Sunday, 28 December 2014

Bidan itu kerjanya mulia

Assalamualaikum semua! 

Hari ni nak cerita sikit pasal kerja bidan ni. Kalau sebut pasal bidan mesti orang dok ingat bidan yg ada kat kampung. Ye tak? 

Tapi sebenarnya, bidan ni dah jadi satu profesyen kat hospital. Kenapa saya cakap bidan ni kerjanya mulia? Meh saya share sket cerita saya. 

Sepanjang berada di pregnancy assessment centre lebih daripada 24 jam, banyak kes kelahiran yg saya dengar. Kenapa dengar? Sebab tiap kali ada je yg nak bersalin, maka akan terdengarla riuhnya bidan2 yg menyambut kelahiran tu bagi kata2 semangat yg tak putus2. Betul. Riuh betul. Lebih2 lagi kalau kes yg patient tu jenis tak nak dengar cakap atau yg tak reti ikut instruction yg diberikan. 

Instruction apa plak ni? Haa. Instruction nak bersalin la. Hehe. Sebab nak keluarkan anak bukan semudah bersin. Bersin je terus keluar. Tak ye. Ada caranya. Dan bila kita kat atas katil dalam labor room tu mak bidan la yg akan bgtau macam mana. Contohnya cara meneran. Memang kita dok baca sepanjang pregnancy cara meneran yg betul. Kita dok baca cara pernafasan yg betul supaya kontraksi tu boleh dikontrol. Tapi realitinya bila dah ada atas katil dalam labor room, apa yg kita baca boleh hilang dan lenyap sekelip mata. Walau kita ajar suami supaya mengingatkan kita cara yg betul, realitinya suami akan dipanggil bila dilatation dah 8cm. Dalam sesetengah kes kadang2 suami pon tak sempat nak tengok isteri melahirkan. Betul. 

Kat sini la fungsi bidan yg sambut kelahiran anak kita tu. Mengingatkan cara yg betul untuk melahirkan anak. :) 

Aritu masa dok menunggu tu ada jugak la 2 ke 3 kes yg patient tak denga cakap. Sampai kena panggil medical officer plak. Dengarla diorang marah2. Marah2 demi keselamatan u olls. Bukan saje2.

Masa saya lahirkan Durrah memang suami takde kat sisi. Sebab suami sibuk uruskan Zidane. Mujur suami ada nak iqamatkan anak. Hehe. Lambat takpe. Asalkan ada. 

Dan masa dah setel melahirkan Durrah, saya ada la sembang2 dengan 2 orang bidan tu. Sorang bidan memang dah lama. Sorang lg tu bidan pelatih dari Hospital Serdang. Kata diorang, bukannya saje2 diorang bising kalau dalam labor room ni. Lebih2 lagi kalau berhadapan dengan org yg tak reti meneran atau tak reti ikut arahan yg diberikan. Sebabnya diorang berdepan dengan kerja berat.  Nak menyelamatkan 2 nyawa. Nyawa ibu dengan anak sekaligus. Lepas tu memang terus pikir. Betul jugak. Ingat saje2 marah2 riuh2  dalam labor room ke? Takde maknanya. Memang berterima kasih sangat dengan diorg sebab Allah hantar diorang untuk mudahkan urusan saya. Alhamdulillah. 

Sepanjang proses kelahiran tu memang diorang tak putus2 bagi semangat. Al maklumlah. Menerankan Durrah yg beratnya 3.63kg bukannya mudah. Dibandingkan dengan Zidane memang jauh beza. Hehe. In fact bidan yg senior ni izinkan saya meneran ikut suka hati sendiri. Kah kah. Kan org cakap kalau meneran macam ni macam tu boleh kena jahit banyak la apa la. Mak bidan yg uruskan saya tu bg kebebasan pada saya. Hehe. Dan Alhamdulillah dengan bantuan diorang lancar je proses melahirkan, menjahit dan semua sekali la. Dan kalau dengar cerita bidan pelatih ni sepanjang dia uruskan kes kat labor room,  ada 3 kes yg baby keluar tak menangis dan kena buat cpr bagai. Durrah pon keluar terkebil2 je tak menangis. Hehe. Cuma tak kena cpr aje la. 

Lepas ni kan, kalau la dah nak bersalin tu nak siapkan thank you card siap2 la. Bagi kat bidan yg menyambut tu.Dulu masa lahirkan Zidane takde terpikir. La ni baru terpikir. Hehe. 

Utk 2 orang bidan yg sambut kelahiran Durrah Adnin Zidane, saya ucapkan terima kasih banyak sebab berjaya menyelamatkan nyawa saya dan Durrah. Allah sahaja yg dapat membalasnya. 

Bidan yg uruskan kami hari tu namanya Norazizah &  Nur Fiza Ja'far. Terima kasih banyak ye! 

Jumpe esok ok! 

Jangan lupa doakan sahabat2 di Pantai Timur sama ye. :) 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane 
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 
Shaklee ID: 918265 


No comments:

Post a Comment