Monday, 15 December 2014

Cara atasi rengat selepas bersalin

Assalamualaikum semua!


Mak buyung membilang hari ni. Hehe. Sambil melayan kontraksi palsu yg kadang2 datang kadang2 pergi. Penat. Nak membuyung dengan baby berusia 39 minggu dalam perut minggu ni memang quite challenging.  Nak marah pon tak boleh. Kena percaya setiap aturan Allah itu indah. Dan Allah sahaja yg tau bila masa yg sesuai untuk saya melahirkan. Yg penting, Alhamdulillah, saya masih di sini. Menghirup udara, bernafas dan boleh terus berentri. Insya Allah.

Hari ni tetiba come across cerita pasal RENGAT. Sebab ada member yg isterinya alami rengat lepas bersalin. Teringat dulu lepas bersalinkan Zidane, kat spital Ipoh, ada akak katil depan tu alami rengat. Kesian tengok. Macam sakit semacam je. Huhu.

Apa RENGAT ni?



Rengat ni sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction tu. Sakit ni terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Dalam bahasa omputih pulak adalah after birth contractions atau pon after pains. Memang rengat ni terjadi lepas kita melahirkan anak tak kira la anak ke berapa. Sebab kalau nak jadi memang tetiba je jadinya.

Diikutkan, rengat ni bukanlah satu masalah serius dan berbahaya. Sebabnya kalau diikutkan logik pon rahim kita dah menghabiskan masa selama 9 bulan untuk membesar. Lebih kurang 25 kali lebih besar daripada saiz asal. Dan sebenarnya rengat ni membantu rahim kita untuk mengecut kembali dalam masa 4 ke 6 minggu selepas melahirkan. 

Jangan risau. Ada cara untuk hilangkan rasa rengat ni. Insya Allah boleh lega. Takkan la kita nak tahan sakit sampai 6 minggu ye tak? Biasanya rengat akan mula pada 24 jam ke 48 jam yg pertama selepas kita melahirkan. 

Walaupon rengat ni bukanlah sesuatu perkara yg perlu dirisaukan tapi, rengat boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Yes. Discomfort & pain. Dah la nak menjaga luka bersalin. Kena rengat pulak. Anak kuning lagi. Stress kan? Lagi2 1st time mommies. Huhu.

Rileks. Rileks. Jangan terlalu risau. Deal dengan masalah satu persatu. Tarik nafas, lepaskan perlahan2 dan percaya yg semua ni akan berlalu. Cuma ambil masa. Positif ok!

Biasanya ibu kali pertama maybe tak perasan rengat ni. Melainkan kalau dari 1st baby sampai la anak yg lain rengat ni dah menjadi perkara biasa. Tapi untuk ibu2 yg sebelum ni tak pernah kena rengat, maybe boleh bezakan rengat ni. Ni saya takut. Sebab sebelum ni masa time Zidane tak kena rengat. Alhamdulillah.

Ada orang cakap yg rengat akan terjadi after each subsequent baby. Maksudnya risiko untuk diserang rengat untuk anak kedua dan berikutnya adalah lebih tinggi berbanding 1st time mommies. Tapi takdela report yg mensahihkan berita ni. Cuma cakap2 orang je.

Ada jugak yg cakap rengat terjadi disebabkan ada darah beku yg tertinggal dalam rahim. Wallahu a'lam. 

Antara tips yg dikongsikan dalam kebanyakan artikel berkaitan dengan rengat dan after pains ni termasuklah :
  • Cuba kencing dengan kerap. Sebab punci kencing yg penuh akan mengambil ruang rahim. Sebab tu la rengat boleh terjadi. In fact bukan takat sakit je. Pendarahan pon boleh jadi lebih teruk lagi.
  • Baring meniarap dan letakkan bantal pada bahagian bawah abdomen. Tapi kalau c section camni nak baring meniarap. Huhu.
  • Kebanyakan hospital akan bagi painkillers untuk kita tahan rasa sakit yg datang selepas melahirkan ni. Kalau rasa sakit tu muncul seminggu lepas bersalin atau sakit menjadi2, refer dengan doktor cepat sebab risau ada jangkitan kuman. Pada saya, penggunaan painkillers ni elokla dijadikan sebagai resolusi terakhir.
  • Gunakan warm packs. Kalau orang melayu kita prefer bertungku kot kan. Sekarang ni banyak jenis tungku dah. Kalau takde batu sungai boleh guna tungku besi, tungku herba, tungku tanah liat. Macam2 ada. Bila letak tungku atas perut dapat la mengurangkan kesakitan dan mengeluarkan saki baki darah beku yg ada dalam rahim tu.
  • Berurut pon dapat melegakan rengat ni. Kalau tak rengat pon memang urutan la cara paling sesuai dan best untuk legakan sakit2 badan lepas melahirkan. Bestnya kena urut. Hehe.
  • Sapukan minyak panas. Ni pon salah satu cara untuk melegakan rengat dan sakit2 badan lepas bersalin. Lagi2 kalau pakai minyak panas. Memang lega la. 

Itu antara cara nak atasi rengat lepas bersalin yg banyak dikongsi dalam internet. Dan saya percaya memang itu jugakla mak2 kita dari dulu lagi syorkan. Sebab tu la org lepas bersalin kena berurut. Kena bertungku. Kan?

Untuk ibu2 yg bercadang nak susukan anak lepas bersalin, mesti akan rasa rengat ni lagi menjadi2 bila kita menyusukan anak sebab rahim kita masih sensitif dengan hormon oxytocin yg dilepaskan masa menyusukan anak. Jangan putus asa disebabkan sakit sementara tu ok!

Dan lagi satu, bagi yg tak pernah rasa rengat tu bersyukur aje lah. Tak bermakna kalau tak kena rengat maknanya rahim kita tak mengecut. Not every mother feels them. Insan terpilih je tau! Maknanya orang2 yg tahan sakit je terpilih. Hehe.

Dah pilih set bersalin tak?

Kalau belum meh roger saya. Boleh rujuk set bersalin Shaklee ok!

Nak beli vitamin C dan E dengan harga promo?

Nak dapatkan 3 kotak Collagen dan dapat free sekotak lagi?

PM/Call/SMS 018.375.1884
WhatsApp 016.331.4797


Jumpe esok ok!



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!
Shaklee ID : 918265


4 comments:

  1. sy mula rs rengat untuk anak ketiga n sekarang ke empat

    ReplyDelete
  2. sy mula rs rengat untuk anak ketiga n sekarang ke empat

    ReplyDelete
  3. Saya rasa rengat malam kelmarin.. (baru 6 hari bersalin ) * sakitnya jgn kiralah seperti nak bersalin balik..sekejap tadi jam 3.00 pagi (Rabu.setelah seminggu bersalin) keluar ketulan darah beku yg besar. Alhamdulillah mujur keluar sisa darah beku. Rengat memang sakit.

    ReplyDelete
  4. sy pun pernah kena rengat slps shj melahirkan anak kedua..dan skrg menunggu kelahiran anak ketiga.. takut juga nnt kena rengat lagi..mmg sakitnya mcm contraction.lbh kurang dua minggu jugalah sakitnya.

    ReplyDelete