Wednesday, 3 December 2014

Kebocoran Sarung Ketuban Punca Keguguran Awal

Assalamualaikum semua!

Semalam saya ada buat bacaan sikit mengenai sarung ketuban ni. Sebenarnya baca pasal kebaikan Vitamin C. Maklumla tengah promo Vitamin C kan. Tapi ternampak la fakta pasal kebocoran sarung ketuban yg menjadi punca keguguran awal.

Teringat dulu masa mengandungkan Zidane, memang ada bleeding masa hujung minggu ke 34 tu. Lepas admit ke spital, rupanya dah dilated 1cm. Walaupon hanya 1cm, tapi dek kerana masih dalam minggu ke 34, benda tu diambil serius oleh doktor. 

In fact masa kena admit tu memang ada lelehan air ketuban yg keluar. Masa hari kedua admit, disebabkan nak discharge awal, mak buyung cakap kat doktor takde pon pape yg keluar. Membohong sunat yg sebenarnya kadang2 benda tak patut kita buat. Macam la kita ni doktor. Tau apa implikasinya kepada kita dan baby. Sebab nak keluar hospital punye pasal kan. Haha. Lepas ni insaf kot. =P


Sebelum tu meh sini saya terangkan sesuatu. Air ketuban tu adalah air yg mengelilingi baby kita tu. Macam dalam gambar kat atas ni. Sarung ketuban pulak adalah beg air ketuban tu sendiri.

Kalau diikutkan setiap tahun, 13 juta bayi pramatang dilahirkan kat seluruh dunia. Dan 11 juta daripada bayi yg dilahirkan tu dilahirkan di Afrika dan jugak Asia. 

Pada tahun 2005, WHO estimate yg 12.9 juta kelahiran atau 9.6% daripada kelahiran di seluruh dunia ni adalah kelahiran pramatang.

Secara purata pulak, 10% kelahiran di seluruh dunia ni berlaku sebelum minggu ke 37 kelahiran dan 28% daripada 4 juta kelahiran pramatang tu tak dapat survive selepas dilahirkan. Huhu. Sedih kan. Penat pregnant hampir 40 minggu lepas tu terbersalin awal dan tak dapat diselamatkan sebab lahir pramatang.

Dan diikutkan, masalah kebocoran sarung ketuban ni la yg menjadi salah satu ANCAMAN kepada ibu hamil dan jugak bayi dalam kandungan. Ye la. Air ketuban tu kan ibarat baby's life long support system. Air ketuban ni la yg melindungi baby dan membantu dalam perkembangan otot, peparu dan sistem penghadaman baby. Kalau dah jadi kebocoran, maka tidak dapat tidak memang kena lahirkan baby tu awal, di mana masa tu mungkin ada organ dalam baby tu yg belum sempurna kejadiannya.

Dalam situasi ni ada 2 keadaan kebocoran.
  • Bila kebocoran sarung ketuban berlaku betul2 sebelum bersalin maka kita panggil sebagai premature rupture of membrans ataupon PROM.
  • Bila kebocoran sarung ketuban berlaku sebelum minggu ke 37, maka kita panggil sebagai preterm premature rupture of membranes.

Semakin awal ketuban pecah atau sarung ketuban tu bocor, maka lebih seriusla masalah yg mungkin kita atau baby kita hadapi. 

Kalau kehamilan dah lebih 37 minggu, maka baby kita dah ready untuk dilahirkan. Kalau ada kebocoran sarung ketuban atau ketuban pecah, maka kita boleh la get ready bersalin as soon as possible . Dalam masa 24 jam dah nak kena bersalin takut2 nanti ada infection pada kita ataupon baby.

Kalau kehamilan antara 34 ke 36 minggu, biasanya doktor akan suggest untuk tahan kita kat wad dan mungkin akan di induce. Lebih selamat untuk melahirkan baby yg awal beberapa minggu daripada mendapat risiko terkena jangkitan kuman.

Tapi kalau kehamilan tu belum masuk 34 minggu, maka makin seriusla masalahnya. Kalau takde tanda2 jangkitan kuman, maka doktor akan cuba untuk hold off kelahiran baby tu dan bagi kita rehat secukupnya. Bed rest gitu.

Dan masa ni la kita akan kena inject sket untuk matangkan paru2 baby dan kita akan diberikan antibiotik untuk prevent jangkitan kuman.

Mak buyung dah merasa dah ni dulu. Kena cucuk dexa untuk matangkan paru2 baby. Dah la kena abiskan dos. 2 malam jugakla kat spital. Tu yg bila dah masuk ari kedua tu bila doktor tanya ada lagi tak rasa air meleleh keluar, saya cakap takde. Padahal dah pakai pad. Keh keh. Jangan ikut saya ok. =P

Antara punca sarung ketuban ni bocor dan ketuban pecah awal pulak adalah :
  • Jangkitan bakteria, kecederaan atau trauma atau defect pada sarung ketuban. Kalau tak takkan la sarung ketuban boleh bocor. Ye tak?
  • Stress dan masalah psikologi pon mungkin boleh menyebabkan sarung ketuban bocor.
  • Poor eating & drinking. Makan nak sedap2 je tapi letak tepi berkhasiat atau tak. Tak mo ok!

Dan kalau nak tau, kebocoran sarung ketuban boleh menyebabkan jangkitan pada fetus dalam masa 24jam selepas kebocoran. Dan kalau berlaku pada awal kehamilan, boleh menyekat perkembangan fetus dan akhirnya menyebabkan keguguran. Nauzubillahi min zalik. Semoga kita dijauhkan daripada masalah ni.

Sebab tu la semalam baca pasal kebocoran sarung ketuban ni, maka terlintas plak fakta yg mengatakan Vitamin C membantu untuk menguatkan sarung ketuban.

Macam mana Vitamin C boleh membantu menguatkan sarung ketuban kita?
  • Vitamin C kan merangsang penghasilan kolagen, which is a tough fiber dalam sarung ketuban kita. So bila kita ambik Vitamin C maka kita dapat rangsang penghasilan kolagen. Baru la sarung ketuban kita jadi kental gitu. Hehe.
  • Secara teorinya, bila kita ambil Vitamin C, Vitamin C akan menyokong perkembangan kolagen yg lebih sihat dan kuat dalam sarung ketuban tu. Maka dalam masa yg sama insya Allah akan membantu menghalang kebocoran atau koyakan awal pada sarung ketuban tu.
  • Jangkitan kuman walaupon minor, boleh menyebabkan sarung ketuban jadi lemah dan akhirnya mudah bocor dan koyak. Vitamin C hanyalah vitamin tapi pengambilan Vitamin C memang sangat diperlukan sebagai sokongan untuk interferon, antibodi dan sel darah putih melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Bekalan Vitamin C yg mencukupi akan menguatkan sistem imun kita secara tak langsung.

Berapa banyak yg perlu kita ambil?

Yg direkemen adalah minimum 100mg Vitamin C pada setiap hari. Boleh bermula seawal 20 minggu kehamilan dan makan sampai kita bersalin. Itu minimumla. Take note yg Vitamin C ni adalah vitamin larut air. Maka kalau kita ambil lebih sekali pon, yg berlebihan tu takkan disimpan dalam hati dan akan keluar melalui urin. Dan take note jugak yg Vitamin C ni sangat mudah untuk musnah. Kalau kita ambil 1000mg sehari pon bukan 1000mg tu diserap oleh badan kita. Digalakkan untuk amik kerap sebab Vitamin C ni cepat musnah dan takkan dapat disimpan dalam badan.

Sebab tu jugak la bezanya Vitamin C Shaklee sebab ada formula SUSTAINED RELEASE. Dilepaskan secara perlahan2 100mg setiap jam. So tak risau. Bekalan Vitamin C akan sentiasa ada dalam badan kita. Wow!



Apa yang kita kena buat kalau sarung ketuban bocor awal dan air ketuban mula keluar?

  • Teruskan makan dengan sihat. Sebab kita perlukan tenaga nanti untuk melahirkan anak. Kadang2 walaupon dah pecah ketuban, kita akan amik masa jugak. Kadang2 sampai 24 jam baru la dapat lahirkan baby. So pastikan badan kita bertenaga.
  • Bersihkan toilet tiap kali nak guna. Jangan gunakan public toilet. Dan kalau boleh get someone else bersihkan toilet kita. Ingat, lepas je ketuban pecah, kita dan baby akan terdedah kepada jangkitan kuman. So kena ada extra caution kat sini.
  • Basuh tangan dengan kerap. Lebih2 lagi kalau keluar daripada toilet.
  • Mandi dengan kerap.
  • Keep hydrated. So minumla dengan cukup.
  • Kerap kencing.
  • Tukar pad dengan kerap.
  • Makan Vitamin C dengan kerap. Cuma pastikan jangan lebih 2gm dalam masa 24 jam. 

See. Antara tips yg diberikan adalah ambil Vitamin C setiap beberapa jam untuk menghalang infection. Dah la Shaklee punye Vitamin C jenis Sustained Release. Sebutir 1000mg. Ambik 2 biji dah cukup untuk sehari. Hehe.

Ada juga yg kata tak salah ambil 500mg ke 1000mg Vitamin C 2 kali sehari sebaik sahaja air ketuban dah pecah untuk halang jangkitan kuman. Insya Allah tak overdose pon sebab Vitamin C senang musnah kan.

Alang2 dah ada promo, jom la join promo Vitamin C ni. Lebih2 lagi ibu hamil. Boleh kita pastikan sarung ketuban kita kuat dan Insya Allah pecah bila baby kita dah betul2 matang. Jangan terlampau awal sebab risau dengan risiko kelahiran pramatang ni. 

Cegah kan lebih bagus?

As for me, Alhamdulillah. Dah selamat masuk ke minggu 37. Kalau dulu dah start pantang dah ni. Hehe. Alhamdulillah. Kalau esok lusa nak bersalin pon takde hal. Sebab kali ni full term baby Insya Allah. Baby Shaklee katakan. =)



Promo Vitamin C beli 6 Free 1. Beli 2 dapat off 5% sedang berlangsung bulan ni. Jangan lepaskan peluang ok.

PM/Call/SMS 018.375.1884.

WhatsApp 016.331.4797.




Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID: 918265


5 comments:

  1. ooo..baru tau.. mine 41weeks pon ketuban x pecah2.. sobbss sobbs.. doc jugk kena pecahkan..adehh.. btw, terlbih vitamin c ke apa? neway good sharing.. mana laah tau kan next baby lain plak ragamnye.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan kajian, 1 daripada 10 orang je yg ketuban pecah ni. 9 orang lagi tu doktor yg pecahkan masa nak bersalin. Hehe. Tapi ok la kan 41 weeks. Asalkan sihat. Kalau awal sangat nanti banyak beno hal kat spital. Esok nak tulis entri pasal overdue plak la. Hehe. Thanks for the idea. Semua anak lain2 ragamnya. Macam Zidane dulu 34 weeks dah start leaking. Huhu. Skang dah masuk 37 weeks. Kira ok la. =)

      Delete
  2. Info yang bagus untuk ibu hamil. Terutama pada yang hamil anak sulung, sebab belum ada pengalaman lagi kan..

    Menyusu dan Cara Jana Pendapatan Dengan Shaklee

    ReplyDelete
  3. Info yang menarik.. terima kasih ya..

    ReplyDelete
  4. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Keguguran

    ReplyDelete