Friday, 5 December 2014

Penjagaan pemakanan ketika berpantang

Assalamualaikum semua!

Memandangkan sedang menunggu hari je ni, maka arini saya nak cerita pasal penjagaan pemakanan ketika berpantang. Apa yg boleh dimakan dan apa yg tak boleh dimakan. Semua yg saya coretkan ni berdasarlan carian di internet dan jugak temubual dengan orang2 yg lebih berpengalaman. Eceh. Temubual sangat la kan. Tapi betulla. Tanya pada org2 yg lagi banyak pengalaman daripada kita. Hehe.

Kelmarin saya ajak suami ke My Mydin dan saya tunjukkan ikan apa yg boleh saya makan dan apa yang tak boleh. Rasanya macam kami nak berpantang sendiri sebelum suami masuk kerja. Lepas ni pandaila suami nak jaga isteri berpantang. Kih kih. Praktis. Biar sama2 tau susah senang jaga anak. Sebab sebelum ni suami keje. Saya berpantang kat umah mak. Maka saya je yg tengok2 anak. Sebab rumah mak kat Ipoh. Suami keje kat Selangor. Sian tau. Patutnye time berpantang ni suami kena ada di sisi. Bukan time mengandung dan melahirkan je. Suami kita pon mesti nak tengok perkembangan anak setiap ari kan? Dan kalau kena pegi check up ke apa ke mesti suami nak kena ada temankan kita kan? Ok2. Dah2. Kelaut peginya kang. Mak buyung kalau membebel memang tak berenti. =P

Kalau ikutkan dari sudut perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yg melahirkan ni selama 6 minggu. Tapi tempoh berpantang kadang2 boleh menjangkau sampai 100 hari bergantung kepada adat resam dan amalan budaya seseorang.

Kalau dari aspek pemakanan pulak, memang ada senarai makanan yg tak digalakkan untuk kita ambik. Tapi ada jugak yg tak releven dan tak boleh diamalkan pada masa sekarang. Misalnya makan ikan kering sampai 40 hari. Atau minum air segelas sehari. Memang tak elok untuk kesihatan kita kan. Dah la nak kena susukan anak. Darah nifas pulak keluar. Dah tentu bendalir dalam badan tak cukup kan. 


Kenapa aspek pemakanan masa berpantang ni PENTING?

Sebabnya :
  • Sepanjang proses kehamilan, kita mengalami gangguan keseimbangan hormon dan kita jugak mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Gangguan emosi dek kerana faktor sekeliling pon ada jugak. Sebab tu la penting kita jaga pemakanan kita masa berpantang.
  • Masa proses melahirkan anak pulak, kita banyak menggunakan tenaga sehingga banyak urat saraf tercedera dan luka2. Sebab tu la jugak kita kena jaga pemakanan kita supaya urat saraf yg tercedera tu dapat dibaik pulih.

Kenapa ada pantang larang tentang makanan yang sesuai dan tak sesuai ni?


Sebabnya, setiap individu berbeza. Mungkin ada yg sesuai untuk kita tapi tak sesuai untuk orang lain. Jangan samakan badan kita dengan orang lain ok. Sebab tu kalau nak cuba apa2 boleh cuba. Tak salah. Cuma jangan la lanyak sampai sepinggan penuh. Hehe. Cuba ambik dalam kuantiti yg sikit dulu. Kalau ok, then boleh la teruskan. 

Makanan yg sihat sebenarnya adalah makanan yg kurang berminyak dan tak pedas. Sebab tu la makanan masa berpantang ni banyak yg dibakar dan direbus.


Amalan yang tak releven masa kini

Antara amalan yang dirasakan tidak logik dan tidak lagi boleh digunakan sekarang termasuklah :
  • Makan ikan masin sepanjang 40 hari. Memang tak releven. Sebab apa? Sebab kalau diamalkan kita akan kurang vitamin dan tak dapat khasiat daripada makanan yg diambil. Padahal sebenarnya ibu perlukan tenaga dan khasiat makanan yg cukup untuk bina kembali kekuatan badan dan menyusukan anak.
  • Makan tak boleh bertambah. Haa. Ni memang pantang sungguh la mak buyung. Haha. Sebab kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, masa berpantang memang sakan la makan. Berselera sampai ayah sendiri risau badan saya naik sebab makan bertambah. Gini la. Sebenarnya kalau tak nak tambah nasik takpe. Kalau nak ambil lauk macam ikan atau sayur lebih apa la salahnya kan. Sebab bukan memudaratkan badan pon. In fact dapat khasiat yg cukup. Macam saya memang jenis makan nasik banyak. Hahaha. Elok je tak membulat. Boleh je berat turun. =P
  • Minum tak boleh lebih dari secawan. Ni pon dah tak releven sekarang ni. Sebabnya ibu berpantang ni perlukan air yg cukup. Sebabnya darah nifas dah keluar. Pastu susukan anak lagi. Kalau kurang minum air nanti jadi sembelit pulak kan. Seeloknya minumla air panas suam sehari dalam 4 ke 5 kali sehari. Dan kalau rasa macam takut buncit ke apa ke, minumla sikit2. Bukan terus habiskan dengan sekali hirup.

Meh saya kongsikan apa makanan yg boleh dimakan sepanjang berpantang. Bermula daripada buah2an, sayuran2 ke ikan ikanan. Haha.


Buah-buahan yang boleh dimakan:

  • Epal
  • Oren 
  • Anggur

Buah-buahan yang tak boleh dimakan antaranya:
  • Rambutan : Boleh menyebabkan batuk. Batuk tak bagus untuk ibu berpantang sebab boleh menyebabkan peranakan kembang dan jadi tak kuat akibat tekanan batuk.
  • Durian : Buah paling berbisa dan boleh menyebabkan tumpah darah. Sedangkan masa mengandung pon kita tak digalakkan makan kan sebab takut risiko keguguran.
  • Nangka, Cempedak, Tembikai : Sejuk. Nanti ibu berpantang akan pening, menggigil dan seram sejuk.
  • Manggis, Langsat, Machang dan Kuini : Getahnya berbisa dan boleh menyebabkan ibu berpantang pengsan dan kancing gigi.

Sayur-sayuran yang boleh dimakan :
  • Sawi hijau, lobak putih, jantung pisang : Memperbanyakkan susu ibu.
  • Tauhu dan Tempe : Banyak khasiat dan membantu penyembuhan luka.
  • Lobak merah, Peria katak, semua jenis ulaman seperti pegaga, ulam raja, daun mengkudu, silom : Memberikan kesihatan yg lebih baik, membekalkan tenaga dan merawat luka.
  • Bawang besar : Membersihkan usus dan kolon dan mengurangkan rasa haus.
  • Bawang putih dan halia : Membuang angin dan melancarkan darah dan melangsingkan.
  • Bonglai hitam atau ubi lempoyang : Memperbanyakkan air susu, memerahkan muka ibu berpantang, menyegarkan badan, mengeluarkan darah kotor tanpa rasa sakit, melangsingkan badan dan membantu menghilangkan sakit sendi.
  • Brokoli dan Lada benggala : Tak berangin dan berkhasiat.


Sayur-sayuran yang tak boleh dimakan :
  • Petai, jering, cendawan, rebung, pucuk paku : Sangat berbisa dan boleh menyebabkan bentan yang teruk.
  • Daun bayam, pucuk manis, taugeh dan semua jenis labu dan timun.
  • Elakkan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk dan berangin.


Ikan/Daging yang boleh dimakan :
  • Ikan gelama, tenggiri, bawal putih dan haruan.
  • Makan ikan yang isinya putih di awal berpantang sehingga hari ke 10.
  • Ikan cencaru, telur, daging ayam dan ikan bilis boleh mula dimakan bermula hari ke 11 dan seterusnya.
  • Daging lembu sebaiknya dielakkan makan di awal berpantang sebab boleh mengakibatkan gangguan tekanan darah dan mengganggu emosi ibu berpantang.

Ikan yang tak boleh dimakan :
  • Ikan sembilang, keli, baung, pari
  • Ikan yang ada sengat akan menyebabkan sakit yg menyucuk2 dalam perut dan kesakitan yg melampau.
  • Ketam, udang, sotong akan menyebabkan kegatalan.


Yang bawah ni jadual yg saya dapat daripada website Nestle.



Makanan ketika berpantang serta khasiatnya:


Ikan tenggiri, salmon, tuna, kacang walnut, biji labu, telur, minyak ikan, minyak flaxseed
  • Mengurangkan risiko kemurungan selepas
    bersalin
  • Memperbaiki fungsi otak
  • Membantu membina sistem saraf bayi
Produk tenusu rendah lemak
  • Membekalkan vitamin B, vitamin D dan protein
Daging tanpa lemak, hati, daging kambing, kerang, tiram, biji bunga matahari, kekacang
  • Sumber penting untuk zat besi
  • Kekurangannya akan menyebabkan tahap tenaga rendah
  • Zat besi penting sebagai komponen sel darah merah
Buah-buahan – pengambilan dua atau lebih hidangan sehari
  • Buah dengan warna yang terang seperti anggur, betik dan blueberries – mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi
  • Oren – mengandungi vitamin C yang tinggi
Sayur-sayuran - Brokoli dan bayam
  • Tinggi kandungan vitamin A – penting untuk fungsi mata dan kesihatan kulit
  • Mengandungi kalsium
  • Tinggi kandungan antioksida dan serat makanan
Air
  • Pilihan yang baik ialah air suling
  • Minum air secukupnya kerana dehidrasi (kekurangan cecair badan) adalah salah satu punca utama kepada kehilangan tenaga. Ianya boleh menyebabkan gangguan pelbagai fungsi fisiologi tubuh

Ok, itu antaranya untuk rujukan kita bersama. Apa pon yang penting macam saya cakap sebelum ni. Ni case to case basis la. Ada yg ok untuk kita tak semestinya bagus untuk orang lain jugak. Sama macam pengambilan suplemen jugak. =)

Dan yang lagi penting, kena tanamkan dalam ingatan ibu2 yg bakal berpantang ni. Tempoh berpantang bukanlah masanya untuk kita sibuk menurunkan berat badan semata2. Fokus utama berpantangh adalah untuk kembali cergas dan sihat ok.

Sebab tu amalan berpantang ni tak terhad pada pemakanan aje. Amalan lain macam berurut, berbengkung, bertungku, bertangas, mandi mandian herba etc, semua tu pon diambil kira jugak. Jangan catu makanan kita semata2 nak dapatkan bentuk badan sebelum bersalin. Why so rush kan? 

6 bulan pertama tu boleh la kalau nak kawal pengambilan makanan. Tapi ingat jugak, 6 bulan pertama tu kritikal bukan untuk kita je. Malah untuk anak kita sama sebab makanan utama anak2 bawah usia 6 bulan hanyalah susu ibu. Maka kita kena siapkan badan untuk menyusukan anak 6 bulan pertama tu. Kalau badan lemah, tak bertenaga, acaner nak susukan anak. Ye tak?

So masa berpantang ni pastikan kita dapat rehat yg cukup dan ambil diet yg kaya dengan khasiat. Insya Allah badan akan jadi cergas bertenaga.

Nak tambah dengan supplemen untuk cergaskan badan masa berpantang? Haaaa. Boleh ambik shaklee. Insya Allah selamat untuk baby sebab Shaklee kan makanan tambahan. Semulajadi lagi. =)

Jangan risau pasal berat badan. Sebab berat badan akan turun jugak nanti. Saya sendiri ambil masa 10 bulan untuk dapatkan berat badan sebelum mengandung. Turun berat badan dengan cara selamat pulak tu. Tak caya? Boleh tengok My Shaklee Effect ok!

PM/Call/SMS 018.375.1884
WhatsApp 016.331.4797 ok!


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265



2 comments: