Sunday, 14 December 2014

Magiknya Bersyukur

Assalamualaikum semua!

Hari ni hari Ahad. Tapi entri perlu diteruskan. Eceh. Cumanya, hari ni tak nak cerita pasal pregnancy, takmo cerita pasal Shaklee. Jom la kita divert sket daripada kebiasaannya. =)

Anyway, sebenarnya la kan, dua tiga hari ni dok banyak berpikir. 

Sebabnya ada nampak satu fb akaun milik seorang wanita ni. Anak dua. Anak yg kedua ada sindrom down. Ada suami, tapi berstatus kelainan upaya dek kerana kemalangan sampai hilang sebelah kakinya. 

Satu cerita lagi. Ada pulak seorang wanita ni, anaknya mungkin sebaya Zidane. Tapi Allah uji dengan penyakit hati. Ibu tinggal pulak tu. Betul. Dia ditinggalkan suami. Allahu. Kalau dibandingkan dengan diri sendiri, memang betapa kuatnya mereka berdua.

Begini, sejak hidup berdua dengan Zidane, masa PJJ dulu memang hidup saya bergantung 100% kepada Tuhan. Dek kerana hidup macam tu la saya belajar jadi ibu kuat yg independent yg tak meletakkan kebergantungan hidup saya kepada manusia tetapi kepada Pencipta. Kalau saya nak bandingkan diri dengan orang lain yg keluarganya sempurna, memang boleh. Tapi saya lebih suka bandingkan diri saya dengan orang lain yg lebih susah hidupnya daripada saya.

Saya pujuk hati. Kalau betul ini yg Allah aturkan, maka semua aturanNya indah2 belaka. Insya Allah. Tapi ye la, kita kan manusia. Ada masanya, kita lemah juga. Tapi bila dah lemah, nak menangis pon menangisla. Lepas tu kita bangkit, lempang muka, sedarkan diri kita yg belum berakhir lagi dunia kita. Hehe. Betul. Dunia kita belum berakhir. =)

Rupanya selama hampir 9 bulan, Allah mengasuh sifat syukur dalam diri saya. Syukur dengan apa yg ada. Walau suami jauh, sekurang2nya dia masih bernyawa. Alhamdulillah.

Secara jujurnya, kalau dulu, duit RM50 dalam beg duit pon dirasakan sikit bagi saya. Sekarang, walau hanya berbekalkan RM5, saya percaya Allah akan jaga saya. Amannya hati. Tenangnya jiwa bila kita percaya yg Allah ada untuk secure kita.

Dulu, masa saya berulang alik dari Sungai Buloh ke Kuala Selangor setiap hari, saya sentiasa percaya yg Allah akan uji saya kalau saya mampu. Dan Alhamdulillah. Sepanjang hidup sendiri sebab PJJ dengan suami, memang Allah pelihara saya dan Zidane tanpa sebarang cela. Alhamdulillah.

Kalau dulu, bila ada masalah sikit, macam2 pikir. Rasa sedih, penat dengan hidup etc. Tapi sekarang, baik saya mahupun suami, kami sama2 percaya bila ada masalah maknanya Allah sayangkan kita.

Nak kongsi la satu cerita kan. Ada pernah sekali, duit yg ada pada suami tinggal RM40. Dalam akaun bank saya ada RM30. Maka saya pon pegila ATM untuk withdraw. Malangnya, kad keluar tapi duitnya tak kunjung tiba. Allahu. Sedih tau. Saya cakap pada suami. Kata suami, takpela, Allah nak bagi lebih lagi nanti. Mujur ada jugak orang yg ingatkan saya. 

Tadi tengok video mat luthfi. Ada caption kat akhir video tu.

When life hits you hard
Make a good story out of it
And be the hero
It's your story anyway.


Betul jugak. Sebab tu la saya cakap. Kalau ada masalah, bersyukurlah. Sebab bila ada masalah maknanya Allah sayang kita. Bila ada masalah Allah nak angkat darjat kita. Jangan pernah rasa jalan yg kita pilih tu salah. Macam mana kita nak selesaikan masalah pon cara kita. Jangan dengar cakap orang. Sebab yg menghadap masalah tu kita.




Dan betul, kunci kebahagiaan hanya lah dengan bersyukur. Kalau kita tak bersyukur maka kita takkan rasa cukup. Apa kata mulai hari ni belajar la mengira apa yg Allah dah bagi.

Allah beri umur yang panjang supaya kita boleh tambahkan amalan.
Allah beri tubuh badan yg sihat supaya kita boleh terus beribadah.
Allah beri anak2 yg baik, supaya nanti boleh jadi saham akhirat Insya Allah.
Allah beri rezeki yg cukup sampaikan takde sehari pon kita berlapar dek kerana tak cukup makan.

Kemudian bandingkan diri kita dengan orang lain.

Sedang kita masih bernyawa, ada yg dah pergi dan takkan kembali lagi.
Sedang kita masih boleh solat berdiri, ada yg sudah uzur sampai perlu solat duduk atau berbaring setiap hari.
Sedang kita punya anak, walaupun dah besar, tinggal merata di seluruh dunia, sekurang2nya mereka hidup menjadi manusia berguna.
Sedang kita cukup makan, masih ada yg kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Syukur syukur syukur.


Kalau kita tak belajar bersyukur, maka sampai bila2 pon kita takkan rasa cukup. Sampai bila2 pon kita takkan rasa senang. Sampai bila2 pon kita akan salahkan Tuhan dan menuding jari salahkan orang lain.


Dah syukur, jangan putus asa. Kalau Allah bagi kita masalah hari ni, mana tau rezeki kita lebih besar nanti. Kalau tak di dunia, mungkin di akhirat sana. Ye tak? =)

Ok, itu je la kot nak cakap. Haha. Saje nak motivate la kononnya.

Tapi memang betul, banyak sangat belajar selama ni. Dah umo 30 tahun baru nak belajar bersyukur. Apa pon, syukur jugakla. At least sedar di umo 30 tahun. Kalau lambat lagi rugi. Hehe.

Kita jumpe esok ok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee Id : 918265






1 comment:

  1. Mengingati Allah melalui syukur, hati akan sentiasa dipelihara, rezeki akan sentiasa ada.. =)

    ReplyDelete