Sunday, 7 December 2014

Dobi layan diri di Dobi Papa

Assalamualaikum  semua! 

Hari ni nak share pasal servis dobi layan diri kat Dobi Papa. Kebetulan arini ke Shah Alam. Memang aim nak pegi mendobi sekali. Hehe. Maklumla. Dah tak larat nak mendobi. Dulu ada washing machine. Tapi masa kat rumah lama tu mesin basuh terdedah je kat luar rumah. At last rosak terus. Huhu. So masa pindah aritu tinggalkan aje kat rumah lama. 

Kalau ikutkan dobi layan diri ni lagi murah compared to hantar ke kedai dobi. Mana tidaknya. Kalau hantar ke kedai dobi dah tentu melayang 20 hinggit lebih. Ye la. Mestila diorg caj lebih sebab kena lipat sekali kan. 

Tak macam dobi layan diri ni. Dari mencuci sampai melipat kita buat sendiri. Alaa. Bukan big deal sangat pon. Takat melipat tu dah biasa. Even kalau anta ke kedai dobi biasa, walau dah berlipat bila nak masukkan ke dalam almari mesti la nak betulkan lipatan jugak. Hehe.

Yg bestnye kedai dobi papa ni bukan sebab murah je. Detergent pon disediakan free. Tapi saya takde pengalaman dengan kedai dobi layan diri yg lain. Tak tau la yg lain camna kan. Dan lokasi kedai dobi ni dekat dgn surau. Bolehla nak solat sementara tunggu baju siap. Dan lagi satu, kedai dobi ni 24 hours beroperasi. Ada tempat tukar syiling. Memang takde masalah la. 

Harga macam mana? 

10kg RM5.50 kalau guna air sejuk biasa. Kalau air panas ke lain harganya. Kalau 14kg baru RM6.50. Yg paling besar 27kg. Baru RM11.50. Kalau kedai dobi biasa RM3.50 sekilo ok. Cer kira kalau baju bertimbun sampai 10kg. Hehe. 

Last time guna dobi layan diri kat UIA je. Masa belajar dulu je. Tu pon kongsi dengan roommate. Punye la jimat. Haha. Siap kongsi sabun dengan softlan lagi masa tu. Bila ingat balik memang kelako. Haha. 

Jom tengok gamba kat dobi papa tu k! 


Yg ni 10kg punye. Disebabkan kitorang 1st time try tak perasan langsung ada stated kat situ 10kg atau 14kg. Pakai letak je. Rupanya masuk mesin 14kg. Kah kah. 


Ada kerusi urut. RM1 utk 3 minit. Jadi la melepas teringin. Mak buyung tak heran sebab lepas ni dapat mengurut lepas bersalin. Haha. 


Ada vending machine kot2 la dahaga nak minum air. Zidane panggil air jatuh. Haha. 



Yg ni dryer. Lepas cuci guna dryer plak. Minimum RM4.00. Pastu boleh tambah RM0.50 untuk setiap 3 minit. Ye la. Mana tau kot2 kain tak kering lagi kan. 


Ni harga untuk mesin basuh. Yg dryer tak sempat snap. Dah lenguh sakit pinggang. Haha. 


Ada cara2 nak guna dryer. Senang je. Semudah ABC. 


Yg ni plak cara nak guna washer. Basically sama je 10kg dgn 14kg.

Sebenarnya ada je branch kat sg buloh. Lepas ni boleh la try mendobi kat sana. Tapi macam saya cakap tadi. Dah lajak ke shah alam. Kita pegi je la dobi memana pon. 

Kalau ada kedai dobi camni masyuk la kan. Takyah guna manpower pon. Sebab semua self service. Prospek bagus ni. Mana tau kot ada rezeki nanti boleh la bukak sebijik camni. Hehe. Buat kat area yg ramai student atau tempat yg bz. Demand lebih sket. Hehe. 

Ok, itu je la kot utk arini. Esok kita jumpe lagi k. 

Macam kena rehat lebih arini. Semalam rasa macam serba tak kena je tido. Kiri lenguh kanan pon lenguh. Arini pon perut macam mengeras je. Huhu. Semoga adik Zidane keluar pada waktu yg sesuai. Hehe. 

Ok, jumpe esok naa. 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID 918265 

2 comments:

  1. Free detergent tak semestinya berbaloi. Kuantiti tak boleh kawal, jenis atau perisa tak dapat pilih sesuka hati. Yang paling concern, free detergent disalur dari tong besar, dipakai sama sama ramai dalam masa berpanjangan, tentu tak segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya berbaloi. Tapi bergantung pada orang la. In fact saya masih tambah softener dan detergent sendiri. Biasa la. Kalau tak berbuih tak rasa bersih. Padahal org dulu sabun cap kapak je. Hehe.

      Delete