Monday, 8 December 2014

Kemurungan Post Partum vs Baby Blues

Assalamualaikum semua!

Memandangkan mak buyung tengah counting days ni, maka elokla kita bercakap pasal apa yg akan jadi lepas bersalin nanti. Hehe. Antara yg paling orang kita takutkan adalah meroyan. Dalam bahasa inggeris dipanggil sebagai post partum depression. Dalam bahasa melayu moden pulak disebut kemurungan post partum. 

Apa sebenarnya kemurungan post partum ni? 



Kalau nak tau, kes macam ni hanya berlaku dalam 1 ke 2 kes bagi 1000 kelahiran. Kalau peratusannya pulak dalam 12% ke 20% la kiranya. So jangan la risau sangat ok. Insya Allah kalau sokongan cukup dan kita sendiri kuat, takde pon kemurungan post partum ni. 

Apa punca terjadinya post partum depression ni? Ada banyak punca sebenarnya. Antaranya:
  • Kita pernah alami kemurungan sama ada pada diri sendiri ataupon pada ahli keluarga.
  • Perubahan hormon yg banyak dan mendadak boleh merangsang kemurungan jugak.
  • Pertambahan tanggungjawab.
  • Tekanan.
  • Kurang sokongan keluarga.
  • Gangguan psiko sosial macam masalah perkahwinan atau pergaduhan dalam rumahtangga.
  • Tak cukup tidur dan rehat sebab terpaksa berjaga waktu malam untuk jaga dan susukan anak.
  • Melahirkan anak yg tak diingini.
  • Kekecewaan yg melampau akibat teringinkan anak lelaki tapi dianugerahkan anak perempuan atau sebaliknya.

Itu antara puncanya la. Simptom nya pulak macam mana?

Simptom biasa termasuklah :
  • Terlalu lesu.
  • Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
  • Insomnia.
  • Sedih yang keterlaluan.
  • Menangis tanpa sebab.
  • Resah gelisah.
  • Rasa diri tak berharga.
  • Sentiasa berasa bersalah.
  • Emosi mudah terganggu.
  • Hilang selera makan.
  • Tak fokus.

Simptom yg lebih serius pulak termasuklah :
  • Hilang pertimbangan.
  • Rasa benci kepada anak.
  • Mengalami delusi.
  • Mengalami halusinasi.
  • Terlintas mahu membunuh diri.

Haa. Scary kan? Sampai camtu sekali kot. Huhu.

Bila biasanya terjadi post partum depression ni?

Biasanya boleh terjadi beberapa hari selepas melahirkan dan berlanjutan sehingga 2 minggu dan lebih. Kalau ikutkan memang boleh berlaku pada bila2 masa dalam 2 bulan pertama selepas melahirkan anak.


Tapi kan.

Jangan samakan kemurungan post partum dengan baby blues. Sebab dua benda ni berbeza. Apa bezanya? Meh tengok.


Post partum depression
Baby blues
Terjadi lebih daripada 2 minggu
Tak lama dan biasanya hilang selepas 5 ke 7 hari
Kalau pernah alami masalah ni pada kehamilan terdahulu, maka risiko untuk mengalami kemurungan ni meningkat sehingga 25%
50% wanita mengalami masalah baby blues dan biasanya terjadi pada kelahiran bayi yg pertama je
Dianggap sebagai kehamilan berisiko tinggi dan perlu dipantau sepanjang kehamilan dan selepas bersalin
Perubahan hormon biasa selepas bersalin dan akan hilang beransur2 bila paras hormone dah kembali normal
Berlaku pada bila2 masa sahaja dalam 2 bulan yg pertama selepas melahirkan anak
Biasanya sehingga minggu kedua selepas melahirkan. Tapi kalau lebih daripada 2 minggu perlu dapatkan rawatan doktor.

So bezakan la baby blues dengan post partum depression ni ok. Insya Allah takde pape la. =)

Teringat dulu masa bersalinkan Zidane, saya pernah sampai larikan diri daripada misi yg datang ke rumah. Mana tidaknya. Lepas je bersalinkan Zidane, saya duduk kat rumah dalam 3 ke 4 hari. Lepas tu baru balik Ipoh berpantang kat rumah mak. Sebelum sampai rumah mak tu singgah la ke klinik kesihatan sebab nak serahkan surat yg mengatakan kita berpantang kat situ kan. Dan tak semena2 diorang terus roger ambulans hantar saya ke hospital besar Ipoh. Tak sempat lagi nak rehat kat rumah tau. Terus hantar. Pastu admit 2 malam. Pastu sehari sebelum raya puasa tu diorang discharge saya. Pagi raya pertama tu diorang suruh datang cek darah Zidane lagi. So pegi la cek. Dah suruh admit balik wad. Apa korang ingat aku takde keje lain ke nak masuk spital manjang? Kah kah. Bila ingat balik memang kelakar. Sebab 1st time kan. Dah la trauma masuk spital anak kuning tu. Anak kita baru nak tido, anak orang lain menjerit2 menangis. Anak kita dah la ringan. Nak baring macam biasa terlentang tu tak boleh. Sikit2 terkejut. Terpaksa la tidurkan meniarap. Bila anak orang lain menangis sedangkan anak kita baru nak tido, korang faham kan perasaannya macam mana? Hangin satu badan mak oi.

Tapi skang insya Allah dah boleh kawal stress. Haha. Dan mintak sangat. Takdela orang sekeliling yg tambah stress kita yg sedia ada. Nak je cakap please leave me alone. Haha. =P

Apa yg boleh kita lakukan untuk melawan post partum depression ni?

  • Jaga diri dengan baik : Pastikan yang kita dapat penuhi keperluan asas dengan cukup. Makan dan rehat serta tidur yg cukup misalnya. Ni penting sangat untuk pastikan yg badan kita sembuh dengan baik masa berpantang.
  • Jangan expect tinggi pada diri sendiri. Lagi2 kalau yang berpantang sendiri. Jangan ingat kita boleh buat semua benda sendiri. Mintaklah sokongan dan bantuan daripada orang sekeliling. Ibu yg baik ialah kita yg tahu bila masa yg sesuai untuk dapatkan bantuan. Bukannya harapkan kita sendiri je yg buat semua benda.
  • Berkongsi perasaan. Carila kawan2 atau suami atau ahli keluarga yg boleh berkongsi perasaan. Skang kan zaman teknologi. Joinla support group untuk ibu2 yg baru lepas bersalin untuk sama2 kongsi perasaan. Lagi2 kalau 1st time mother ni. Mesti blur jugak sket kan. Hehe.
  • Jangan abaikan bahagian luar diri kita. Maksudnya kat sini, cubalah manjakan diri kita. Mandi dengan relaks, pakai mekap dan hiaslah diri sebaiknya. Macam Che Ta tu. Tak salah sebenarnya. Kadang2 berhias macam ni boleh jadi terapi. Tak salah kan. At least boleh boost confidence kita sket.
  • Dapatkan rehat yg cukup. Menjaga anak yg baru lahir 24 jam selama seminggu memang memenatkan. Ibu yg mengalami masalah kemurungan post partum ni biasanya susah nak dapatkan tidur yg berkualiti. Kalau boleh, curi la masa sket untuk dapatkan rehat. Mintak bantuan orang lain untuk tengokkan anak supaya kita cukup rehat atau tidur bila berkesempatan. Macam saya dulu, Zidane tidur, saya pon join. Haha.
  • Berjalan ke luar rumah. Letakkan baby dalam stroller atau babywear anak kita kemudian keluarla daripada rumah. Jangan la berkurung je. Tapi pastikan kita dah betul2 sihat atau abis berpantang kalau nak keluar ye. Kang bentan pulak. Hehe. Amik cahaya matahari sket je pon. Bukan sampai ke shopping mall. =)
  • Slow down. Betul. Go slow. Bila baby dah keluar memang bukan mudah. Buat kerja rumah sikit2 dan ketepikan dulu mana yang tak penting. Kalau kita on maternity leave, tak payah susah hati nak pikirkan pasal masalah kat tempat kerja. Jangan risau ok. Lepas maternity leave kalau yg jenis kemaruk keje tu, keje la puas2. Haha.

Kalau nak tau, pengambilan Vitamin B12 dan Vitamin B yg lain memainkan peranan yg penting dalam merangsang penghasilan brain chemicals yg boleh memberi kesan kepada mood dan fungsi otak yg lain. Kalau kita tak cukup Vitamin B12 dan Vitamin B yg lain macam Vitamin B6 dan Folate, maka memang boleh menyumbang kepada berlakunya kemurungan.

Haaa. Sebab tu la Vitamin B ni dikatakan sebagai Vitamin Penenang. Kenapa? Sebab Vitamin B membantu kita dapat sensasi ketenangan dan dalam masa yg sama boleh mengurangkan kemurungan.

Sebab tu jugakla ibu berpantang digalakkan ambil Vitamin B. Kalau ambil set berpantang Shaklee, Vitamin B ni memang dah termasuk sekali. Selain daripada dapat mengurangkan stress, Vitamin B jugak membantu untuk tukarkan makanan yg kita ambil menjadi tenaga. Boleh la nak slim dengan cara sihat sekaligus. =)

So camna?

Nak kurangkan stress gaya Shaklee?

Meh roger mak buyung. 

PM/Call/SMS 018.375.1884
WhatsApp 016.331.4797 ok!


Kita jumpe esok pulak ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID: 918265



2 comments:

  1. Vitamin B membantu masalah murung selepas bersalin. Ibu Zidane sedang menunggu due ke?

    Khasiat Teh Jasmin Dalam Teh Hijau

    ReplyDelete