Thursday, 4 December 2014

Kehamilan Overdue : Bahaya tak?

Assalamualaikum semua!

Semalam saya ada cerita pasal cara nak kuatkan sarung ketuban supaya keguguran awal dapat dielakkan kan? So ada la yg komen cakap kalau overdue acaner? Adakah disebabkan kerana terlebih Vitamin C? Hehe. Makanya, arini saya bercadang untuk cakap pasal kehamilan overdue atau pon post term pregnancy. Bahaya ke tidak sebenarnya.

Diikutkan statistik, hanya 4% bayi yg akan lahir betul2 mengikut due date yg doktor berikan. 96% lagi mungkin awal dan mungkin terlewat sikit. Due date ni hanya sekadar estimation atau anggaran tarikh bila kita nak bersalin sebenarnya. Dan due date ni dikira dalam 40 minggu selepas hari pertama period kita yg terakhir. Sebab tu la penting sangat untuk kita tahu bila kali terakhir kita period. Berapa menstrual cycle kita. Kalau nak tau cara mudah, boleh rujuk entri saya dulu. Jap saya cari link. Hehe.

Tips lancarkan haid secara semulajadi. Haa. Klik sini. Download apps yg saya tunjukkan tu. Banyak apps sebenarnya. Catat bila kita period. Tandakan betul2. Insya Allah kita takkan missed out tarikh2 penting. Ingat anniversary dengan birthday je penting ke? Hehe.

Due date sebenarnya boleh berubah mengikut scan dari masa ke semasa yg doktor buat. Sebab scan yg dibuat tu lebih accurate dan tepat dan boleh bagi kita gambaran yg lebih jelas tentang sejauh mana perjalanan kehamilan kita. Doktor boleh tentukan mengikut perkembangan baby kita tu.

Kebiasaannya, baby akan lahir di antara minggu ke 37 dan minggu ke 41. Dan kelahiran waktu ni dianggap sebagai NORMAL & HEALTHY PREGNANCY. Wow. 1st time mak buyong melepasi minggu ke 37. So boleh dianggap healthy pregnancy la ni. Hehe. Alhamdulillah.

Manakala prolonged pregnancy pulak bila lebih daripada 42 minggu kehamilan dan biasanya hanya 5% ke 10% sahaja. Mengikut polisi hospital, kalau baby dah lebih 40 minggu, maka doktor akan induce baby tu untuk keluar sebelum 42 minggu. 

Kenapa? Bahaya ke overdue pregnancy ni?

Tak menjadi masalah sebenarnya kalau terlebih daripada due date dalam beberapa hari. So jangan risau kalau baru terlebih sehari dua. Sebab kalau setakat few days past due date ni doktor takkan offer induce.

Tapi, in case kalau dah post mature beberapa minggu atau lebih daripada 42 minggu, mungkin akan bagi sedikit risiko kepada baby. Sebab kita takut baby meninggal tanpa dijangka.

Kematian boleh terjadi kalau lebih 42 minggu sebab plasenta kita takkan berfungsi macam biasa. Plasenta akan dianggap tua dan mungkin oksigen dan bekalan nutrisi takkan sampai pada baby dengan cukup. Placental failure la kiranya ni.

Mungkin jugak nanti baby akan mengalami masalah pernafasan sebab oksigen supply berkurangan. Perkembangan baby pon akan berhenti atau perlahan sebab baby dah takde ruang yg cukup untuk membesar dalam perut kita. Kadang2 jumlah air ketuban dalam sarung ketuban akan berkurangan, maka jangkitan kuman pon boleh berlaku tanpa kita sendiri sedar. Akibatnya, heartbeat baby mungkin akan kurang dan baby mungkin akan tertelan najis sendiri.

Apa yg boleh kita buat kalau kita dah overdue?

Bila dah masuk 41 minggu kehamilan, biasanya doktor akan buat appointment lagi. Doktor akan cek balik due date kita, cek tekanan darah dan test protein dalam air kencing. Doktor jugak akan cek saiz dan posisi baby dan mungkin akan buat vaginal examination utk tengok sama ada serviks kita dah lembut dan stretchy untuk melahirkan baby.

Itu keje doktorla.

As long as doktor cakap ok, maka tak perlu la kita risau. Kalau doktor cakap tak perlu induce lagi, maka ikutkan aje. Jangan degil. Hehe. Kita pulak kat rumah boleh la kira pergerakan baby & berapa lama masa diambil untuk dapatkan 10 pergerakan.

Sebab tu la kat buku pink klinik kesihatan tu ada carta pergerakan baby. Makin nak bersalin tu makin penting sebenarnya ok. Jangan culas nak buat kiraan. Pukul kang. Haha. =P

Apa carta pergerakan baby? Boleh refer Jom Kira Pergerakan Bayi!.



Kenapa Kehamilan Overdue Terjadi?

Takde punca spesifik yg menyebabkan terjadinya kehamilan overdue ni sebenarnya. Tapi, kehamilan overdue ni boleh terjadi kalau :
  • Hamil anak pertama
  • Pernah mengalami kehamilan overdue sebelum ini
  • Ada keturunan yg melahirkan anak lebih daripada due date
  • Kita sendiri dilahirkan lebih daripada due date
  • Kita ada mengambil pil perancang sebelum disahkan hamil
  • Kita tak ingat tarikh period
  • Period yg tak teratur

Itu la antara punca kenapa kehamilan overdue terjadi.

Kalau nak tau cara untuk induce kelahiran secara alami boleh la ke Induce kelahiran secara alami. Insya Allah kalau amalkan akan takde masalah overdue ni. Hehe. Saya pon tengah sibuk brisk walking ni. 

Apa pon jangan risau. Sebab apa? Sebab "Overdue Babies Are Born Healthy" Insya Allah. Daripada melahirkan baby yg tak cukup matang, baik la lagi melahirkan baby yg cukup matang. Ye tak? Hehe.

Saya pon tengah dup dap ni. Tak larat nak bawak perut sebenarnya. Tapi satu je la. Allah tau bila masa yg sesuai untuk baby ni arrive. Tak gitu?

Kalau kita merancang, perancangan Allah dah tentu lebih baik kan? Hehe. Sabar aje lah. =) Kalau lambat sangat, nanti bagi notis eviction macam ni. Haha.



Nak cuba suplemen Shaklee? Meh roger saya.

PM/Call/SMS: 018.375.1884.

WhatsApp 016.331.4797.



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265



3 comments:

  1. hi,.. thanks for the explanation.. kalau overdue, mostly risau sgt..yer laa..dah la anak 1st, pastu tertunggu2 lg..dok org kata terbelit tali pusat la, terberak laa kan dalam tuu.. =) btw.. ni pon good info.. sy mintak share kat fb sy ye.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2. Hehe. Insya Allah selamat semuanya. Doa & Tawakkal =)

      Delete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete