Friday, 7 November 2014

Trimester ke tiga : Do's & Don'ts

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat! 

Macam biasa. Jumaat adalah hari yg dinanti2kan oleh semua orang. Termasuklah saya. Hehe. Sebab weekend boleh la bangun lambat sket. Tak payah rush nak punch card kat opis walau pon opis sekangkang kera kan. Memang semua orang suke la kalau tiba hari Jumaat ni. 

Ape pon, sebelum kita bercuti selama 2 hari, macam biasa la. Blog saya takde cuti. Tak boleh cuti nak oi. Kang bila cuti rasa malas manjang. Hehe. So arini nak cerita pasal do's and dont's bila kita dah masuk trimester ketiga ni.

Berdebar2 kan? Lagi2 kalau 1st time parents. Mesti excited nak jumpe si kecik yg dah dibakar dalam perut ni selama hampir 9 bulan. Dah macam oven. Tunggu masa je nak keluar. =)

Jom cekidaut apa yg kita boleh buat dan apa yg kita tak digalakkan buat bila dah masuk 3rd trimester ni. Jom!




Do

  • Tidur dalam keadaan mengiring dan disendal dengan bantal. Memang betul time2 trimester terakhir ni lah kita bukan sekadar nakkan tidur yg berkualiti. Posisi kita tido sebenarnya memainkan peranan yg penting untuk memastikan anak dalam kandungan kita tu ok ke tidak. Takutla terhimpit ke atau takutla cara kita tidur tu memudaratkan anak mahupon diri sendiri. Sebab tu ramai yg suka tido mengiring bersendalkan bantal dan ada jugak yg letakkan bantal di celah kaki masa trimester ketiga ni. Bila dah tido gitu, bukan sahaja kita rasa selesa, in fact selamat untuk baby jugak. Dan menurut pakar, kalau kita biasa tido mengiring, sebenanrnya bagus untuk aliran darah ke plasenta. Memang selesa pon tido mengiring. Cubalah!
  • Buat persiapan untuk menyusukan anak. Sesetengah gynae akan mintak ibu2 yg dah masuk trimester ketiga ni untuk menyediakan diri kita untuk penyusuan nanti. Ada sesetengah gynae dah mintak patient untuk massage puting untuk merangsang penyusuan dan untuk mengurangkan risiko sakit nanti. 1st time mommies especially. Mesti rasa malu dan gabra nak susukan anak. Jangan risau! Enjoy aje. Dan untuk kita2 yg ada anak yg masih menyusu macam saya, memang itu satu peluang terbaik untuk stimulate dan sebagai persediaan untuk breastfeeding baby nanti. Beruntung la saya! Hehe.
  • Boleh prepare dan chalk out birth plan yg kita pilih. Sesetengah orang akan ada birth plan yg diorang nak masa melahirkan anak nanti. Contohnya nak bersalin dengan cara apa etc etc. Buat secara komprehensif dan plan la dengan doktor kita. Biasanya doktor di private hospitals boleh la nak cakap pasal birth plan ni. Sebab doktor yg check up kita tu la yg most probably akan sambut baby kita. Doktor di hospital kerajaan takde ok. Janganla dibebankan diorang. Hehe. Penting untuk ibu2 yg hamil di trimester 3 ni untuk tau certain things sebelum bersalin. Tanyalah gynae kita tu macam2 sekarang. Daripada macam mana kita nak tau sakit bersalin tu adalah sakit yg btol ataupon tidak dan jenis2 delivery sampaila kepada barang2 yg nak dibawak ke hospital. Penting ni tau!
  • Start buat list nama. Ye lah, mana la tau masa tengah cemas nak bersalin tu kita tak tau nak kontek siapa. Lagi2 kalau macam saya ni haa. Suami bukan ada depan mata. Kena la siap2 bagitau dengan member ke jiran ke. Just in case. Tapi tiap ari doa supaya ayahnya sempat sambut kelahiran dia nanti. Hehe. Insya Allah.

DON'T
  • Jangan tidur terlentang. Sebabnya, bila dah masuk trimester ketiga ni berat perut kita ni akan menekan tulang belakang, usus dan salur darah kita. Bila tekanan diberikan, maka kemungkinan kita akan dapat sakit belakang dan pengaliran darah pon jadi tak lancar. Bila pengaliran darah tak lancar, takut bagi kesan pada baby. So hati2 ye. Jangan pakai tido ikut sedap kita je. =)
  • No spas please. Tak payah la gatal2 nak ke spa lagi. Kalau sebelum ni suka ke salon, cuba la berenti kejap. Dan mengikut kajian katanya urutan kaki boleh menyebabkan contraction dan boleh stimulate aktiviti baby. So takutla bersalin awal. 
  • Jangan bermalas2an sangat. Cubala bergerak sket. Jangan duduk diam je. Kalau yg bekerja jangan la duduk je sepanjang opis hour tu. Bawak2 la berjalan. Sebab kalau kita diam je kat kerusi, boleh menyebabkan kita sakit belakang dan cepat penat. Sekali sekala berdiri la. Bagi ruang pada baby dalam perut tu. Sebab kalau duduk je kita asyik tekan baby kan. Rasa sendat je kan.

Well, itu antara benda yg kita boleh buat dan tak boleh buat. Kena hati2 jugak la final trimester. Setiap trimester ada risiko nye yg tersendiri. Sebab tu kalau boleh jangan beri perhatian lebih pada certain trimester je. Ada jugak yg dah nak masuk 8 bulan pon kematian anak dalam kandungan. Sedih kan? Huhu. Sebab tu kena jaga diri ok!!

Dah boleh start makan virgin coconut oil bila masuk 34 minggu. Nanti next entri saya cerita pasal minyak kelapa dara ni ok!

Jangan lupa makan suplemen Shaklee. Hehe. Insya Allah bertenaga sepanjang hari!

Nak cuba boleh roger mak buyung ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!



2 comments:

  1. bagusnya akak.. dah siap ada list do and dont.. hehe.. didoakan smoga semuanya selamat..
    CARA MENGHILANGKAN BINTIK KOLESTROL DI BAWAH MATA

    ReplyDelete
  2. 3 Studies SHOW How Coconut Oil Kills Belly Fat.

    This means that you actually get rid of fat by consuming Coconut Fat (including coconut milk, coconut cream and coconut oil).

    These 3 researches from large medicinal magazines are sure to turn the conventional nutrition world around!

    ReplyDelete