Thursday, 6 November 2014

My Foods To Eat List Before Delivery

Assalamualaikum korang!

Haha. Tajuk macam kelaka je kan. Tapi itulah hakikatnya. Sebab tu izinkan mak buyung gelak dulu sebelum entri dikarang. Kah kah.

Saya ada satu senarai panjang. Di mana senarai ni adalah senarai "to eat list" ala2 to do list la ni. Sebelum saya deliver saya sukeeee sangat kalau dapat makan semua ni. Al maklumlah, nanti dah bersalin dah kena start berpantang. Pantang 44 hari pastu ada certain benda kena pantang 100 hari. Hoho. Jenuh la nak menunggu. Mau meleleh air liur tengok. Hehe.

Ape pon, layankan aje la ye. Selain daripada checklist barang nak ke spital dan keperluan baby, saya buat jugak to eat list ni untuk kepuasan sendiri. =P

Orang lain ada foods to eat list before you die. Mak buyung ada foods to eat list before u deliver. Keh keh. 


Monterey Chicken Chillis


Dulu, masa suami keje Chilis senang je mak buyung dapat makan. Skang. Nak kena masa yg sesuai sebab suami pon bukan ada di sisi. Ipoh pon takde Chilis. Haha. Sedapnye la hoi. Terbayang2 dah ni makan mashed potatoes yg bukan dibancuh. Memang pure kentang. Sedapnyeeeee.....


Cheese Nan RSMY


Pernah tengok cheese nan ala2 pizza? Kalau ditarik cheese dia jadi cam cheese pizza tu. Haaaaaaa. Mak oi. Tetiba lapo ok. Ada kat RSMY Danau. Boleh pergi. Tapi tu la. Dek kerana suami bukan kat sisiku maka kupendam dan makan ajelah nan lain yg ada, Insya Allah ada rezeki nanti nak pegi sini. Hehe.


Char Kuey Teow Mali's Corner


Budak2 UIA mesti arif beno dengan mali's corner ni. Daripada gerai biasa kat taman bunga raya kat ngan taman melati dan seterusnya ke restoran di Danau Kota. Memang char kuey teow mali's ni memang mak buyung sukkeeeeeee. Sedap ok. Rindunye la nak makan sana. Huhu.


Assam Laksa Papparich


Kalau nak makan asam laksa ni kena pegi yg area sri rampai. Kenapa? Sebab rasanya antara banyak2 Papparich, Sri Rampai ni la yg paling sedap, pekat, likat, penuh ikan, YUMMY!



Kenny Rogers Black pepper Quarter Meal


Yg ni baru je makan dalam 3 minggu sudah kot. Kerinduan pada Kenny Rogers Quarter Meal membuak2. Tahukah korang, cinta mak buyung dan suami berputik di Kenny Rogers? Haha. Kami kerja partime sana dulu. =P Garden pasta salad dalam gambo atas tu memang saya suke sangat. Lagi2 kalau banyak bawang. Tapi apakan daya. Dah takde dah Garden pasta salad tu. Dah ganti ngan ape ntah. Yg ni takde hal. Boleh pegi makan pree kalau nak. Ipoh boleh, KL pon boleh. =P



Mee Goreng Stesen Tanjung Rambutan



Ni je gamba yg dapat digoogle yg memang betul2 dari kedai ni. Kalau kami pegi, dah tentu kuantiti penuh pinggan sebab dulu mak mertua ada kedai makan kat sini. Kenal la dengan org2 kat sini. Ni je la harapan yg boleh dapat makan tiap minggu. Haha. Sebabnye kedainya kat Ipoh. Kalau balik Ipoh boleh pegi. Tapi keinginan untuk makan 5 makanan sebelum ni melebihi segalanya. Haha.


So itu la dia list yg ada. Cukup la 6 makanan je. Kang kalau banyak2 kot2 tak dapek plak. Haha. Lapo tetiba. Bila lapo mula la nak makan macam2. Dulu kalau tinggal dekat sket ngan KL boleh la nak melencong makan pape yg diingini. 

Sekarang kena tunggu balik Ipoh. Tu pon kalau ada makanan tu kat Ipoh. 

Semoga wish list mak buyung terlaksana. Haha.

Lepas tu kita telan Omega Guard dengan Lecithin berjemaah ok!

Suami ada arini. Boleh makan sedap!

Jumpe esok ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!





2 comments:

  1. silap timing masuk blog ni...hahaha...tengah lapaq ni...

    ReplyDelete
  2. wahhh.. histeria tengok makanan.. naann cheese.. char k.teow.. waaa. ok .. haha, nampak tak saya gila makan.
    BERBALOI KE BELI OMEGA GUARD DARI SHAKLEE??

    ReplyDelete