Friday, 12 December 2014

Selamat Datang Minggu ke-38

Assalamualaikum semua!






Wah! Lega betul sebab dah melepasi fasa borderline premature ni. Dek kerana history dulu melahirkan Zidane pada minggu ke 36, makanya, mak buyung rasa lega sangat sebab dah masuk minggu ke 38 hari Rabu aritu. Alhamdulillah. Selamat datang minggu ke 38. =)

Anyway, bila dah masuk minggu2 akhir pregnancy ni dah mula la rasa macam2. Tak sabar2 nak jumpe baby baru pon ada. Tak larat nak membawak perut pon ada. Haha. Kebetulan arini pakai jubah yg ada benang emas. Gatal perut mak buyung. Adoi la. Salah pilih baju plak arini. Haha. 

So what to expect bila dah masuk minggu ke 38 ni?


Bila dah masuk minggu ke 38 ni, Insya Allah baby kita dah fully developed dan plumped up. Mesti tembam kan. Haha. Semua sistem dalam badan baby Insya Allah dah ready. Itu baby la.



Kita pulak acaner?

Kalau saya, masuk je 38 minggu ni dah rasa macam gergasi. Aritu masa check up kat klinik desa, misi pon perasan yg perut saya tinggi semacam. Haha. Bila baring tu memang nampak perut membukit kau. Haha. 

Memang betul, bila dah masuk minggu2 akhir ni kita akan rasa tak selesa. Masa tidur malam dah mula dah rasa mengiring ke kanan pon salah, ke kiri pon salah. Nak terlentang memang tak dapek la. Sebab berat baby tu dah menekan tulang belakang kita. Apa yg boleh dibuat hanyalah menyendal belakang dengan bantal dan kepit bantal. Itu je cara yg paling selesa. Kalau tengok tv pon duduk pon dah tak selesa. Sebab tu masuk bilik awal. Dapatla jugak baring. 

Masa dah masuk minggu2 terakhir ni kena cek list balik. Ada ke tidak confinement lady yg nak jaga kita, makan minum nanti acaner, tukang urut camna. Kena cek balik senarai keperluan. Macam saya, Insya Allah pantang kali ni suami yg jagakan sebelum dia masuk keje balik. Dalam 3 minggu je kot. Bila rasa dah kuat sket boleh la jaga sendiri pape yg patut dengan bantuan suami. Dan mungkin akan mintak akak yg selalu urut dulu datang kot. Boleh la mintak tolong dia apa yg patut. Tak pon mintak tolong sesape la masakkan makanan berpantang. Haha. Yg penting fulus. =P

Oh ye. Bukan kita je kena rileks dan bertenang. Suami pon kena rileks jugak. Jangan risau sangat. Enjoy la apa2 aktiviti bersama2 sementara menunggu kehadiran baby. Macam kitorang, Zidane la hiburan kitorang skang ni. Macam2 perangai tau. Mentang2 nak jadi abang. =)

Lagi satu kan, charge hp kasi penuh. Power bank pon kasi penuh. Mana la tau in case tetiba hp out of battery, ada la jugak power bank membantu. Betul tak?

Masa sekarang ni jugak la masa yg sesuai untuk persiapkan diri kita dengan ilmu breastfeeding. Lagi2 kalau kita jenis yg nak breastfeed anak secara eksklusif kan. 

Ingat yg breastfeeding ni bukan sekadar makan itu makan ini untuk banyakkan susu. Paling penting konsep demand and supply. Esokla saya cerita pasal plan nak breastfeed ni dan apa yg kita perlu tau kalau kita nak breastfeed ok. =)

Nak kena balik rumah la lunch hour arini. Mujur rumah dekat. Nak picit vitamin e sapu kat perut. Gatal tak terkata. Haha.

Kalau ada pregnant mommies yg gatal perut jugak, meh la buat stok vitamin e untuk sapu kat perut. Tengah promo bulan ni. 

PM/Call/SMS 018.375.1884
WhatsApp 016.331.4797



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265



No comments:

Post a Comment