Tuesday, 18 November 2014

Mandi Wajib lepas bersalin : Wiladah & Nifas

Assalamualaikum semua!

Semalam kita dah gali sket ilmu pasal solat selepas tanda bersalin keluar. Kalau ada yg tak baca lagi boleh la rujuk ke Solat Lepas Pecah Ketuban Wajib ke? ni. Saya dah kupas dan rujuk website berkaitan dan jugak bersandarkan ilmu agama yg tak seberapa ni. Hehe.

So arini apa kata kita gali pulak pasal mandi wajib lepas bersalin.



Pernah dengan Mandi Wiladah atau Nifas? Haaaa. Kalau sebelum ni tak tau, molek sangat la refer sini. Kadang2 kita terlepas pandang benda ni kan. Dulu saya pon takde la nak mencarik sangat ilmu2 gini. Tapi kali ni kalau boleh nak tunaikan kewajipan selagi mampu. Insya Allah.

So apa bezanya Mandi Wiladah dan Mandi Nifas ni?

Mandi Wiladah ni adalah mandi wajib yang kita buat selepas kita melahirkan anak. Perkataan wiladah tu sendiri lahir dari kata dasar Wa La Da. Orang yg belajar Bahasa Arab pandai la bab ni. Saya tak berapa pandai. Tapi boleh la. Kata belaja sekolah agama. Pastu masuk UIA amik LLBS. Kih kih. Takat kata dasar ni boleh lagi la. =P

So mandi wiladah ni kita lakukan selepas kita melahirkan kandungan dan keadaannya adalah bersalin yg takde darah. Diwajibkan ke atas kita bersandarkan pada Ijtihad dan Qias, bukannya berdasarkan kepada Nas. 

Kenapa ada istilah mandi wiladah ni?

Sebab bukan semua wanita bila melahirkan anak akan keluar darah nifas. Contohnya macam yg bersalin czer. Kadang2 darah nifasnya tak keluar. Maka dia kenala mandi wajib jugak. Cuma mandi wajib tu dinamakan mandi wiladah. Tapi kebiasaannya darah nifas akan keluar jugak walau macam mana sekali pon cara kita melahirkan anak. Dan dalam kes2 bila ada keguguran tak kira la janin tu dalam bentuk darah beku ataupon seketul daging.

Kalau ikutkan pendapat Imam Syafie, maksud wiladah ni merujuk kes tertentu sahaja. Apa kes tu? Bila wanita melahirkan anak tanpa darah nifas dan termasuk wanita yg mengalami keguguran.


Wanita yg melahirkan anak ni sebenarnya ada 3 keadaan :
  • Kalau dia melahirkan anak tanpa diiringi nifas, maka WAJIB mandi wiladah sahaja & wajib solat selepas tu walaupon masih dalam pantang.
  • Kalau dia melahirkan anak dengan diiringi nifas serta merta, maka WAJIB baginya mandi nifas sahaja selepas kering darah nifas & wajiblah dia mendirikan solat selepas tu.
  • Kalau dia melahirkan anak pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah & mendirikan solat. Kemudian kalau darah nifas datang dalam masa 15 hari selepas melahirkan anak, maka berhentilah solat dan wajib mandi nifas bila darah nifas kering. Lepas tu baru solat.
Faham tak? Mudah je kan?

Nifas pulak acaner?


Mandi wajib kerana nifas adalah disebabkan darah nifas tu sendiri. Lepas je darah nifas tu berhenti atau kalau tak berhenti, masa sederhana yg dianggap darah tu darah nifas adalah minimum 40 hari dan 40 malam dan maksimum 60 hari 60 malam.

Maksudnya kalau lebih 60 hari darah masih tak berhenti, maka itu bukanlah darah nifas lagi. Kita wajib mandi nifas ok!

Darah yang keluar bersama dengan baby semasa proses kelahiran tu sebenarnya statusnya menjadi khilaf ulama'.

  • Mazhab Syafie berpendapat, ianya bukan darah nifas tapi darah penyakit. Mazhab Syafie meletakkan syarat bagi darah nifas, hendaklah darah tu keluar selepas rahim kita kosong sepenuhnya. Maknanya baby dah keluar sepenuhnya daripada rahim kita. Kalau sebahagian ke badan baby yg keluar dan masih ada separuh lagi yg belum keluar walaupon sedikit, maka darah yg keluar tak dianggap darah nifas. Macam kes anak kembar la. Kalau sorang lagi kat dalam perut, darah yg keluar tu bukannya darah nifas lagi.
  • Bagi Mazhab Maliki dan Hanbali, darah tu dah dikira sebagai darah nifas. Once proses kelahiran berlangsung maka darah yg keluar tu darah nifas sekalipon baby belum keluar dengan sempurna.

Kesimpulannya, darah nifas ni apa dia?

  • Darah yg keluar daripada rahim perempuan selepas melahirkan anak walaupon setitik.
  • Darah yg keluar daripada rahim dalam masa 15 hari selepas melahirkan anak, minimum 40 hari dan maksimumnya 60 hari.

Maka, darah yg keluar selepas 15 hari bersalin BUKAN darah nifas dah. Tapi darah Haid. 


Bila waktunya kita nak mandi wiladah & nifas ni?

Meh saya ingatkan sekali lagi ok.

Takde istilah kita kena mandi 2 kali. Kalau kita bersalin tanpa darah dan lepas tu takde darah nifas, maka kita mandi la Wiladah. 

Kalau kita bersalin (bersalin tu maknanya kita ada hadas kan) kemudian tu ada darah nifas (nifas tu hadas yg kedua), maka kita tunggu darah nifas kering dan mandi sekali je. 

Tak payahla nak mandi wiladah dulu pastu nifas pulak. Macam tak logik. Sebab kita bagi contohla dengan hadas kecik ye. Kita dah ambik wudhu, kemudian kita pergi toilet kencing. Dah batal wudhu kan? Masa nak keluar toilet kita terlanggar tangan suami. Pastu kita masuk bilik tido pengsan. Berapa kali kita kena berhadas kecil balik? Sekali je la kan. Takkan nak amik wudhu sampai 3 kali. Kih kih.

Islam tu kan mudah dan memudahkan. Kenapa nak mandi banyak kali pulak ye tak?

So agak2 faham tak?

Kalau nak faham lagi boleh refer Kitab Al-Wajiz Fi Al-Fiqh Al-Islami karangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Kalau tak faham boleh comment kat bawah atau roger saya ok. Atau kalau nak membetulkan apa yg salah pon silakan. Saya pon belajar mengkaji jugak ni. Hehe.

Satgi kita jumpe lagi. Saya nak share testimoni best sangat!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!




24 comments:

  1. Nurzalina Harun21 May 2015 at 10:10

    Terima kasih. Satu sesi perkongsian yang sangat jelas.... =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..sgt membantu sy yg baru keguguran.

    ReplyDelete
  3. Saya baru kguguran, itu dikirakn mandi wiladah saja ke? Perlu mandi 40hari lagi ke?

    ReplyDelete
  4. bagus perkongsian ini.. tq sis! :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis..
    Kalau kte nk mndi nifas tu wktu ptg slpas zhor bole kn..

    ReplyDelete
  6. Maknanye kalau lepas bersalin diiring dgn darah nifas,kite xperlulah mandi wiladah kan?hanya mandi nifas je la kn??betul x?

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info. Padat n senang nak paham

    Igtkan lepas branak kene mandi wiladah. Lpas hbis drah mndi nifas plak ntuk smbhyg. Huhu.

    ReplyDelete
  8. good share..dah ank 4,baru tau..hehe

    ReplyDelete
  9. Perkingsian yg jelas..tq.. pernah dgr dlm you tube ustad azhar idrus mengenai ni

    ReplyDelete
  10. Perkingsian yg jelas..tq.. pernah dgr dlm you tube ustad azhar idrus mengenai ni

    ReplyDelete
  11. salam skrg saya dah 43 hri dah kering dah darah perlu tak saya tgu 60 hri or hari 43 tu saya mandi terus je nifas n mulakan solat tq

    ReplyDelete
  12. salam skrg saya dah 43 hri dah kering dah darah perlu tak saya tgu 60 hri or hari 43 tu saya mandi terus je nifas n mulakan solat tq

    ReplyDelete
  13. salam skrg saya dah 43 hri dah kering dah darah perlu tak saya tgu 60 hri or hari 43 tu saya mandi terus je nifas n mulakan solat tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Xperlu tgu. Boleh terus mndi nifas. 60 hari tu maksimum nifas. Means kalau dh kering sblm 60 hari, boleh terus mndi..

      Delete
    2. Wslm. Xperlu tgu. Boleh terus mndi nifas. 60 hari tu maksimum nifas. Means kalau dh kering sblm 60 hari, boleh terus mndi..

      Delete
  14. As salam. Saya aru keguguran minggu lepas. Mandi wajib bila darah dah kering ke??

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..hari tu saya keguguran masa 03/04/2016..dan saya blum mandi hadas nifas atau hadas apa2. . sya cuma mahu tahu..perlu kah saya mandi nifas , atau cuma mandi hadas biasa sahaja..trima kasih. .

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..hari tu saya keguguran masa 03/04/2016..dan saya blum mandi hadas nifas atau hadas apa2. . sya cuma mahu tahu..perlu kah saya mandi nifas , atau cuma mandi hadas biasa sahaja..trima kasih. .

    ReplyDelete
  17. Tq perkongsian Dan penjelasan.pening juga bila Ada orang cakap, lepas Bersalin je kene Mandi wiladah.lepas tu, bila dah habis darah nifas Mandi nifas pulak

    ReplyDelete
  18. Tq perkongsian Dan penjelasan.pening juga bila Ada orang cakap, lepas Bersalin je kene Mandi wiladah.lepas tu, bila dah habis darah nifas Mandi nifas pulak

    ReplyDelete
  19. Ilmu y bagus utk dikongsi...sy pun kurang faham antara wiladah dan nifas ni..sbb sblom ni 2 kali bersalin czer.. mmg bila besalin operate ni badan dibius selepas bersalin mmg xdpt bergerak n xrasa...xtahu pula darahnya keluar time bila...nak mandi wiladah lepas operate mmg xdpt lah. Biasa hari ke 2 baru dpt bangun dr katil n berjlan ke tandas.. maka nya sblom2 ni sy cuma mandi Hadas Nifas shj

    ReplyDelete