Friday, 14 November 2014

Tips & Posisi ketika Meneran

Assalamualaikum semua!



Semalam saya dah cerita pasal fasa penting ketika bersalin kan? Ingat tak pada peringkat kedua ada fasa meneran? Haaa. So arini kita fokus pada tips dan cara meneran dengan betul. Bila boleh meneran dan macam mana posisi yg dikatakan betul. Sebab kalau salah timing atau salah posisi, takut luka boleh jadi lebih teruk. Jom sama2 belajar jom!

Banyak bloggers dalam blog masing2 yg menceritakan tips meneran yg hampir serupa. So saya simpulkan berdasarkan pembacaan saya ke atas semua entri tersebut. Hehe. Buat rumusan macam sekolah2 dulu memang pandai. =P

Bila boleh mula meneran?

Waktu mula meneran tu sebaik2nya bila bukaan serviks dah capai 10 cm. Bila kepala baby dah sampai ke dasar punggung. Kalau 7 cm ke 8 cm ke jangan la meneran lagi sebab takut luka di perineum tu jadi panjang. elok2 1st degree jadi 4th degree. Berjahit la plak sampai ke punggung. Huhu. So sabar ye. Dengar instruction daripada bidan atau pon doktor yg attend kita tu. Bila dia cakap dah dilate sepenuhnya barulah meneran. Jangan paksa anak tu keluar. Dia tau masa yg sesuai untuk keluar. =)

Nak tau apa dia luka perineum yg saya maksudkan tu? Tengok gamba ni. For education purpose ok.



Takut tak tengok 4th degree perineal tear tu? Sampai ke anus. Takut. Nak jaga pon jenuh. Huhu. 


Macam mana nak meneran?

Bercakap melalui pengalaman sebelum ni la kan. Sebenarnya benda ni semulajadi. Daripada tak tau kita jadi tau. Semua tu macam ilham je. Hehe. Memang la kita dok baca macam2 sebelum nak bersalin ni untuk tambahkan ilmu. Tapi when it comes to the real situation, sebenarnya badan kita dah pandai nak adjust camna. Cuma mungkin la ada yg kita belajar daripada pembacaan. Dan semua info tu memang sangat berguna. Misalnya masa meneran jangan angkat punggung untuk elakkan luka yg lebih panjang. Kalau tak baca kita tak tau. Tapi kalau baca, kita prepare diri kita. Dan tugas suami kalau temankan isteri, ingatkan la isteri kita. Just in case kalau dia terlupa kan. Sebab tu ilmu2 camni bukan untuk bakal ibu je. Bakal ayah pon kena ambik tahu. Sebab tu ada kelas antenatal. Hehe. 

Banyak plak membebel.

Macam mana nak meneran bila bukaan dah sampai 10 cm tadi?

Ok. Yg ni kena ingat betul2. Meneran ketika kontraksi berlaku. Kalau takde contraction, jangan teran. Contraction tu sebenarnya membantu kita untuk lebih mudah meneran sebab bila contraction berlaku, kita akan sekaligus menolak baby ke dasar punggung. Biasanya bidan atau doktor akan mintak kita tarik nafas panjang. Tarik nafas melalui mulut sebab lebih banyak oksigen boleh masuk ke dalam mulut berbanding hidung. Lepaskan perlahan sambil meneran. Pastikan punggung kita berada di atas katil. Jangan angkat punggung. Masa meneran tu dagu kita letakkan kat dada dan mata renungla ke arah perut. Lipat kaki sikit dan pegang buku lali kita. Itu la yg misi ajar dulu masa bersalinkan zidane. Semua fresh dalam ingatan ok. Hehe.

Nak mudahkan korang, saya letakkan dalam point cara nak meneran ni ok.
  • Angkat kepala, dagu letakkan di dada. 
  • Mata pandang ke perut.
  • Lipat kaki dan tangan pegang buku lali.
  • Meneran bila ada kontraksi. Kalau boleh jangan keluarkan suara, menjerit atau menangis sebab nanti kita akan jadi kurang bertenaga.
  • Elakkan daripada angkat punggung sebab kalau angkat luka dan koyakan akan jadi besar. Menjahit lama nanti tau. Hehe.
  • Tarik nafas dalam2 dan lepas perlahan2. Kalau nak tahan nafas macam kita buang air besar pon boleh. 
  • Teran sekuat yg boleh dan selama mana yg boleh bila ada kontraksi dan curi nafas dan sambung teran tiap kali kontraksi.
  • Bismillah dan Selawat jangan lupa ok!
Posisi terbaik ketika meneran

Macam saya cakap tadi, baring dan lipat kaki. Buka kedua kaki kita. Tangan pegang buku lali atau pegang peha dengan cara kita melingkarkan tangan kita ke bawah peha. Dulu masa misi suruh pegang buku lali saya terus cakap tak sampai. Haha. Padahal sampai jek. Gelabah je lebih. =P

Meneran boleh jugak dilakukan dengan cara mengiring. Tapi ape pon, ikut je apa yg bidan cakap. Jangan melawan. Hehe.


Kesilapan ketika meneran

Ada ke kesilapan masa meneran?

Dah tentu ada. Sebab tu ada sampai 4th degree perineal tear. Apa salahnya tu?

Ada yg meneran sebelum bukaan sempurna 10 cm. Kalau meneran cara camni boleh menyebabkan koyakan panjang. Dalam sesetengah kes boleh menyebabkan edema atau pembengkakan di mulut rahim. Akibatnya bila mulut rahim bengkak, lagi susah la untuk kita bersalin. So jangan lama2 sangat kat labor room ok!

Ada jugak yg silap meneran kat 'leher' atau pon 'muka'. Macam mana tu? Cuba try teran kat muka. Boleh rasa tense nye macam mana kan? Cara yg betul adalah meneran di perut ataupon di abdomen. Jangan teran di leher atau muka. Mata akan nampak merah lepas bersalin dan kadang2 disertai dengan kebutaan sementara sebab pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher. Bahaya tau!


Itu la dia tips dan cara meneran yg betul. 

Yang penting masa nak bersalin nanti kena bertenang. Rileks. Sebab kalau kalut nanti semua benda tak jadi. Hehe. Tawakkal aje lah. Dengan DIA je kita boleh bergantung. Insya Allah selamat semuanya.

Sakitnya bersalin hanya wanita yg tau. Dan sakit bersalin ni Allah tau hanya wanita aje yg boleh tanggung. Banyaknya pahala kita. Dan sebenarnya mudahnya kita nak masuk syurga. Tu tak campur lagi kita berjaga malam, menyusukan anak etc etc.

Badan manusia ni hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tapi semasa bersalin, ibu2 ni akan mengalami sehingga 57 Del yg bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Kuat kan kita? Hehe.

Nak bagi hadith ni untuk semua wanita yg ada. Nah!

Rasulullah SAW bersabda : "

Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yg sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah2 lainnya di jalan Allah. Dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yg dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah."

HR Thabrani dan Ibn Assakir

Gembiralah bila Allah bagi kita peluang menjadi seorang ibu!


Nanti kita jumpe lagi ok!

Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!



No comments:

Post a Comment