Wednesday, 10 December 2014

Pantang Larang Ibu Berpantang

 Assalamualaikum semua!


Tadi baru je balik dari klinik untuk check up minggu ke 38. Ye. Minggu ke 38. Haha. Yg abang nak keluar awal. Yg adik rileks je. Tapi saya percaya, Allah tahu masa yg paling sesuai anak dalam perut ni keluar. Anyway, dalam kereta tadi asyik pikir pasal pantang larang yang orang2 tua kita selalu tekankan. Sebab tu balik je dari klinik terus carik pantang larang ni. Banyak ke pantang larangnya? Meh kita tengok sikit ye. =)



Dilarang tidur tanpa bantal

Katanya tidur tanpa bantal ni boleh mengakibatkan kita yg dalam pantang ni mengalami sakit kepala. Mungkin sebab darah kotor susah nak keluar dan angin naik ke kepala yg boleh menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yg masih lemah. Tapi kalau ikutkan kalau tak berpantang pon bila tido takde bantal rasa macam pening kepala. Sebab daripada kaki ke kepala level nya sama je kan. Itu kalau saya la. Sebab tu saya suka berbantal. Hehe.


Pakai sarung kaki setiap masa

Macam yg biasa kita selalu dengar kalau tak pakai stokin takut angin masuk dan boleh menyebabkan kesejukan. Sedangkan makan pon kena jaga, amik makanan yg tak sejuk. Ini kan pulak pakai stokin kan. Sebab tu la orang berpantang akan pakai stokin sepanjang masa. Kalau saya, saya sapu minyak panas dulu. Pastu sarung kaki dengan stokin. Sedap je. 


Jangan duduk mencangkung

Kalau ibu berpantang duduk mencangkung dikhuatiri akan menyebabkan rahim yg masih lemah terkeluar. Ada pernah tengok gambo rahim terkeluar. Memang tak sanggup tengok la. Huhu. Lagi2 lepas bersalin nanti ada darah nifas kan. Takutla kalau tumpah darah sama. Sebab tu elakkan mencangkung. Tapi ada sekali tu masa pantang kan Zidane, singgah petronas sebab nak membuang. Tup2 toilet yg ada toilet mencangkung je. Huhu. Apo lagi. Terpaksa rela la. Mana boleh tahan. Tapi cover2 la sket. Hehe.



Mandi duduk di bangku

Masa nak mandi tu, digalakkan untuk kita duduk di bangku untuk jaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku maka kita yg berpantang ni takde la nak keluarkan tenaga yg banyak sebab kita sendiri dah penat dengan proses kehamilan 40 minggu dengan proses bersalin kan. Masih lemah la kiranya. Saya dulu 2 ke 3 hari yg pertama cuma lap2 badan dengan air suam. Pastu baru la mandi dengan air suam. Lega dapat mandi. Dok atas toilet sebab toilet duduk kan. Senang sket.



Rapatkan kaki ketika tidur

Dengan cara macam ni insya Allah peranakan akan sembuh dengan cepat. =)



Jangan terlalu aktif

Ibu yg baru bersalin kena duduk diam dan jangan terlampau aktif untuk minggu yg pertama. Kalau ada pembantu yg boleh menguruskan baby dan hal ehwal rumahtangga pon lagi elok jugak. Sebabnya kita nak pulihkan tenaga yg dah hilang dan supaya kita dapat rehat yg secukupnya.



Jangan makan ubi-ubian

Ibu2 yg dalam pantang tak dibenarkan makan makanan jenis ubi2an macam keladi, keledek dan ubi kayu sebab makanan ni boleh mengganggu pencernaan dan takut kita kembung dan sakit perut. Kalau menyusukan anak pulak takut nanti anak yg kembung dan sakit perut.



Jangan tidur di waktu matahari naik

Time lepas subuh la kiranya sebab kalau tido balik time ni badan akan bertambah lesu dan sakit2. Kalau tak berpantang pon memang tak digalakkan tido lepas subuh kan. =) So masa ni amik la peluang untuk jalan2 tepi tingkap untuk dapatkan cahaya matahari dan udara nyaman di waktu pagi.



Jangan tidur di waktu senja

Masa ni memang syaitan berkeliaran. Dah la kita tak leh nak solat kan. Takutla kita tak kuat dan terkena gangguan. Nanti kalau terganggu fikiran takut boleh jadi meroyan plak.



Jangan menjahit pakaian dan membaca

Ibu2 dalam pantang dilarang menjahit dan membaca sebab risau nanti mengalami rabun sebelum tua. Maklumla, bila menjahit dan membaca tu kan kita dok fokus. Bila fokus tu macam memaksa sel2 mata dan otak kita untuk bekerja. Sedangkan ibu berpantang kena rehat cukup2. Sama jugak la kalau menonton televisyen. Setengah orang memang pantang kalau kita asyik tengok tv je. Risau rabun katanya.



Tidak boleh keluar rumah di waktu senja

Sama macam tidur ketika waktu senja tadi tu. Time camni syaitan berkeliaran. Takut kita tak kuat dan terkena gangguan.



Ibu jari kaki tak boleh terhantuk

Kalau terhantuk takut bentan atau kita pitam. Betul ke tidak wallahu a'lam.


Ok, itu antara perkara yg ibu berpantang dilarang buat. Ada juga cara dan tips yg disyorkan oleh orang2 tua untuk pastikan badan kita pulih cepat. Antaranya:


Cara Mandi

Gunakan daun nangka, daun pandan, daun inai. Rebuskan bahan2 ni dan jadikan mandian untuk ibu berpantang. Duduk di bangku, jangan berdiri atau mencangkung. Sebelum mandi hendaklah cebok dengan air rebusan daun sirih. Air rebusan sirih ni bagus untuk menyembuhkan luka2 selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun2 tadi. Ratakan air kat seluruh badan. Mandi jangan terlalu lama sampai menggigil dan kesejukan. Mandi setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun2 ni selama seminggu.

Kalau ikut saya, saya start dengan kaki dulu. Hehe.



Cara Berbaring / Tidur

Tidur dengan bantal yg tinggi supaya darah kotor tidak naik ke kepala.


Lain2 amalan masa berpantang termasuklah :

  • Pakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yg cukup nyaman selama 6 atau 7 hari. 
  • Duduk bersimpuh dan rapatkan kedua lutut untuk mempercepatkan sembuhnya luka2 selepas melahirkan dan menjaga peranakan.
  • Berbedak atau berparam dapat memastikan badan sentiasa panas dan tak dimasuki angin. Berbedaklah atau berparamlah pagi dan petang selama sebulan.
  • Pakai selimut tebal kalau cuaca sejuk supaya angin tak masuk dalam badan.
  • Bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku pada setiap hari, pagi dan petang selama sebulan.
  • Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang untuk membantu mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
  • Jaga pemakanan ketika berpantang.


Itu dia antara pantang larang ketika berpantang yg saya dapat kongsikan daripada carian internet. Boleh la ikut sebab setiap pantang larang ni ada sebab musababnya kan. Melainkan kalau ada yg melibatkan kepercayaan karut dan khurafat tu eloklah kita jauhkan. Takut memesongkan aqidah pulak. Tak pasal syirik kecik. Hehe.


Nak berpantang dengan set berpantang Shaklee?

Meh roger saya.

PM/Call/SMS 018.375.1884
WhatsApp 016.331.4797


Jumpe esok pulak ok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265






3 comments:

  1. singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  2. teringat time pantang dulu. ada gak yang tak buat ekekeke skang dah sakit urat sob

    ReplyDelete