Tuesday, 16 December 2014

Masalah Keputihan Ketika Hamil

Assalamualaikum semua!


Hari ni bz sebab ada audit susulan EKSA kat opis. Membawak perut ke sana sini je la kejenya. Makan pon kenyang. Hehe. Ape pon, entri kena diteruskan. Mana boleh berenti. So sebab aritu rasa macam nak cerita pasal masalah keputihan masa hamil ni. Bukannya apa, bila dah masuk minggu akhir kehamilan ni adalah penting untuk kita bezakan antara keputihan dan air ketuban. Risau la kalau dok ingat keputihan rupanya air ketuban yg keluar. Sebabnya, macam yg saya pernah cakap sebelum ni, 1/10 orang je yg ketubannya pecah sendiri. Baki yg lain tu dipecahkan oleh doktor di hospital masa nak bersalin atau pon sarung ketubannya dah bocor dan air ketuban dah pon meleleh sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. 

So elokla kita bezakan air ketuban dengan keputihan untuk kebaikan kita kan.

Kalau diikutkan, keputihan atau lelehan faraj yg lebih banyak daripada biasa adalah NORMAL bagi wanita hamil. Lelehan yg sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. 

TAPI.

Kalau kita mengalami keputihan dengan pengeluaran lelehan pekat berwarna putih macam krim, ada rasa gatal, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung kita, rasa sakit bila bersama suami dan rasa sakit masa nak buang air kecil, biasanya simptom ni adalah disebabkan jangkitan.

DAN.

Lelehan yg keluar daripada faraj mungkin disebabkan lendir atau keputihan dan juga mungkin air ketuban yg pecah.

Jangkitan pada bahagian faraj ni jugak sebenarnya biasa berlaku masa hamil. Sebabnya masa kita hamil, kita mengalami perubahan hormon yg boleh menyebabkan cairan di vagina dihasilkan dengan lebih banyak daripada biasa dan jugak penurunan pH. 

Keputihan ni sebenarnya diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yg dipanggil candida albicans. Kulat ni sebenarnya ada dalam badan setiap orang dan ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya yis ni hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan kita pon tak tahu ianya berada dalam badan kita.

Bila kulat ni jadi masalah?

Kulat ni akan menjadi satu masalah pada kita bila ada ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan kita. Contohnya masa hamil. Bila hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.

Antara faktor lain yg menyumbang kepada masalah keputihan ni termasuklah :
  • Bila kita pakai pakaian yg ketat atau yg diperbuat daripada bahan sintetik macam seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian macam ni sebenarnya panas dan menghalang peredaran angin dan menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Penggunaan mandian buih yg wangi atau pantyliner yg beraroma pon mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Pengambilan antibiotik jugak boleh mengganggu keseimbangan antara mikro organisme baik dan jahat yg ada dalam perut kita.
  • Kita mengalami kencing manis atau diabetis gestasi yg tak dikawal dengan baik.


Cara untuk mengurangkan masalah keputihan pulak termasuklah :
  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yg longgar atau kain yg longgar.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama sebab persekitaran yg hangat dan lembap sangat sesuai untuk pembiakan kulat.
  • Jangan gunakan mandian buih yg mempunyai wangian.
  • Lap punggung hingga ke bahagian depan sehingga benar2 kering selepas kita ke tandas.
  • Cuci dari faraj ke punggung untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Makan yogurt asli pon boleh membantu.
  • Pemakaian pantyliner pada setiap hari adalah tidak digalakkan.
  • Kurangkan makanan manis dan berkafein.


Kalau kita hamil, jangan risau sebab keputihan biasanya tidak membahayakan baby di dalam kandungan sebab baby kita selamat dan terlindung di dalam rahim. Kalau kita mengalami jangkitan semasa kita sakit bersalin, ada kemungkinan baby kita akan dijangkiti bila melalui faraj kita masa keluar daripada rahim.

Tapi jangan risau. Jap lagi saya terangkan macam mana nak atasi masalah jangkitan kuman gaya Shaklee. Hehe.


Cara Atasi Keputihan dan Jangkitan Kuman Gaya Shaklee

Mudah je. Ada 1 produk yg boleh membantu mengatasi masalah keputihan dan jangkitan kuman ni.




Garlic Complex keluaran Shaklee ni diperbuat daripada bawang putih jenis premium yg ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada racun perosak. Pembuatan Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Kalau nak tau, bukan semua produk suplemen garlic di pasaran yg ada Allicin aktif ni, Dan kalau nak tau, Allicin ni merupakan sebatian organosulfur yg terkandung dalam bawang putih yg berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.


Nampak tak kat atas ni. Kebaikan bawang putih termasuklah merawat jangkitan yis.


Terbukti kan kebaikan garlic untuk kita yg pregnant ni? =)


Itu dia cara nak rawat keputihan masa hamil. Sebenarnya kalau nak rawat keputihan biasanya kita boleh amalkan Alfalfa Shaklee.

Tapi disebabkan kita hamil, maka kita guna lah suplemen alternatif iaitu Garlic Complex. Alfalfa Shaklee tak sesuai untuk ibu hamil tau! Kang tak pasal2 ada mild contraction pulaks. Hehe. Sebab tu kalau nak dapatkan suplemen, kena cari yg boleh advice kita. Bukan jenis yg nak menjual je.

Kalau nak dapatkan consultation daripada saya, meh dapatkan produk Shaklee dengan saya.

PM/Call/SMS 018.375.1884
WhatsApp 016.331.4797 ok!


Jumpe esok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265









1 comment:

  1. Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    ReplyDelete