Tuesday, 4 November 2014

Terlebih Tidur : Bahaya ke?

Assalamualaikum semua!

Dah jam 1.00 petang. Boleh hapdet blog sementara tunggu waktu solat Zuhur ni. Hehe. Arini nak share pasal keburukan terlebih tidur ni. Selalunya kalau benda yg terlebih terlebih ni memang tak elok kan. Sebab tu Islam ajar kita untuk bersederhana. Hehe. Tak abis2 mak buyung dengan wasatiyyah ni.


Siapa yg tak suka tidur kan? Saya suka. Sebab dengan tidur kita tak pikir masalah kejap. Tidur dapat merehatkan badan. Dulu pernah tak tidur sebab nak siapkan assignment. Tapi lepas je submit assignment. Tu dia. Tido tak hengat dunia. Hehe. Orang kalau tak tidur mula la rasa letih, tak bermaya untuk buat kerja. Ada pernah baca berita kat mana entah, ada yg sampai meninggal dunia sebab dah terlalu lama tak tidur. Buat kerja punye pasal. Huhu. Bahaya ooo kalau tak tidur. Individu yg kurang tido jugak boleh terjejas daya analisis dan kreativiti selain mengundang pelbagai penyakit.

Pun begitu, macam saya cakap tadi, waktu tidur kena ada limitnya. 6 ke 7 jam untuk orang dewasa dah memadai. Itu la masa yg betul2 berkualiti untuk kita manfaatkan untuk tidur. Waktu malam ok. Bukan tido siang malam berjaga. Lain la kalau ada keperluan macam kerja syif dan sebagainya.

Terlebih tido ni boleh mengundang risiko penyakit2 tertentu. Antaranya:

  • Diabetis : Ada kajian yg menunjukkan bahawa mereka yg gemar tido berlebihan ni cenderung mendapat penyakit kencing manis. Walaupon ada kajian mengatakan penyakit ni penyakit keturunan, tapi eloklah kita elakkan ye tak. 
  • Penyakit jantung : Sekiranya kita tidur lebih 8 jam sehari tiap hari, risiko untuk terkena penyakit jantung pastinya tinggi. Berdasarkan beberapa kajian, waktu tidur sekitar 9 hingga 12 jam sehari adalah faktor yg boleh meningkatkan terjadinya penyakit jantung ni.
  • Mudah Lupa : Tidur memang bagus untuk meningkatkan tahap ingatan kita. Tapi, tidur lebih daripada 8 hingga 9 jam sehari boleh meninggalkan kesan sebaliknya. Individu yg mengamalkan waktu tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel2 di bahagian otak.
  • Kemurungan : Rata2 pesakit yg cenderung menghadapi masalah kemurungan disebabkan tidur yg lebih lama daripada waktu yg sepatutnya. Mana taknya kan. Orang berjaga kita tdiur. Orang tidur kita berjaga. Hehe.
  • Sakit belakang : Tidur yg berlebihan berpotensi untuk kerap mendapat sakit di bahagian belakang. Dah kalau tidur je. Baring je. Mana tak sakit belakang. Ye tak? =P
  • Obesiti : Ketika kita tidur, metabolisme kita berjalan lebih lambat daripada kita berjaga. Dan kalau dilakukan secara berlebihan, kita akan jadi obes. Fakta ni. Sebabnya, individu yg tidur berlebihan berisiko sehingga 21% lebih tinggi untuk mendapat obesiti berbanding mereka yg tidur secara normal. Tak produktif memang la obes. =P
  • Kurang cantik : Waktu tidur yg berlebihan akan mencacatkan penampilan sekali gus mengurangkan seri wajah kita. No wonder kalau jaga lambat je ada je pompuan yg bising sebab takut tak berseri. Hehe.

BAGAIMANA NAK KAWAL TIDUR KITA?

Senang je sebenarnya.
  • Kurangkan minuman berkafein. Kalau nak boleh minum sebelum kul 7 malam supaya kita dapat pastikan kita tidur nyenyak pada waktu malam.
  • Berhenti merokok. Kurangkan jugak merokok selepas kul 7 malam sebab kandungan nikotin yg terdapat dalam rokok boleh mengaktifkan otak sekaligus membuatkan kita kembali segar dan tak mengantuk. Faham kan kenapa ramai lelaki pilih merokok untuk hilangkan mengantuk?
  • Kurangkan senaman di waktu malam. Badan akan jadi aktif dan hanya akan rasa letih lepas beberapa jam bermain. Sebab tu la tak digalakkan sangat bersenam di waktu malam. 

Apepon, kena tahu la kenapa Allah ciptakan siang dan malam. Gunakanlah siang dan malam dengan sebaiknya.

Siang untuk bekerja. malam untuk rehat. Dan boleh la beribadah sama 2/3 malam tu. Hehe. Allah dah ciptakan kitaran hidup kita macam tu. Kalau nak sihat mudah je. Ikut aturan hidup, makan minum yg berkhasiat pastu rehat secukupnya. Insya Allah sihat.

Kalau nak tambah kualiti kesihatan kita boleh la ambik suplemen. Hehe. Shaklee suplemen semulajadi TERBAIK tau!

Kalau nak boleh roger k!


Terima kasih Majalah Mingguan Wanita!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

1 comment: