Tuesday, 9 December 2014

Resipi & Menu Ibu Berpantang

Assalamualaikum semua!

Hari ni punye entri berkaitan dengan resipi dan menu masa berpantang. Tadi masa lunch tetiba ilham nak tulis pasal menu ni sebab bukan semua tau pasal menu yang sesuai untuk ibu yg berpantang ni. Macam la saya tau sangat. Haha. Yg saya tau, orang berpantang ni boleh makan lauk pauk yg tak digoreng dan tak bersantan sangat. Sup, bakar, stim semua tu dibenarkan.

Tapi kan. Berpantang ni case to case basis jugak. Ada yg tak sesuai makan begini, tapi kita sesuai. Ada yg kalau makan ayam tak gatal, ada yg gatal. Pendek kata la kan, apa yg penting adalah, kita dapat zat dan nutrisi yg diperlukan. Dan dalam masa yg sama kalau ada luka masa melahirkan tu, luka tu tak gatal dan cepat sembuh. Insya Allah.

Kalau nak tau apa yg boleh dimakan dan apa yg tak boleh dimakan secara general, boleh la rujuk pada entri saya sebelum ni. Boleh klik Penjagaan Pemakanan Ketika Berpantang. Entri ni general sangat. Sebab saya ceritakan apa yg boleh dimakan dan apa yg tak boleh dimakan. So arini kita cakap pasal menu dan resipi terus.

Terima kasih kepada carian di Google sebab kat dalam tu banyak je resepi yg boleh dirujuk. Nanti mudah la sket suami saya nak masakkan untuk saya. Hehe.

Take note yg resepi dan menu yg saya pilih kat bawah ni adalah resepi yg saya rasa saya boleh terima dan dalam masa yg sama, alang2 dah masakkan untuk orang yg berpantang, maka suami dan anak pon boleh makan sama. Hehe.


Ikan Masak Pindang 

Ikan yg boleh kita gunakan adalah ikan merah, jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap. Pendek kata ikan yg isinya warna putih.

Bahan :

2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
  • Tuang air dan biarkan mendidih
  • Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
  • Masukkan serai
  • Masukkan asam keping dan garam.



Ikan Bawal Kukus Halia


Bahan :


1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Cara Membuat :

  • Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
  • Perap seketika.
  • Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
  • Siram baki perapan kicap atas ikan
  • Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
  • Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


Ikan Haruan / Ikan Bawal / Yu Berlada


Bahan :


1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Cara Membuat :


  • Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
  • Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Goreng sederhana garing. Tepikan
  • Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan jintan manis
  • Masukkan pati asam jawa
  • Masukkan gula.
  • Biar mendidih.
  • Masukkan lada hitam
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Kemudian masuk ikan.
  • Biar kuah pecah minyak.
  • Apabila ikan masak, perlahankan api.
  • Masukkan bawang besar
  • Masukkan cili.



Ikan Tenggiri Masak Asam


Bahan :

3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa
secubit gula.

Cara Membuat :

  • Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
  • Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


Rendang Hati Lembu


Bahan :

½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara Membuat :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
  • Masukkan santan dan masak hingga pekat.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.


Sup Sayur Campur

Bahan :

3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara Membuat :

  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
  • Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
  • Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.



Bilis + Kentang Goreng Berlada


Bahan :

Segenggam Ikan bilis
3 biji ubi kentang(belah 4,potong nipis)
Sedikit garam
1 peket kecil lada hitam(tumbuk)*
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
(bahan * cincang)

Cara Membuat :

  • Goreng bilis & kentang(garing),toskan minyak
  • Tinggalkan 1sudu makan sahaja minyak dlm kuali
  • Tumis bahan * ,lada hitam,garam sampai garing
  • Masuk bilis & kentang. Gaul sebati



Ikan Bakar


Bahan :

2 ekor ikan chencaru ataupun ikan selar (dibersihkan)
4 sudu lada hitam (diblend ataupun ditumbuk halus)
Daun pisang secukupnya utk membalut ikan
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya

Cara Membuat :


  • Bersihkan ikan yg hendak dibakar. Campurkan kesemua bahan hingga sebati kemudian dibalut setiap ekor ikan itu dgn daun pisang.
  • Bakarlah ikan tersebut hingga masak.


Sos utk dicicah

1 biji bawang besar (dimayang halus-halus)
Kicap secukup
Air secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
Air perahan limau kasturi

Campur semua bahan tadi dan apa lagi cicahlah ikan bakar dengan sos kicapnya.



Ikan Masak Kicap


Bahan :

Ikan Cencaru, Bawal gorengkan
Bawang Besar hiris kasar
Bawang Putih hiris
Halia dihiris
Air Asam/Cuka/Asam Keping/Buah Tomato
Kicap
Garam 
Gula sedikit

Cara Membuat :


  • Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan kicap dan air asam.
  • Masukkan pula garam dan gula.
  • Rasalah masam manisnya.
  • Elok rupa kuah dan sedikit pekat , padam api dan hidang


Ikan Masak Singgang 


Bahan:

3 ekor ikan kembung
1 batang serai
2 biji cili hijau –belah 4
satu labu bawang besar – dipotong kasar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi -ketuk(boleh gantikan dgn lada merah/hijau)
1 inci halia
3 keping asam keping (air asam jawa pun boleh)
½ inci kunyit
Garam


Cara Membuat :


  • Siang ikan, potong 2 dan basuh
  • Tumbuk bawang putih, bwng merah, kunyit dan halia
  • Masukkan bahan yang ditumbuk dan serai kedalam periuk.Tambahkan air dan didihkan. Masukkan cili hijau ,cili padi dan bawang besar dan asam keping.
  • Masukkan ikan dan masak kira-kira 10 minit. Masukkan garam.Sedia dihidang.



Ikan Tenggiri Masak Halia


Bahan :

2 ketul ikan di goreng
2 ulas bawang merah- ditumbuk (hiris pun boleh)
sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih – dihiris
halia – dihiris memanjang

Cara Membuat :


Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.


Ayam Masak Kering 

Bahan :

200 ml air
3-5 helai daun pegaga - dihiris
3 ulas bawang kecil - dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia - dimayang halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara membuat :


  • Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
  • Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.



Daging Lada Hitam


Bahan :

500gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

  • Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
  • Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan semua daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata2 kemudian angkat. Hidangkan.


Ikan Goreng Halia Muda


Bahan :

Parang atau Ikan Tenggiri - Sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar dimayang


Cara Membuat :
  • Ikan digoreng garing.
  • Halia muda dihiris.
  • Bawang besar dimayang.
  • Tumbuk halia muda dan bawang besar.
  • Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat).
  • Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)


Ayam Halia Kukus


Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk / lada sulah
Garam
Sedikit serbuk perasa (kalau nak)
1 sudu besar minyak bijan


Cara membuat :

  • Sediakan periuk kukus, masak air dahulu.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
  • Bubuh minyak bijan dan gaul rata.
  • Kukus sehingga ayam masak.


Halia Muda Goreng


Halia muda dihiris nipis2, digoreng dalam minyak panas sehingga garing. Simpan dalam bekas kedap udara.

Sedap dimakan dengan nasi panas.




Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.


Ok, tu dia resepi makanan berpantang yg saya dah listkan untuk dimasak. Cukupla kan. Kita rotate je. Hehe.

Dah masuk 3 minggu nanti boleh la try resepi lain pulak kan. 

Tak sabo nak berpantang. Tapi anak bertuah ni seronok dok dalam ni lagi. Haha.


Nak cuba suplemen Shaklee?

PM/Call/SMS 018.375.1884
WhatsApp 016.331.4797



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265


1 comment: