Friday, 26 December 2014

Welcome Durrah Adnin Zidane

Assalamualaikum semua. 

Dah seminggu tak bersiaran. Mungkin ada yg tertanya2. Eceh. Jangan risau. Saya sihat2 aje. Hehe. 

Sebenarnya, Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan cahaya mata kedua. Bila? 19hb Disember 2014 jam 11.12 pagi. Meh saya cite sikit rentetan peristiwa nye ye. 

17hb 12 saya sebenarnya dijadualkan untuk check up kat Klinik Desa. Tapi malam tu nampak macam ada white discharge yg berlebihan. Risau gak kot2 plug mukus dah tertanggal. Hehe. So saya maklumkan pada ofismate yg saya nak pegi check up & kalau takde pape macam nak cuti. Sebab nak kena amik kereta suami kat Ipoh yg tersadai lama.  So sampai klinik takde pape masalah Alhamdulillah. Misi siap bg next appointment date masa tarikh due date.

So lepas je check up tu kami pon ke stesen komuter sg buloh utk beli tiket ets. Nasib kami tak baik sebab since tgh cuti sekolah tiket cepat abis. So korang nak tau apa mak buyung 39 minggu buat masa tu? Kitorg pegi pudu. Naik bas balik Ipoh. Kah kah. Kuat sangat kan. :P

Dapat bas kul 3.30 petang maka kitorang pon menuju ke Ipoh. Sampai Ipoh terus ke kedai lama & amik kereta. Siap2 solat maghrib n kitorang pon gerak balik ke Kuala Selangor. 

Instinct memang kuat cakap macam nak bersalin je. Tak 17hb tu maybe in next few days. Singgah la kat petronas kat ulu bernam. Nak buang air kecik sebenarnya. Elok je buang air kecik, pup, ketuban pecah!! 

Dek kerana tak pernah rasa ketuban pecah sendiri, maka agak panik jugak la. Dah la meleleh je air keluar. Basah oi seluar. Huhu. Mujur bawak beg baby, bawak buku pink, bawak GL, bawak brg2 nak admit spital. 

So terus mintak suami terus ke Hospital Sg Buloh. Alhamdulillah sampai dgn selamat. Walaupon basah lencun & terpaksa melayan Zidane yg nak duduk atas riba. Bukan apa. Risau je kot2 nanti baby lemas dalam perut kan. Sebab ketuban dah takde. Tapi Alhamdulillah takde pape. 

Masuk terus daftar kat Pregnancy Assessment Centre. Mujur ada pengalaman masa lahirkan Zidane aritu. Suami & Zidane terus jadi penunggu kat tempat menunggu. Kesian diorg. 

Sampai sg buloh dalam jam 10.30 malam 17hb 12. Kebetulan ramai pulak la org yg nak bersalin hari tu. Waaaa. Kalau dulu masa Zidane, sampai2 spital je bukaan dah 4 cm pastu terus ditolak masuk ke labor room. Masuk labor room dalam kul 7.30 pagi, kul 3.26 petang Zidane selamat dilahirkan. 

Tapi kali ni lain ceritanya. Bila cek bukaan masih 2cm walaupon ketuban dah pecah. Org menunggu turn pulak ramai. Wad penuh. Maka terpaksa la menunggu. Oh yes. Ada exemption clause kat tempat daftar yg inform kita masa utk admit ke wad seawal 5 jam ke 48 jam. Maka kena la sabar. Unless kalau kes emergency yg dah full dilatation maka akan didahulukan. 

Utk kes saya kali ni, it took me more than 24 hours of waiting. Huhu. Tabah kan melayan kontraksi atas kerusi. Am not entitled to be admitted to ward sebab dah ada dilatation & boleh masuk waiting list ke labor room. Yg admit ke ward biasanya yg bermasalah. Macam darah tinggi ke kencing manis ke kes nak kena csect ke. Camtu la. Masalah mak buyung aritu, dilatation lambat. Lepas 24 jam baru 6 cm. Huhu. 

Tadi dah bgtau kan 17hb daftar kes. 18hb kul 1030 malam masih x ke labor room. 19hb kul 730 pagi baru nama dipanggil. Alhamdulillah! 

Masuk labor room dengan dilatation 6cm.

Bila masuk, saya bgtau dgn bidan saya dah penat menunggu. Dah 2 hari duduk layan kontraksi sampai kaki bengkak. Macam kaki gajah u olls. Tak pernah bengkak gini. Seram! 

So bidan cakap takpe. Nanti dah 8cm dia panggil suami. Saya cakap tak perlu tunggu suami sebab saya dah minta suami balik. Mana tidaknya. 2 malam suami & Zidane tido kat tempat menunggu. Kesian tengok Zidane. Sebab tu saya suruh suami balik dulu. 

Bidan cakap takpe. Nanti dia call gak. In case kalau suami dah on da way. 

Sampai satu tahap bila kontraksi menjadi2, dan saya dah tak tahan. Dilatation jadi 7cm. Bidan cakap nak bersalin dah ke? Saya cakap nak. Haha. Dah tak larat menahan. Dah rasa nak tarik2 rambut tau. Haha. 

So bidan cakap ok. Dia tolong cepatkan jalan. Saya cakap buatla apa pon. Asalkan keluar. Kah kah. 

Sebaik aje bidan tolong cepatkan jalan, dilatation jadi 8 cm. Terus call suami tapi tak angkat sbb tgh drive kot. 

Banyak kali saya cuba teran. Susah. Dah la tak sempat sarapan. Dalam 5 ke 6 kali jugakla saya try. Tapi susah. Trauma jap. Last2 saya try betul2. Yg dalam labor room semua bg semangat. Siap cakap dah nampak dahi. Tarik nafas dalam2. Kali ni buat betul2. 

Alhamdulillah. Akhirnya keluar jugak. Bidan tunjuk jantina baby. Baby girl. Baby keluar tak menangis langsung. Dah tertelan meconium. Dan terbelit tali pusat sikit. Mujur longgar. Huhu. Kalau tak entahlah. Mata je terkebil2 kata bidan. Hehe. 

Diorang bawak baby ke tempat lain & stimulate baby. Akhirnya baby menangis. :) 

Bidan cakap dgn saya, baby bulat. Semangat. Maybe 3.4kg. Dia pegi check on baby. Lepas tu dtg balik kat saya. Dia cakap tadi dia cakap 3.4kg kan? Dia suruh saya teka. Saya cakap entahla. Dia cakap baby awak 3.63 kg. No wonder susah nak teran. Haaa. Amek kaw!  

Alhamdulillah semuanya selesai. Saya minum milo yg bidan pelatih berikan. Siap mintak 1 lg sebab sedap beno milo lepas bersalin. Penat tau. Haha. 

Saya disorong keluar lepas selesai dijahit. 1st degree perineum tear even with that size of baby. Hehe. Alhamdulillah. Pegi bilik transit. Tak lama pastu suami pon sampai. Suami pon jalankan tanggungjawab dia sebagai ayah. Zidane pon ada tau. Sebenarnya Hospital Sg Buloh tak benarkan budak bawah 12 tahun untuk masuk. Tapi dek kerana takde sape nak jaga maka Zidane dibenarkan masuk. Dapatla dia tengok adik dia. Gemar sungguh la dia. 

Itu kisah saya sampai ke bilik transit. Esok saya cerita lg pasal benda lain. Ada gak progress lain dan info lain yg saya nak share. Tapi esoklah ye! 

Nak sambung rehat ni. Layan gambo baby girl saya ye.


Tengok muka abang Zidane excited. 


Durrah Adnin Zidane! 


Bulat kan? Hehe. 


Durrah Adnin Zidane namanya. Mutiara Syurga yg melimpah ruah@bertambah.

Nak suplemen shaklee? Kalau dah pecah ketuban kena amik Vitamin C tau untuk elakkan jangkitan kuman. Esok saya sentuh sket akibat tak bawak Vitamin C ni. 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265


No comments:

Post a Comment