Monday, 17 November 2014

Pecah ketuban : Wajib ke solat lagi?

Assalamualaikum semua!

Arini saya gali ilmu agama sket. Hehe. Nak tau bila situasinya saya tak perlu solat bila dah sakit nak bersalin.

Sepertimana yg kita sedia maklum solat tu wajib. Even dalam keadaan sakit pon kita kena tunaikan tanggungjawab ni. Musafir ada rukhsahnya. Kita boleh solat jamak & qasar. Manakala bila sakit pon ada rukhsahnya. Boleh solat duduk sehinggala sampai nak solat nak guna isyarat mata sahaja. Indah kan Islam?  :)

So skang tengah prepare. Semoga bila rasa sakit datang, ketaatan tu menyapa lebih daripada kesakitan. Semoga dengan solat & zikir tu la yg meringankan rasa sakit nak bersalin tu. So walaupon masuk wad, selagi belum bersalin, sediakan telekung ye kawan2! :)

Kalau dah pecah ketuban macam mana?

Bila dah pecah ketuban, maka tanda awal proses kelahiran baby pon bermula. Air ketuban bertindak sebagai pelindung baby sahaja. Sebab tu la walaupon ketuban dah pecah ataupon keluar darah lendir tanda nak bersalin, maka ibu hamil masih wajib solat.

Mana rukhsah nya kalau kat sini? Sebab biasanya kalau ketuban dah pecah, contraction menjadi2 kan?

So rukhsahnya adalah kalau kita yg sakit nak bersalin ni masih mampu berdiri dan solat macam biasa, bolehla solat selepas bersihkan diri. Kalau tak mampu, boleh solat duduk atau berbaring.

Kalau kita terlalu lemah sampai tak mampu membersihkan diri dan tempat solat dari cecair dan darah yg keluar berterusan tu macam mana pulak?

Masa ni la masuk waktu darurat yg mengharuskan perkara dilarang. Maksudnya bukan tak perlu solat. Hehe. Jangan malas sgt. Maksudnya kita harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat & berwudhu'.

Seboleh2nya janganla tangguhkan waktu solat sbb kita tak tau bila kita bersalin. Kang kot terbersalin plak darah yg keluar sekali dengan anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Bila darah wiladah atau nifas keluar, maka kita dah berhadas besar. Bila dalam hadas besar, haram untuk kita menunaikan solat.

Darah yg keluar SEBELUM kita melahirkan anak adalah darah istihadhah. Bukan kategori darah haid & darah nifas. Maknanya bukanlah kita dalam keadaan berhadas besar selagi kita belum melahirkan anak. Darah campur lendir masa proses nak bersalin jugak dikira istihadhah atau darah fasad atau darah penyakit yg masih mewajibkan kita untuk solat.
Macam mana nak solat bagi kita yg istihadhah ni?

Senang je. Islam kan mudah.

  • Bersihkan tempat keluar darah tu. 
  • Pakai tuala wanita. 
  • Ambil wudhu dengan segera. 
  • Solat dengan segera.

Kalau ada darah keluar masa kita tengah solat, maka ianya adalah dimaafkan dan solat tu sah. Dan kalau diikutkan, wudhu wanita yg istihadhah ni sah untuk satu solat fardhu dan beberapa amalan sunat lain.

Macam mana nak solat duduk?

Boleh refer gambo bawah ni k.


Kalau diikutkan memang ada khilaf ulama'dalam isu ni. 

Mazhab Hanafi & Hanbali berpendapat darah yg keluar sebelum melahirkan adalah darah istihadhah. Maka kita diwajibkan solat. 

Sebahagian ulama' Hanbali berpendapat darah yg keluar sebelum bersalin dalam sehari atau 2 hari adalah darah nifas. Maka kalau di bulan Ramadhan tak perlu puasa. Dan solat pon tak perlu. 

Mazhab Syafie pulak berpendapat darah yg keluar adalah darah haid. Maka tak perlu solat, puasa & haram untuk bersama dengan suami. 

Mazhab Maliki pulak berpendapat darah yg keluar adalah darah haid kalau keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung. Tapi kalau keluar pada bulan ketiga dan seterusnya selama 20 hari berterusan atau lebih, maka itu adalah darah istihadhah. 

Bagi penduduk Malaysia yg bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ni. Iaitu ianya adalah darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata2 Imam An-Nawawi dalam kitab beliau : 

فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض 
Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :
Pendapat Syafie yg baru darah yg keluar adalah haid, pendapat Syafie yg lama, ianya bukan haid. Tapi telah disepakati oleh ulama Syafie pendapat yg sohih adalah ianya darah haid. - Al-Majmu' I/412.

Betul Malaysia bermazhab Syafie. Tapi Imam Syafie pernah cakap : Apabila kamu menemui dalam kitabku sesuatu yg berlainan atau berlawanan dengan hadith Rasuluah SAW, peganglah hadith baginda dan tinggalkan pendapatku itu. 

Oh ye, jangan syadid sangat. Sampai cari di mana dalil Imam syafie bercakap camtu. Hehe. 

Indahnya Islam bila ada perbezaan pendapat macam ni. Setiap mazhab ada kaedah dalam mengeluarkan hukum sendiri. Yang penting, Islam membenarkan umatnya berbeza pandangan, asalkan ianya tak membawa kepada kerosakan aqidah dan merosakkan hubungan persaudaraan. 

Sebab tu pada saya, kalau nak ikut pendapat mazhab Syafie, ikutlah. Kalau prefer pendapat Jumhur, maka ikutlah. Sebab yg menentukan terima atau tidaknya amalan kita adalah DIA. =)

And yes, semua masalah, sama ada kecil atau besar hendaklah kembali merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Kena ada ilmunya jugak. 

So kesimpulannya, mengikut jumhur ulama' darah nifas adalah darah yg keluar atas sebab kelahiran, makanya selagi kita belum bersalin, maka kita diwajibkan solat. Once dah bersalin baru la haram solat. Jangan jadikan sakit bersalin sebagai alasan ok. Mana tau solat tu la yg memudahkan urusan kita bersalin nanti. :)

Tapi kita fokus balik pada tajuk.

Kalau pecah ketuban masih perlu solat ye semua. Bila dah keluar darah tu yg ada khilafnya. 


Ok, esok kita gali ilmu lain pulak ok!!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent with 1st Class Consultation for sure!

28 comments:

  1. Twnkiu..tp lau kita duk dlm dewan bersalin...sdg kontruksyen n sdg cek jantung baby..tiba2 azan.
    masih wajib solat x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refer dengan doktor atau jururawat yg bertugas untuk cek sama ada condition kita dibolehkan untuk solat atau tak. Kalau dah bukak nak dekat 10 cm mungkin tak munasabah untuk kita solat. Mesti diorang suruh tahan untuk bersalin. Hehe. Wallahu A'lam. =)

      Delete
  2. Tp td sis kata tetap kena.solat.selagi kita tak bersalin. Jwpn sis kat atas ni lain pulak. Tak munasabah nak solat pula kalau bukaan 10cm. Justeru pendapat imam shafie nampaknya lbh memberi pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu saya ckp khilaf tu bagus. Kalau taqlid pada pendapat syafie maka teruskan la. Tak perlu solat dan anggapla darah yg keluar tu darah haid. :)

      Kalau org ada ilmu ijtihad yg lebih kadang2 diorg lebih berhati2. Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Kesimpulannya, kalau ketuban pecah, masih wajib solat. Kalau darah keluar, ada khilafnya. Jangan gado2 naa. Saya pon bukan ustazah. Sekadar berkongsi pendapat yg saya baca je. :)

      Delete
    3. biasa klu ketuban pecah...mmg dh waktu bersalin...tnggu push je

      Delete
    4. Tak jugak. Saya aritu pecah ketuban 17hb 12. Tapi bersalin 19hb. So pecah ketuban tak semestinya terus dapat push dan bersalin. Hehe. Sebab saya sendiri macam tu. Wallahu a'lam.

      Delete
    5. betul puan marina. ada org pecah ketuban tapi bersalin 2-3 hari selepas tu malah ada yang sehingga 2 minggu baru bersalin. Terima kasih atas perkongsian ilmu puan. Saya pun bersiap sedia untuk kelahiran kedua. Apa yang saya paham selagi ada kudrat dan selagi mampu menunaikan solat tunaikanlah solat sebab ianya wajib. Jika tak salah saya ada baca mengenai solat tunjuk waktu. Solat begini terpakai ketika keadaan sakit yang melampau dan ketika itu masuknya solat atau kita nampak jam di labor room pukul 7.30 malam misalnya dan kita tahu maghrib dah masuk tapi kita sedang bertarung menahan sakit yang menyukarkan kita untuk bergerak. Kita bole untuk menggunakan isyarat mata sahaja dan niat lah di dalam hati yang kita tahu waktu maghrib sudah masuk tanpa perlu berwudhuk. maaf kalau ada pandangan lain mengenai solat tunjuk waktu ni. wallahu a'lam

      Delete
    6. Betul tu orangbiasa. Selagi ada kudrat solat masih wajib. Saya pon bukan pandai sangat. Sama2 la kita timba ilmu. =)

      Delete
  3. Btul tu.... dah dlm labour room camne...

    ReplyDelete
  4. Panduan Solat Untuk Pesakit di sini boleh juga digunakan

    https://www.youtube.com/watch?v=Vta64ve8WZM
    https://www.youtube.com/watch?v=xV64hYqYh6E
    https://www.youtube.com/watch?v=Y8gP0gU509U

    ReplyDelete
  5. Assalam. Mcm mn pulak kl doc check jln.. wajib bersolat lg kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau soalan2 rigid gini elokla disalurkan kepada org yg lebih arif. Sebab tajuk yg dibincangkan hanya sekadar kalau pecah ketuban perlu atau tidak solat. Saya takut saya salah advice pulak nanti. Yg penting, bertaqlidlah mengikut pendapat yg dirasakan boleh diikuti. :)

      Delete
  6. "Maksudnya kita harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat & berwudhu'."

    Syarat sah solat adlh dgn m'bersihkan dri dr hadas dan wajib b'wudu'.dlm keadaan darurat xbleh guna air pn kna tayamum..klu x sia2 solat dan x sah.bleh mtk tlg nurse,suami,family klu dah darurat sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. Betul apa yg dicakapkan tu. Maksud saya kat atas kalau darah yg keluar tu keluar secara berterusan. Dan kalau kita ambil pendapat jumhur kita masih belum berhadas besar. Sebab itu hanya darah istihadhah. Betul. Kalau dah darurat & tak boleh berwudhu maka bertayammumla. Mungkin nak kena karang panjang lagi ni. Hehe.

      Delete
    2. Bagi yg agak kurang jelas dan kurang faham mungkn statement tu akan menimbulkan kekeliruan.seolah2 xperlu berwudu', xperlu bersihkan hadas.klu darah tu msih keluar bleh pkai pad nk elakkan dr kotorkn tmpt solat.berwudu' mcm biasa n solat.

      Delete
    3. Betul. Saya setuju. Terima kasih atas pencerahan. Pakai pad tu dah dimaklumkan. Cuma bab lain tu belum cukup jelas. Terima kasih banyak ye.

      Delete
  7. Salam sis. Boleh tolong nyatakan sumber ilmu yg sis dapat ni dari mana? Contohnye dari ceramah agama (nama ustaz/ustazah), buku (tajuk buku dan penerbit), website lain or etc. Harap dpt dikongsikan utk sama2 gali cari ilmu agama. Terima kasih ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berkaitan dengan pendapat mengenai darah yg keluar sebelum bersalin ni boleh la refer kepada website Ustaz Zaharuddin. Sebab bab khilaf ni memang jelas. Cuma nak taqlid mengikut pendapat yg mana tu kena lebih sket la ilmu ijtihadnya. Hehe. Boleh jugak refer video ustaz azhar idrus berkaitan dengan darah nifas dan wiladah ni.

      Bab darah sebelum bersalin ni hanya bab furu' aje. Macam yg saya cakap sebelum ni. Asalkan jangan sampai menjejaskan aqidah maka dah ok.

      Benda mudah sebenarnya. Cuma kadang2 kita ni gemar bertapi tapi. Hehe. My 2 cents. Kalau rasa kuat dan mampu maka solat lah. Asalkan syarat sah solat dipatuhi. =)

      Delete
    2. Boleh jugak rujuk Kitab:

      روضة الطالبين وعمدة المفتين
      (Jilid 1 muka surat 64)-mewakili kitab Ulama’ Syafi’iyyah

      بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع (Jilid 1 muka surat 189)-mewakili kitab Ulama’ Hanafiyyah

      المغني (Jilid 1 muka surat 352)-mewakili kitab Ulama’ Hanabilah

      الفواكه الدواني على رسالة ابن أبي زيد القيرواني (Jilid 1 muka surat 471)-mewakili kitab Ulama’ Malikiyyah

      عون المعبود (Jilid 1 muka surat 359-)-Kitab Hadith Imam Abu Daud

      Delete
    3. Terima kasih. Saya baru bersalin 8 december hari tu. Waktu zohor saya dah ada di labour room dan hadapi kontraksi. Air ketuban pun dah pecah. Saya sentiasa teringat nak solat. Tapi tak berdaya. Nak pegi toilet pun nurse x benarkan. Mereka bawak bekas utk saya buang air atas katil. Baby lahir sebelum waktu asar. Maka saya nak tanya, perlukah saya qada' solat zuhur tu lps habis nifas nanti?

      Delete
    4. Ini apa yg saya faham dan ingat tau. Sebab dah lama tak bukak kitab masa belajar kat uia dulu. Tinggalkan uia pon dah nak dekat 5 tahun. hehe.

      Apa yg saya ingat, wajib qadha' kalau kita tertidur atau terlupa. Dan dalam kes bila kita sengaja, maka jadi lebih wajib sebab diqiaskan pada kes tertidur dan terlupa tadi tu. Ini pendapat Jumhur Ulama'.

      Dalam kes kalau darah nifas dah keluar sebelum waktu asar, maka pada saya tak perlu nak qadha' solat tu. Sebab ada golongan yg dikecualikan daripada qadha solat termasuklah wanita yg dalam keadaan nifas. Wallahu a'lam. Kalau ada pendapat lain boleh la utarakan kat sini. Hehe.

      Delete
  8. Selgi blom bersalin,wajib solt..cukup dgn mnghormti solt dgn berbaring n mnutup aurat..ingt!!!msti solt wajib..walu apa keadaan pon slgi bby blm kluar

    ReplyDelete
  9. Iya...saya pun perlukan rujukan dr sumber mana ya? Jika boleh berikan link page ustaz/ape2la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau dah keluar darah, masih lagi solat.. Dan biasenyer kalau belum buka 4 cm keatas, dr x tahan labor room..dan kita masih boleh solat.. Sekiranya dalam labor room, sekiranya mampu, kita boleh solat..sbb mase dlm labor room , kite boleh keluar masuk toilet..sekiranya dah 8-10 cm , adalah lebih baik utk tidak berganjak.. Dikuatiri mengundang bahaya pada ibu n anak..

      Delete
  10. Kalau dr check bukaan x der masalah, dr akan sentiasa check bukaan.. Kadang2 ibu2 nie , duduk di ward , ada sebilangan yg x solat,,x tutup aurat.. Kita kene jaga aurat kite, pakai tudung di ward, melainkan duduk bilik single...insya'Allah . Allah mempermudahkan.. Tq

    ReplyDelete
  11. tq sis atas perkongsian ini....pada saya artikel ini cukup bagus untuk panduan kita. Tetapi jika ada kemusykilan tentang pertentangan mazhab boleh refer terus kepada ustaz/ustazah yang berkelayakkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul puan. Kalau ada kemusykilan boleh la rujuk pada yg berkelayakan. Saya hanya berkongsi sebab tak nak untuk pregnancy seterusnya kita ambik mudah kan. Sama2 belajar la. =)

      Delete