Saturday, 13 December 2014

Tips untuk ibu menyusukan anak kali pertama

Assalamualaikum semua!

Macam yg saya janjikan semalam. Arini saya nak share tips untuk menyusukan anak untuk new mommies ni. =)

Alhamdulillah, walaupun saya dah 38 minggu pregnant dan hanya menunggu hari untuk meletup, saya masih menyusukan anak sulung saya Muslim Wajdi Zidane. Rezeki anak. Bezanya skang dia hanya menyusu masa nak tidur malam je. Lepas ni tandem nursing, sape tau kan. Tapi Zidane dah 2 tahun 4 bulan. Dah boleh berenti ikutkan. Tengokla nanti kot ada adik dia segan nak berkongsi susu. Haha.

So untuk ibu yg kali pertama nak menyusukan anak ni mesti gabra. Teruja pon ye. Sebab tu lah, penting bagi 1st time mommies ni untuk dapatkan pertolongan. Sama ada daripada pembacaan mahu pon daripada pakar. Kalau ikutkan, pembacaan dah boleh dilakukan masa kita pregnant lagi. Banyak2kan la menambah ilmu.

Lepas anak dilahirkan, maka sejam pertama tu mintakla bantuan daripada nurse ataupon doktor kat tempat kita bersalin tu. Biasanya, diorang akan bantu. In fact sangat membantu. Tanya la diorang tips, cara lekapan yg betul, posisi masa nak menyusukan anak dengan betul dan lain2 ilmu berkaitan penyusuan. Sebab once dah balik rumah nanti, kita akan start susukan anak sendiri. 

Bila dah dapat tips tu boleh la start susukan anak kat hospital. Kalau perlukan bantal sokongan, dapatkanlah. Banyak dah nursing pillow di pasaran. Ye la takut tak biasa n lenguh kan. 1st time la katakan. Biasanya anak kita akan tahu cara nak latch dengan betul. Cuma kita kena pandai nak pegang baby acaner. Diorang sendiri dah tau macam mana. So jangan risau sangat. Kita ikutkan aje.

Untuk minggu2 pertama ni, kebanyakan newborns akan menyusu 2 ke 3 jam sekali. Sebab tu kalau boleh tengokla tanda2 sama ada diorang lapar, tak selesa atau penat. Macam saya dulu, saya akan cek dulu pampers dia. Kalau takde pape maybe dia lapar. Kalau dia tak nak menyusu walaupon dah dioffer maknanya mungkin diorang hanya perlukan pelukan. Biasa la tu. 9 bulan dalam perut. Sempit sket kan. Sebab tu dia mintak kita peluk je. Jangan ingat setiap tangisan bermakna yg dia lapar. Takut nanti kita end up menyangkakan yg dia lapar dan kononnya susu kita tak cukup pastu kita pon bg susu formula. Jangan tau!

Kalau boleh, biarkan anak kita susu daripada satu breast kita dulu. Sampaila kita rasa breast kita dah lembut maka offer la breast sebelah lagi. Biasanya dalam 20 minit jugakla nak mengosongkan sebelah breast. Kalau dah offer yg sebelah lagi dia takmo, pamkan susu tu. Boleh buat stok.

Jangan lupa untuk burp anak kita. Letakkan anak kat bahu dan tepuk slow2. Kalau anak dah kenyang dia akan burp. Risau nanti anak kembung atau worse come to worst takut tersedak susu masa tidur. Bahaya ok. Sebab tu pastikan anak kita sendawa. Baru la kita baringkan dia. Kalau dia tak sendawa, pastikan dia tidur mengiring untuk elakkan dia tersedak susu pulak. Insya Allah, itu ikhtiar kita kan. =)

Pastu lagi satu tips, jangan bagi puting atau pacifier dengan cepat hanya sebab nak diamkan anak kita. Sebab kalau kita bagi puting cepat nanti boleh mengganggu proses penyusuan. So say no to pacifier ok!

Antara tips lain adalah hidup la dengan cara hidup yg sihat.


  • Makan mengikut diet yg sihat. Penuhi keperluan pemakanan dengan sihat. Ambil banyak buah2an, sayur2an dan bijirin. Ambil multivitamin secukupnya. Boleh amik Vitalea Shaklee ok. Hehe. 
  • Minum air secukupnya. Walaupon berpantang, pastikan kita dapat penuhi keperluan air yg cukup untuk diri sendiri dan anak. Mana taknya, dah lah tengah nifas, menyusukan anak pulak. Ambik air kosong, jus dan susu yg boleh memastikan bendalir dalam badan kita cukup. Boleh cuba Performance Drink Shaklee dalam kes ni. 
  • Rehat dengan cukup. Kalau boleh, tidur bila baby tidur. Itu style saya la. Hehe. 
  • Jangan merokok. Merokok boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan dan terganggu. Merokok jugak boleh mengubah rasa susu dan mengganggu jadual tido baby. Org yg menghidu asap rokok ataupon second hand smoker pon menanggung risiko yg sama macam org yg merokok. Dalam masa yg sama boleh meningkatkan risiko sudden infant death syndrome ataupon sindrom kematian mengejut di kalangan baby yg berumur di bawah setahun. Selain daripada tu, risiko asma, nronkitis, pneumonia dan jangkitan telinga pon boleh berlaku. 
  • Berhati2 dengan pengambilan ubat. Banyak ubat yg selamat diambil oleh ibu yg menyusukan anak. Sebab tu consult dulu dengan doktor sebelum ambil apa2 ubat ataupon suplemen yg pelik2 ni. 
  • Tanya doktor mengenai suplemen Vitamin D untuk baby lebih2 lagi kalau kita menyusukan anak secara eksklusif. Sebabnya susu ibu mungkin tak menyediakan Vitamin D dengan cukup yg boleh membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Bila sebut pasal suplemen, dah tentula kita sebagai ibu yg ambik. Bukan bg kat anak. Hehe. Dalam kes ni, Ostematrix Shaklee menyediakan kalsium, magnesium, Vitamin D dan fosforus dengan secukupnya. Nutrien yg diperlukan untuk tulang yg kuat dan sihat. 

Beri masa pada diri sendiri bila kita ambik keputusan untuk menyusukan anak. Sebab kadang2 breastfeeding boleh jadi lebih susah daripada apa yg kita expect. Jgn terlalu mendesak diri dan jangan rasa mudah putus asa. Menyusukan newborns ni memang agak meletihkan. Lebih2 lg kita baru bersalin n sesuaikan diri dengan hidup baru sebagai ibu. So takpela kalau kita start secara perlahan dan tak terburu2. Ingat je satu benda. Semakin kerap kita menyusukan baby, semakin banyak susu dihasilkan.  Kalau ada masalah dengan penyusuan, consultlah dengan doktor atau pakar laktasi. Boleh jugak refer kawan2 yg lebih berpengalaman. 

Dalam masa yg sama, suami pon memainkan peranan besar. Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Sebabnya bila isteri down, maka suami boleh la bagi semangat dan ilmu yg dia tahu. Mesti isteri terharu. 

Ok, itu antara tips untuk 1st time mommies. Insya Allah nanti saya kongsikan cara step by step untuk susukan baby ye. 

Untuk hari ni cukupla takat ni dulu. Kita jumpe esok ok! 

Nak cuba suplemen Shaklee untuk lancarkan penyusuan? 

Boleh PM/Call/SMS 018.375.1884. 
WhatsApp 016.331.4797. 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID : 918265 





No comments:

Post a Comment