Wednesday, 12 November 2014

Tips atasi Stress Ketika Hamil

Assalamualaikum semua!

Arini saya pergi chechk up kat klinik lagi. Alhamdulillah. Hb normal. Naik la dari 9.9 ke 11. Haha. Saya memang jenis anemia masa pregnant. In fact dek kerana diet yg tak seimbang, sebab tak suka makan sayur, maka hb selalu atas pagar. Lagi2 kalau pregnant ni kan. Kalau time tak pregnant atas pagar time pregnant apatah lagi.

Bukan tak suka makan sayur hijau. Kadang2 malas dan rasa kalau takde sayur pon takpe. My bad. Haha. Mujur anak suka makan sayur. Kadang dikutipnya sayur. =P

Anyway la kan, bila misi bagi next date untuk check up dalam 2 minggu lagi, dia pesan, kalau bersalin call la klinik bagi tau. Wow. Bila misi dah cakap gitu, nampak sangat la yg den ni dah nak bersalin. Huhu. Takut, gabra, berdebar2. Semua ada. Hehe.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah.

Bercakap pasal stress masa hamil ni kan, izinkan saya untuk share sikit tips untuk elak stress masa hamil. Stress ni kan tak elok. Dah tu nak melalui 40 minggu ni bukan mudah. Apatah lagi kalau yg macam saya ni. PJJ. Semua kena handle sendiri. Dengan anak yg ada. Tapi satu je la. Jangan ingat keadaan kita ni dah teruk. Selalu compare dengan orang lain. Mungkin orang lain situasinya lagi hebat daripada kita. =)


Jom tengok 10 langkah positif untuk atasi tekanan masa hamil!


  • Adakan masa berehat. Kalau boleh untuk diri sendiri. In fact benda ni bagus untuk kita dan baby sama. Kalau kat tempat kerja, carilah ruang dan masa untuk kita rehat seketika. Masa lunch, dapatkan lunch yg sempurna. Pastu rehat la sebaik2nya. Cuba jangan buat kerja yg banyak. Atau paling tidak, minta bantuan orang. Kalau rasa letih, masuk tido awal. Jangan paksa diri. Badan kita dah cukup bekerja keras untuk membesarkan anak dalam kandungan. 
  • Berbincang. Sama ada dengan rakan terdekat, suami atau doktor yg merawat kita. Kalau kita rasa risau tentang baby dalam perut kita ni sihat ke tidak, nanti dilahirkan selamat ke tak atau sama ada kita mampu jadi ibu ayah yg bagus atau pon parenting skills, boleh la rujuk pada doktor dan suami. Bincang dan kongsi apa yg kita risaukan tu supaya at least kita rasa lega. Sembang dengan kawan2 yg mengandung jugak banyak membantu bagi aura positif pada kita. Boleh la nak pegi kelas antenatal kalau dirasakan perlu. =)
  • Makan dengan baik. Pemakanan yg baik bukan saja untuk badan tapi untuk minda kita. Diet sihat yg ada lemak omega 3, vitamin dan mineral boleh meningkatkan tahap keceriaan kita. Asid amino tryptophan boleh meningkatkan paras hormon melatonin dan serotonin dalam otak kita. Kedua2 hormon ni membantu kita tidur dengan baik dan bagi perasaan tenang kepada kita. Kalau nak tau, tryptophan didapati secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan termasuklah kacang dan bijian. Boleh la jadikan snacks. Rancang hidangan harian kita supaya kita boleh dapatkan nutrien yg kita perlukan pada setiap trimester. =)
  • Bersenam. Senaman memang akan meningkatkan keceraiaan kita. Siapa kata mengandung tak boleh bersenam? Selamat sebenarnya. Cuma janganlah buat aktiviti berat. Yg paling bagus adalah berenang. Kalau kita bekerja, bangun selalu dan berjalanla lagi2 kalau kita terikat pada waktu pejabat. Masa lunch tu, keluarlah untuk dapatkan udara segar walaupon hanya 10 minit.
  • Bersedia untuk kelahiran. Kalau rasa tak yakin boleh la join mana2 kelas antenatal. Sebab setengah orang ni terlampau nak tau sakit ke tidak bersalin ni. Macam mana nak tangani sakit tu etc etc. Hehe. Kalau kita akan lakukan czer atas sebab2 tertentu, bincanglah dengan pakar obstetrik tentang apa yg akan jadi masa pembedahan tu. Buat la pelan kelahiran supaya kita rasa lebih yakin dan mampu mengawal situasi. Nak amik epidural ke, nak bersalin secara semulajadi tanpa ubat tahan sakit ke, boleh la dibincangkan. Lebih2 lagi kalau hospital swasta kan. Kalau rajin, pegila melawat wad bersalin kat hospital yg kita plan nak bersalin tu. Amik feel kata orang. Hehe.
  • Bersedia untuk kehidupan berkeluarga. Lagi2 1st time mommies ni. Jangan risau sangat sebab parenting skills ni akan datang sendiri lepas anak kita lahir. Cuma kalau rajin, baca la banyak2 buku. Supaya kita boleh rasa konfiden. Bukan untuk bakal ibu je ni ye. Bakal ayah pon kena gali ilmu keibubapaan jugak. Lagi2 dunia moden skang ni. Bahaya. 
  • Strategi untuk berulang alik ke tempat kerja. Kebanyakan bakal ibu menjalankan kerja sampaila tarikh sebelum melahirkan. Macam saya, saya prefer untuk tidak cuti awal sebab rasa rugi dengan cuti yg ada. Memang betul travelling ni antara punca kita tertekan. Lebih2 lagi kalau yg tempuh jalan sesak atau yg jenis travel jauh. Kalau jenis macam tu, tidak dapat tidak kena la gerak awal supaya kita tak tempuh jalan yg sesak dan sampai awal. Kalau naik public transport pulak, pastikanla kita dapat tempat duduk. Jangan rasa malu untuk mintak tempat duduk sebab kebanyakan org cukup bersedia nak berikan kita tempat duduk. Cuma kadang2 biasala, kena diingatkan. Masa nak mintak tu, jangan lupa SENYUM. =)
  • Rancang kewangan kita. Bila ada orang baru dalam keluarga, maka bertambahlah perbelanjaan kita. Tapi jangan risau. Jangan stress. Sebab setiap anak ada rezekinya. Cuma kena la USAHA. Mana ada rezeki datang bergolek sendiri. Buatlah senarai barang2 yg diperlukan sahaja. Tentukan barang2 yg kita boleh pinjam daripada rakan2 atau keluarga. Bukan semua barang perlu dibeli. Jangan sampai membazir ok!
  • Cuba terapi tambahan. Urutan memang cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Mintak je bantuan suami. Tak perlu sampai ke massage centre. Sebab bukan semua orang pakar tentang mengurut ibu hamil ni. Sambil mengurut tu, berangan la benda2 yg seronok aje. Bukan kena bayar pon kan? =)
  • Manjakan diri. Banyakkan ketawa sebab ketawa merelakskan badan. Pergila jumpa kawan2, tonton wayang atau DVD dengan suami. Kalau mampu pergila bercuti di hujung minggu dan manfaatkan masa yg ada bersama2 dengan pasangan. Nanti dah ada anak in between susah sket tau! Hehe. Nak lagi best? Pergi buat manicure pedicure. Lagi2 bila perut dah membulat. Nak potong kuku pon susah tau!

Ok, itu dia cara nak elakkan tekanan masa sepanjang kehamilan. Jangan lupa, dalam kita melayan karenah diri sendiri dan memanjakan diri sendiri dengan tips yg ada, dekat2kan la diri dengan DIA. DIA la yg bagi ketenangan pada jiwa kita sebenarnya. =)

Bahagia tu tempatnya di hati. Duit banyak pon kadang2 ada yg tak bahagia. Kadang2 orang yg tak banyak duit tu lagi bahagia daripada kita. Sebab apa? Sebab dia kenal dengan PENCIPTA.

Ada satu kisah di zaman Nabi dulu, ada seorang sahabat makan buah yg masam. Tapi dia tak komplen pon malah dia senyum. Sebab apa? Sebab dia tak fikirkan buah yg masam tu, Dia fikirkan Pencipta buah yg masam tu. Wallahu A'lam. Sebab tu bahagia tu dalam hati, bila kita kenal Pencipta kita.

Ok la, tu dulu setakat ni. Malam kang kita jumpe lagi ok!

Diolah daripada sumber di Baby Centre


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!




4 comments:

  1. jangan stress2 akk.. moga dineri kekuatan oleh Allah.. moga dipermudahkan.. insyaAllah
    SIAPA YANG PERLU BERTINDAK DAHULU DI DALAM SOAL JODOH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak stress pon. Gabra je lebih. Hehe. Insya Allah mudah. =)

      Delete