Thursday, 20 November 2014

Warkah untuk anak =)





Muslim Wajdi Zidane anak ibu,

Hari ni 35 minggu ibu mengandungkan adik Zidane. Perut ibu dah mencecah ke stereng kereta. Sampaikan bila ibu nak libas stereng pon dah tak selesa. Belakang ibu sakit2. Bila ibu merungut ibu sakit belakang, Zidane lari2 anak mengurut belakang ibu.

Kemudian Zidane tanya : "Ibu sakit ke?" "Ibu sedap ke?". Zidane yang menyuap ibu makan bila mana Zidane pandang ayah suapkan ibu nasi bila ibu hantarkan makanan pada Zidane dan ayah pada waktu lunch. 

Zidane anak sulung ibu. 

34 minggu ibu hamilkan Zidane, ibu pendarahan. Ibu dicucuk inferon sebanyak 8 kali suntikan. Salah ibu jugak sebab tak ambil diet seimbang dalam pemakanan. Ibu yg menerima suntikan dexa dek kerana Zidane yang dah tak sabar2 nak keluar melihat dunia yg penuh dengan ujian. 

Zidane ajar ibu macam2. Zidane ajar ibu tentang kehidupan. Sebab Zidane jugakla ibu kuat hadapi cabaran. Bila ibu sedih, Zidane la yg berikan senyuman. Ibu jaga Zidane baik2 dari hari pertama Zidane disahkan hadir temankan ibu dalam rahim ibu. Sehinggalah Zidane lahir dan kemudian belajar memberikan senyuman. Zidane belajar meniarap, merangkak, berjalan, berlari, bercakap. Semuanya di hadapan mata ibu. Tidak pernah satu malam pon setakat hari ini ibu tinggalkan Zidane. Biarlah ibu bersusah payah, berjaga malam, bersengkang mata menyusukan Zidane. Sebab ibu tak pernah lelah.

Ibu jaga Zidane kerana Zidane adalah amanah. Ibu jaga Zidane kerana Allah. Sungguh. Kerana Allah. Dan hanya kepada Allah ibu bergantung sepenuhnya. 





Durrah Adnin Zidane puteri ibu,

Hari ni, 35 minggu Durrah dalam kandungan ibu. Dan entah bila, mungkin esok lusa, mungkin minggu depan, mungkin 2 minggu lagi atau mungkin 5 minggu lagi Durrah akan ibu lahirkan. Semoga ibu dapat lahirkan Durrah dengan mudah.

Durrah mutiara ibu.

Hampir 35 minggu jantung Durrah berdegup di dalam rahim ibu. Ibu minum air gula dek kerana berat naik mendadak. Padahal penimbang kat Klinik Kesihatan yg tersalah congak. Badan ibu sakit semuanya. Mujur ada abang Zidane dan ayah yg sudi jadi tukang urut menghilangkan sengal2 badan ibu. 

Hampir 9 bulan Durrah membesar dalam perut ibu tanpa ayah temankan ibu. Ibu pergi check up sendiri. Ibu jaga abang Zidane sendiri. Ibu kemas rumah sendiri. Ibu gagahkan membasuh baju dengan tangan saat Durrah sudah 8 bulan dalam kandungan. Sebab itu pesan ibu, Durrah kena kuat seperti ibu. Bergantunglah dengan DIA. Sebab yg memberikan kekuatan itu adalah DIA. =)

Lama ibu tunggu Durrah. Ibu nak tunjukkan Durrah pada abang Zidane dan ayah. Semoga Durrah keluar dengan mudah. Insya Allah.


Anak-anak ibu,

Ibu tak nak coret surat cinta panjang2. Bakat menulis ibu sudah hilang setelah sekian lama ibu tak mengarang. Tapi ibu cuma nak anak2 ibu tahu, ibu dan ayah mahu anak2 kami membesar bermatlamatkan akhirat. Ibu dan ayah akan didik selagi mampu dan selagi ada ilmunya. Kalau ada khilaf daripada ibu dan ayah, maka jangan malu. Tegurlah kami. Maka kami akan terima. 

Mungkin ayah dan ibu takkan dapat berikan apa yg anak2 mahu. Tapi percayalah, semua yg kami lakukan adalah untuk kebaikan anak2 juga. Jangan menangis kalau ibu dan ayah kejutkan subuh. Jangan marah kalau ibu dan ayah rotan kalau tak solat. Jangan benci kalau ibu dan ayah denda kalau tak mengaji.

Sebab ibu dan ayah nak anak2 kami bersama2 kami di dalam Syurga. Itu tempat yg abadi.


Anak-anak ibu,

Walaupon bukan ayah yg hamilkan kalian, walaupon ayah tak melahirkan kalian, walaupon ayah tak menyusukan kalian, tapi darah ayah mengalir dalam darah kalian. Suara ayahlah yg mengazankan dan dari kerja keras ayahlah setiap suapan yg diberikan. Pelukan ayah mungkin tak sehangat pelukan ibu, tapi kasih sayang ayah dan cintanya tetap sama sepertimana kasihnya ayah pada ibu.

Cinta ayah pada kalian sama besarnya seperti cinta ibu. Sayangilah dan hormatilah ayah sebab ibu adalah kekasihnya. Ibu tulang rusuk nya.

Ini pengakuan ibu. Ibu besarkan kalian kerana Allah. Dan kepada Allah ibu serahkan masa depan kalian dan masa depan ayah dan ibu. Ibu ikhlas. Sebab ibu tahu, kalian pon tidak meminta untuk dilahirkan. Kalian adalah bukti cinta ayah dan ibu. 

Semoga anak2 ibu menjadi anak2 yg baik. Menarik tangan ibu dan ayah ke Syurga. Dan menjadi saham kami di akhirat sana. Sungguh. Kalau kami gagal mendidik anak2 menjadi manusia, maka itulah kegagalan sebenarnya. Dan ibu ayah memikul tanggungjawab sepenuhnya di hadapan Allah seandainya kami gagal. Tiada orang lain yg dipersalahkan dan tiada seorang pon yg boleh menentukan nasib kalian selain Allah. 

Muslim Wajdi Zidane, Durrah Adnin Zidane.

I have carried u in my womb for 9 months,
I will carry both of you in my arms for years to come,
And I will carry u in my heart till the day I die.

Muslim Wajdi Zidane, Durrah Adnin Zidane,

Ibu sayang kalian. =)







3 comments:

  1. Sedihnya baca surat untuk dua2 zidane nie huhu... semoga kalian menjadi anak2 yg soleh dan solehah yer.. ibu kalian banyak berkorban untuk membesarkan kalian berdua.

    ReplyDelete
  2. Terharu baca. Saya pun seorang mama. And planning on second baby. Aunt doakan zidane dan durrah bakal menjadi pejuang agama sayang :)

    ReplyDelete