Saturday, 27 December 2014

Pengalaman bersalin di Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum semua! 

Semalam saya dah cerita pengalaman menunggu dan bersalin kat Hospital Sungai Buloh kan. So arini saya nak sambung sikit cerita bermalam sampai 6 malam kat sana. 

Kan saya dah cerita yg ketuban saya pecah pada 17hb 12. Tp sampai 18hb 12 saya masih belum melahirkan Durrah. In fact dah lebih 24 jam dilatation masihat 6 cm. 

Org tanya kalau dah ketuban pecah tak sakit ke? Pengalaman saya, tak sakit. Hehe. Dan lebih 24 jam tu jugak takde sakit. Mengeras sikit2 tu ada la. Cuma takdela contraction teruk sampai kena bersalin terus. Setengah orang 2 jam lepas ketuban pecah terus bersalin. Mudahnya la kan. 

Ada jugak yg berpendapat kalau ketuban air memang tak sakit. Kalau ketuban darah atau pon blood show yg datang dulu memang sakit. Macam zidane dulu memang sakit. Sbb blood show yg keluar dulu. Sampai spital 4 cm je terus masuk labor room. Rezeki Zidane la time tu. Sebab sakit kat rumah dah lama. Lambat ke spital sebab takut kena admit ward.  Tu je. Tu yg tunggu sampai sakit betul baru  pegi spital. 

Masa sampai spital tu terus diorang masukkan branula kat tangan. Sebab since ketuban dah pecah, kena la on antibiotik sebab takut jangkitan kuman. Ingat tak saya pernah cakap yg kalau ketuban dah pecah, kena amik Vitamin C sekerap yg mungkin utk elakkan jangkitan kuman? Haa. Salah saya time tu bila saya tak bawak bekalan Vitamin C saya. Huuuu. Sendu betul. 

Maka terpaksa la dicucuk antibiotik setiap 4 jam. Bayangkan. Start kul 12 tgh malam 18hb 12 saya kena amik antibiotik tiap 4 jam sampai saya melahirkan. Last sekali amik antibiotik masa jam 4 pagi 19hb tu. Sebab kul 730 pagi dah ditolak masuk ke labor room. So lesson learnt. At least kena la siapkan Vitamin C sebagai suplemen. Tambahan la kiranya. 

So since saya on antibiotic masa admit tu, maka Durrah pon kena la amik antibiotik jugak. Sebab lepas bersalin diorang ada amik darah Durrah. Biasala. Prosedur biasa. Nak cek semua termasuklah jaundis. 

Tengah malam lepas saya lahirkan Durrah tu, ada doktor datang maklumkan saya yg Durrah kena amik antibiotik dek kerana ada jangkitan dalam darah. Puncanya sebab saya pecah ketuban lebih 24 jam tu la. So saya biarkan diorang amik Durrah. 

Esok pagi 20hb tu saya tanya la sampai bila nak on antibiotic tu. Kata doktor sampai result darah yg baru keluar. Huuu. Jenuh la wei. Dah la tak jumpa Zidane. Sedih tau. Teringat2 Zidane senyum tengok adik dia. Itu aje la cabaran sepanjang berada kat spital. Kalau ikutkan dulu masa Zidane jaundis pon dah cukul stress. Dengan nak jaga luka lagi. Sakit2 badan lagi. 1st time mommy lagi. Masa tu la. Skang ok sket. Tapi rindu jugakla kat Zidane. 

21hb 12 result darah keluar. Bila dah keluar ada masalah pulak. Kata doktor ada organism dalam result darah Durrah. Kena amik lg sekali darah dia. Tapi diorg suspect itu cuma contamination sahaja. So takpela. Positif je la. Dalam hati harap sangat discaj cepat. Bila tanya bila result darah ni nak keluar? Kena tunggu 2 hari lagi. Waaaaa. Stress wei. Dah la budak2 bawah 12 tahun takleh masuk. Dah la rindukan Zidane. Korang faham tak apa yg saya rasa? Huhu. Sabar aje la. 

Sebelum tu 20hb tu saya mintak kebenaran doktor & misi utk bawak Zidane naik ke wad. Mana taknya. Sape nak jaga dia kat bawah tu. Dia datang berdua je dengan ayahnya. Itu aje la masalah kitorang. Bila mintak nak transfer ke Tanjung Karang katanya takde pakar kat sana. Tu pon diorang reluctant nak bagi sebenanye. Penatla menangis merayu. Baru dapat. Hehe. Bukan saja2 ok. Kalau ada empathy mesti tak jadi hal. Bukannye lama. Kejap je. Suami nak anta brg n nak tengok anak je. Tapi Alhamdulillah. Walaupon buat muka masih dapat jugak. Nasiblah. Hehe. 

21hb 12 saya cakap kat suami tak perlu datang spital. Dok je la rumah jaga Zidane. Sian zidane. Lagipon barang semua ada. Bukan dapat discaj pon kan. 

22hb 12 saya mintak jugak suami datang. Sebabnya baby wipes Durrah dah abis. Pampers pon tinggal sket. Maklumla. Bawak bekalan utk 2 hari 1 malam je kan. Mana sangka nak kena berlama2 kat spital nih. So hari tu Zidane dihantar ke rumah pengasuh kejap. Suami pon datang la petang tu. Sedih dengar suami cakap Zidane dok cium badge yg ada gamba saya dan suami sambil panggil ibu ibu. Mana pernah Zidane berjauhan daripada saya. Even kalau kursus pon saya bawak ok. 

23hb 12 pagi. Misi cakap kalau reslut darah ok maka boleh balik. Pape pon kena tunggu doktor kanak2 datang. Doktor kanak2 datang je dia cakap result ok. Boleh balik. Teruja sungguhla ibu ni haaaaa. Terus call suami. Packing barang. 

Alhamdulillah. 23hb 12 akhirnya kami didiscajkan. Yeay! Tak sabo la nak peluk Zidane. 

Itu la dia pengalaman dari 17hb sampaila 23hb kat spital. Bercinta rasanya dok spital ni. Tak lalu wei. 

23hb petang terus call tukang urut. 24hb terus start mengurut. Sakit badan Allah je yg tau. 

Esok saya nak share sket pasal kerja bidan ye. Ada cerita best jugak sebenanye. 

Meh layan gambo Durrah Adnin Zidane masa kat spital ye.










Utk ibu2 akhir kehamilan tu. Kalau ada yg nak beli suplemen Shaklee boleh roger saya ok! 

PM/Call/SMS 018.375.1884 
WhatsApp 016.331.4797

Oh ye, sama2 la kita doakan sahabat2 di Pantai Timur. Dalam saya dok komplen kena dudum 24jam layan contraction, entah macam mana la ibu2 yg berjuang nak melahirkan anak dalam serba kekurangan akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah 43 tahun tu. Syukurlah kita kat sini. Dalam penat duduk sampai bengkak kaki sekurang2nya tak kembang kaki macam mereka kat sana. Pahala la untuk staf hospital di sana yg bersungguh2 menjaga pesakit dan menyelamatkan nyawa. Semoga semuanya cepat berlalu dan selamat insya Allah. 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID: 918265




4 comments:

  1. comel bambam nye durrah.. betul laa kan..org cakap, lain anak ni lain cara nak bersalin.. yan pon time bersalin kan irine sakit laa jugakk.. xtau laa dah tahap sakit teruk ke apa..tp memg sakit laa.. tak tau laa anak seterusnya nnti cmne..harap dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Setiap anak ada bahagiannya. Doa aje yg terbaik. Hehe.

      Delete
  2. hilang sakit kan bl tgk wajah anak...yomeyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Hilang sakit. Lagi2 1st time tengok anak bulat. Haha.

      Delete