air biasa atau dengan sabun lembut tanpa wangian atau sedikit pencuci baby yg pH neutral. 
  • Lepas mandi, lapkan tali pusat baby dengan tuala lembut. Pastikan tali pusat tu kering sebelum pakaikan lampin. 
  • Tak perlu gunakan antiseptik pada tali pusat tu. Cukup dengan memastikan tali pusat tu bersih. Penggunaan antiseptik boleh menyebabkan tali pusat gugur dengan lebih lambat.
  • Pastikan kita cuci tangan sebelum dan selepas menukar lampin. 
  • Biarkan tali pusat gugur sendiri. Jangan tarik tali pusat tersebut. 
  • Jangan biarkan tali pusat menyentuh najis atau aor kencing. Takut terdedah kepada infection.
  • Pastikan bahagian tali pusat tu terdedah kepada udara supaya luka lebih cepat kering. 

Macam mana nak kenalpasti tali pusat yg terkena jangkitan kuman? 
  • Baby demam panas, lesu, tak mahu menyusu atau nampak tak selesa. 
  • Kawasan pusat menjadi bengkak, bernanah, busuk atau berair. 
  • Pusat kemerah2an.
  • Berdarah tanpa henti. 

Kalau ada tanda2 camni, segeralah bawak jumpe doktor. 

Oh yes. Pernah tak dengar orang2 tua2 cakap tali pusat anak2 ni elok disatukan supaya nanti tak bergado. Jangan percaya ok. Walau pon orang2 tua ni makan garam dulu tak semestinya semua tu betul. Hehe. Khurafat je semua tu. Dikatakan sunat untuk tanam tali pusat yg gugur. Sama macam anggota badan manusia yg lain. Kalau nak simpan pulak hukumnya harus. Simpan sekadar kenangan. Kalau simpan sebab percaya dengan kepercayaan2 karut tu maka jatuh haram hukumnya. So jaga2 ok. Ustaz Azhar Idrus pon ada sentuh pasal kepercayaan org2 tua ni. Rajin2 sila la godek2 youtube ok. 

Nak cuba suplemen Shaklee? 

Meh PM/Call/SMS 018.375.1884 
WhatsApp 016.331.4797 

Hari ke 11 gugur tali pusat. Hari ke 12 terus buat surat beranak. Takde kaitan dengan apa2 kepercayaan hokey! 




Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265




Thursday, 8 January 2015

Tips menjaga bayi baru lahir dengan mudah

Assalamualaikum semua! 

Memandangkan tengah dalam pantang ni kan, saya nak share cara menjaga bayi yg baru lahir. Lebih2 lagi untuk 1st time mommies. Saya percaya ramai yg stress. Saya dulu pon camtu. Lagi2 masa bersalin 1st time dulu, zidane kena jaundis. Nak dekat sebulan jugak la. 

Kalau nak tau dulu siap lari daripada misi yg dtg buat lawatan ke rumah sebab tak nak disuruh pegi cek kuning anak. Haha. Naif sungguh i masa tu. Tapi kali ni ok la. Takde stress sgt. Stress sikit2 tu biasa la. Tambahan plak sbb zidane masih belajar utk adapt new life dgn adiknya. Ye la. Sebelum ni perhatian untuk dia sorg je kan. Skang kena la berkongsi kasih. So stress lain plak. Haha. 

Jgn tak tau, stress masa berpantang kalau tak dijaga boleh jd meroyan. So kena take precaution steps. Suami2 jgn la biarkan isteri stresa sorang2. Bahaya tau. 

So arini saya nak kongsila cara nak handle baby lepas dilahirkan. Sikit sebanyak boleh la kita faham perangai diorg ni. Takdela stress sangat bila dah faham kan. 

  • Susukan bayi mengikut permintaan. Biasanya bayi yg baru lahir akan menyusu lebih kurang 8 ke 12 kali sehari. Lepas 2 atau 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali. Kalau nak tau baby yg disusukan dengan susu ibu akan kerap menyusu. Tapi jangan anggap baby tu tak cukup menyusu. Sebenarnya susu ibu tu lebih mudah dihadam compared to susu formula. Sebab tu baby yg menyusu susu ibu cepat je lapa. Sebab cepat hadam kan. So kena sabar & faham. 
  • Susukan bayi sehingga kenyang. Kena tahu la bila baby kita kenyang. Contohnya bila dia dah berhenti menghisap, dah tutup mulut ataupon dah alihkan mulutnya dari puting. Itu semua tanda yg baby dah kenyang atau baby sebenarnya nak rehat sebentar. Kalau tengok macam dah cukul, sendawakan baby. Kalau nampak macam dia cuba nak menyusu lagi, maka itu tandanya dia berhenti tadi untuk rehat sekejap. So kalau nampak mulut baby macam buat bentuk "O" balik, maka susukan aje. Baby tau kalau diorg dah kenyang, diorg akan berhenti sendiri. So jangan risau. Ikutkan aje rentak diorg. Jangan lupa sendawakan diorg tau. Takut baby kembung atau tak sedap perut kalau tak sendawa. 
  • Pastikan bayi disusukan dengan cukup. Untuk 1st time mommies mesti tertanya2 baby kita ni cukup ke tidak menyusu. Kalau nak tau baby kita cukup menyusu ataupon tidak, ada beberapa cara untuk kita cekidaut. Boleh tengok daripada najis bayi, air kencing bayi dan jugak peningkatan berat badan bayi. Kalau baby kurang kencing atau buang air besar berkemungkinan bayi kita tu tak cukup menyusu. Biasanya kalau pampers yg digunakan tu kurang daripada 6 maybe baby kita kurang menyusu sebab biasanya baby yg baru lahir ni kerap buang air besar. Kentut sket pon kadang2 terbuang air besar. Hehe. Lagi satu tengok kekerapan baby kita tu menyusu. Kalau asyik tidur je, maka dah tentu kurang menyusu kan. Baby yg kena jaundis lg kerap tido daripada menyusu. Sebab tu kalau boleh kejutkan baby. Susukan tiap 2 ke 3 jam. Kang tak pasal kita plak bengkak susu. 
  • Tentukan keperluan bayi tiap kali bayi menangis. Take note tau. Bayi yg baru lahir kalau menangis je bukan bermakna nak menyusu je. Cek betul2. Mula2 cuba bg susu. Kalau tak nak, cek pampers. Kalau pampers ok, cuba plak sendawakan baby. Kadang2 baby ni pon tau letih atau tak selesa dalam satu kedudukan. Cuba dodoi. Biasala. Selama ni hampir 40 minggu dalam perut. Rasa nyaman je kan. Bila dah keluar diorg rasa insecure. So pelukan dan dakapan pon dah memadai. Dulu saya tak tau. Saya rasa susah sangat nak jaga budak kecik. Tapi lepas tu bila saya dapat discover keperluan baby, a lot more easy of course! 
  • Berikan urutan kepada bayi. Mengurut bayi menggunakan sentuhan boleh meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial bayi. Sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dengan baik. Dan biasanya bayi yg kerap diurut oleh ibu bapa akan kurang menangis compared to baby yg kurang dirangsang dengan urutan.  Sistem pencernaan bayi pon akan berfungsi dengan lebih baik bila diurut. Antara kebaikan mengurut bayi ni termasuklah:
  1. Menyokong proses bonding antara ibu bapa dan bayi. 
  2. Melegakan tekanan otot yg disebabkan oleh motor skills acquisition
  3. Menenangkan bayi dan melegakan simptom colic
  4. Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri
  5. Membantu bayi mempelajari postur yg betul dan cara pergerakan. 

Itu dia antara cara2 untuk kita tackle bayi kita. Hehe. Tackle sangat kan. Ye lah. Kalau tak pandai tackle, kita jugak yg jenuh nak menjaga baby tu kan. Silap gaya stress plak. Huhu. 

Oh ye, kalau rasa tak boleh nak handle jugak, minta bantuan org. Jangan stress sangat. Cuba dapatkan sokongan org sekeliling. Insya Allah ramai yg sudi membantu. :) 

Jom berpantang dengan Shaklee. 

Kalau nak bole PM/Call/SMS 018.375.1884 
WhatsApp 016.331.4797 

Nah belanja gamba Durrah baru keluar dari "oven" ibu. Hehe. 


Masa lahir 3.63kg. Masa 20 hari punya check up semalam dah 4kg. Hehe. Baby saya cukup menyusu la maknanya tu sebab berat bertambah. :) 



Regards, 
Marina, ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265


Monday, 5 January 2015

Cara detoks badan dengan Shaklee

Assalamualaikum semua! 

Arini nak cerita sket pasal cara detoks badan dengan Shaklee. Perasan tak kadang2 kalau kita amik suplemen kita rasa suplemen tu tak memberikan kesan yg cukup optimum dan tak berapa efektif pada kita. Mesti ada kan? 

Haa.  Kalau ada masalah macam ni jangan terus salahkan suplemen yg kita ambik. Setiap suplemen dihasilkan dengan ujian dan kajian yg cukup. Cek balik diri sendiri. Mungkin antara sebab kenapa suplemen kurang berkesan adalah disebabkan oleh kandungan toksin yg tinggi dalam badan. Sebab tu elok sangat sebenarnya sebelum kita nak jump into conclusion mengatakan suplemen tu tak berkesan, kita kena detoks diri kita dulu. 

Ye la. Sebelum ni kalau kita tak pernah detoks badan atau tak pernah amik suplemen, dah tentu lifestyle kita tak berapa nak sihat. Pemakanan kita pon dah tentu tak terjaga sangat. Kita tak tau keadaan dalam badan kita camna. 

Dari mana datangnya toksin ni? 

Toksin dalam badan kita datang sama ada dari persekitaran atau berpunca dari dalam badan kita sendiri. Ada banyak cara untuk toksin masuk ke dalam badan kita. Antaranya:

  • Udara : Sebab udara di sekeliling kita tak semestinya bersih. Ada asap, bahan kimia, racun dan bahan tercemar yg lain. Sekali sedut, dah tentu masuk terua ke dalam badan kita ni haa. 
  • Makanan dan Minuman : Makanan atau minuman yg tak bersih atau tak sempurna dimasak adalah antara punca toksin dalam badan. Lebih2 lagi kalau kita jenis makan kat kedai. Kita tak tau kualiti makanan masa disediakan tu acaner kan. Makanan atau minuman yg tak bersih dah tentu mengandungi sisa racun, bahan kimia etc. 
  • Ubat-ubatan : Ubatan sintetik dan vaksinasi juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • Radiasi : Pendedahan terhadap sinar x ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro boleh menyebabkan pertambahan toksin sedia ada dalam badan. 
  • Masalah penghadaman : Makanan yg tak hadam dan tertinggal di dalam usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan akhirnya meracuni tubuh kita dari dalam. 
  • Dehidrasi dan malnutrisi : Betul tu. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindak balas enzim, sistem imun dan saraf yg meracuni badan kita secara tak langsung.

So arini saya nak cite pasal acaner nak detoks dengan produk yg ada dalam Shaklee untuk memastikan kesan yg efektif ke atas badan kita. 


So dalam Shaklee, ada 3 jenis detoks kalau nak ikutkan. 
  • Detoks Hati
  • Detoks Darah
  • Detoks Usus
Arini saya nak sentuh pasal alfalfa secara spesifik. Maklumla tengah promo. Hehe. Kalau ikutkan, alfalfa memang mengandungi alkali dan bertindak meneutralkan darah yg berasid. 

Alfalfa mampu mengembalikan kenormalan badan yg berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Bila toksin hilang, maka badan kita akan menyerap nutrien dengan lebih efektif dan maksimum. 


Betul tu. Alfalfa ni ibarat raja tumbuhan. Kalau di Shaklee, alfalfa complex diperbuat daripada tanaman alfalfa secara organik di California yg bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos atau baja bebas kimia. Alfalfa ni tumbuhan kaya nutrisi dan zat galian. Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 

Kalau yg jenis cepat letih tu elokla amik alfalfa ni sebab alfalfa boleh membantu melegakan keletihan. Maklumla. Cepat letih tanda banyak toksin dalam badan kan. :) 

Sementelah tengah promo ni, jom rebut peluang yg ada. Beli 6 Free 1. Beli 2 dapat 5% Off! 

PM/Call/SMS 018.375.1884 
WhatsApp 016.331.4797 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane. 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 





Friday, 2 January 2015

Cara atasi penuaan dengan Vivix

Assalamualaikum semua! 



Sepertimana yg dijanjikan. Saya nak cite pasal cara nak atasi penuaan ni. Haha. Maklumla Vivix tengah promo bulan ni kan. Gini. Penuaan ataupon aging tu dah tentu terjadi. Cuma secepat mana berlaku ke atas diri kita tu memang bergantung pada life style kita. Apa yg kita makan. Apa amalan yg kita amalkan. Memang 100% based on life style la kiranya. 

So takde kekdah magic ye. Takde maknanya kalau amik sekian sekian produk korang TAKKAN menua. Haha. Mitos namanya. Kalau tak nampak tua tu sama ada korang buat botox atau korang buat pembedahan aje. Haha. Tapi takat mana la boleh tahan benda2 ni. Lama2 terserlah jugak kan. 

Tahukah korang? 

Dalam satu penemuan dalam kajian klinikal, ada ramuan aktif dalam Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yg menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular. Maksudnya. Dalam bahasa layman dan bahasa mudahnya. Kalau amik Vivix maka kita boleh kontrol atau lambatkan penuaan sel terus. Bila sel kita direpair, maka sel seterusnya yg dihasilkan dah tentu la lebih berkualiti. Bila sel dalam badan kita berkualiti, maka kita dah tentu lebih sihat daripada sebelumnya. Tu dalam bahasa mudah la. 

Apa istimewanya Vivix Shaklee ni? 

Best sebab:
  • Sebab Vivix membantu memperbaiki DNA. Tiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA. Antara punca kerosakan DNA ni adalah pendedahan kepada radikal bebas. Akibatnya proses penuaan jadi lebih cepat. Vivix special sebab membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita. Kalau ikutkan testimoni dan pengalaman orang yg ada kanser, Vivix ni sesuai diambil oleh org yg dah selesai menjalani rawatan kimoterapi untuk mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal. 
  • Vivix jugak memperbaiki tenaga sel. Kalau diikutkan, semakin kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Akibatnya fungsi sel akan menurun. Dengan Vivix, kita boleh membantu menguatkan sel tubuh. Vivix jugak membantu meningkatkan fu gsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Sebab tu la bila kita makin tua, kita akan mula sakit sendi, ingatan pon makin pudar. Vivix membantu kita mengembalikan keremajaan. 

Haa. Nampak tak permainan Vivix kat sini. Hehe. 

Vivix jugak istimewa sebab diperbuat daripada anggur muscadine. Anggur muscadine ni anggur liar yg ada 20 kromosom. Dan disebabkan pasangan tambahan kromosom ni lah, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yg lebih tinggi dan sifat antioksidan yg lebih kukuh. 

Sebab tu Vivix best! 

Lagi2 time promo ni. Beli 6 Free 1. Beli 2 Off 5%.

Nak cuba? 

PM/Call/SMS 018.375.1884 
WhatsApp 016.331.4797 

Nanti kita cite pasal promo lain pulak ye! 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane. 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with First Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265


Thursday, 1 January 2015

Promo Shaklee Januari 2015


Assalamualaikum semua! 

Lama plak rasanya tak hapdet entri. Padahal baru 2 hari. Hehe. Maklumla dah terbiasa update tiap ari. Bila tak update rasa outdated plak. Kih kih. Ape pon, arini nak share pasal promo Shaklee bulan Januari ni. Ye. Ada 3 produk yg promo bulan ni. 

Sebelum tu rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Seronoknya la kalau dapat baby new year. Apakan daya. Baby nak keluar awal. Redha aje la. 

Berbalik kepada promo kita untuk bulan baru tahun baru ni. Ada 3 produk promo. Promonya berbunyi camni. 

  • Beli Vivix 6 Free 1.
  • Beli Vivix  2 Off 5%.
  • Beli Alfalfa 6 Free 1.
  • Beli Alfalfa 2 Off 5%.
  • Beli Vitalea for Children 3 Free 1.

Haaaaa. Berbaloi sungguh la. Lebih2 lagi sebab Vitalea for Children yg dah 2 tahun takde di pasaran dah KEMBALI!! 

Come back bukan sebarang come back  ye. Datang dengan improved formula. Hehe. Boleh belikan untuk Zidane. Maklumla. Zidane jenis tak minum susu formula. So tak dapekla nak selitkan Mealshakes sekali dalam tu untuk tambahan. Kena bg Vitalea ni. 

Esok saya cerita satu2 kebaikan produk ni ok!! 

Nak cuba bole PM/Call/SMS 018.375.1884. 
WhatsApp 016.331.4797. 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265