Saturday, 22 November 2014

Kelahiran pramatang vs Kelahiran matang

Assalamualaikum semua!



Hari ni tetiba nak cerita pasal kelahiran matang & pramatang. Kenapa? Sebab kalau masa saya hamilkan Zidane dulu, minggu 35 ke minggu ke 36 ni memang crucial sgt.

Hari ni 35 minggu 4 hari saya mengandung. Kalau dulu minggu ke 36 dah bersalin. Hehe. Cepat sgt Zidane nak keluar. Tp sakit contraction ya Rabbi. Lama nye. Sakit nye. Tuhan aje yg tau. Sakit dr kul 12 tgh malam. Lepas subuh pegi spital dah dilated 4cm. Nak tunggu 10cm sampai kul 3 ptg. Lebih 12 jam tahu. Seksa. Akhirnya Zidane keluar kul 3.26ptg. Ayah Zidane tak sempat tengok proses meneran keluar Zidane sbb kul 3.24ptg misi call dia suruh masuk labour room. Sementara nak jalan tu amik masa 2 minit Zidane dah selamat diteran. Haha. Tp takpela. Ade la jugak husband. Boleh temankan jap. Pastu azankan. Alhamdulillah. Sebab tu skang dok standby je. Risau terbersalin sensorang.

Bila dikatakan kelahiran tu kelahiran pramatang?

Kalau baby dilahirkan sebelum minggu ke 37 kehamilan, maka masa tu la kita anggap kelahiran tu pramatang.

Bayi matang kebanyakannya dilahirkan masa masuk minggu 37 ke minggu ke 42 kehamilan. Due date pulak pada minggu ke 40 usia kandungan.

Di Malaysia hanya 8% bayi yg dilahirkan pramatang. Zidane masuk dalam 8% tu lah. Cuma zidane dianggap borderline premature sbb 36 minggu tu masih dianggap selamat untuk dilahirkan.

Macam mana kelahiran pramatang ni boleh berlaku?

Takde sebab tertentu sebenarnya. Tp tanda2 kelahiran pramatang tu boleh dikatakan berpunca daripada perkara2 berikut:
  • Pecah ketuban awal disebabkan jangkitan kuman pada air ketuban dan selaput ketuban. Pernah dengar tak ada pendapat yg mengatakan once air ketuban keluar tak kira banyak atau sikit, ambikla vitamin C. Untuk elakkan jangkitan kuman pada baby. Bagus gak amalan ni. Sebab nak pastikan baby tak kena jangkitan. Sebab ketuban tu kan ibarat perisai. :)
  • Pernah alami kelahiran pramatang. Walaupon anak ni pengalamannya lain2,tapi baiklah kita ambik pre caution steps. Kot la anak yg berikutnya ikut perangai abang dgn kakak dia. Hehe.
  • Kandungan lebih daripada 1. Dalam kes ni kembarlah.
  • Uterus & serviks yg luar biasa.
  • Kandungan yg ada komplikasi misalnya tekanan darah tinggi masa hamil atau pon uri ke bawah.
  • Kurang sokongan sosial. 
  • Pengambilan alkohol, dadah berbahaya dan merokok masa hamil. 
  • Jangkitan pada salur kencing. 
  • Jangkitan sejak lahir dari dalam uterus. 
  • Kecacatan semulajadi sejak lahir.

Baby pramatang ni biasanya dilahirkan kecil dan ada sifat2 pramatang bergantung pada usia kandungan.

Contohnya kalau lahir pada minggu ke 22 ke minggu ke 28, biasanya beratnya antara 500gm hingga 1000gm. Masuk minggu ke 32 berat baby tu mungkin mencecah 1500gm. Kalau normal nya 37 minggu ke atas tu biasanya 2.5kg ke atas.
Macam Zidane, lahir masa minggu ke 36. Berat Zidane hanya 2.28kg. Hehe. Kecik aje. Macam ibu dia. Kah kah. :P

Boleh ke anak2 pramatang ni survive?

Dah tentu boleh! Ibu2 kena kuat ok! Kalau kita tak bg sokongan pada baby kita sape lagi. Dalam masa yg sama, masyarakat sekeliling pon kena la bg semangat sama. Ibu2 lepas bersalin ni dah penat. Bawak perut hampir 9 bulan. Pastu  kalau ada masalah pape pada baby lepas bersalin dah tentu down sket. Macam saya dulu, Zidane kuning je. Tp risaunya saya teruk jugak. Haha. Sampai lari2 daripada misi yg buat lawatan ke rumah. Bila pikir balik mmg karut. Tapi itu pengalaman la. 1st time ibu. Memang gitu. Hehe.

Anak2 pramatang ni kena ada extra care sket. Sebab kadang2 ada gejala atau tanda2 yg baby ni tak berapa sihat depends on apa komplikasinya.

Contohnya maybe ada yg ada masalah pernafasan. Kena cek la baby tu kot2 ada nafas berbunyi, hhdung kembang kempis, nafas kencang, kulit warna biru dan suhu badan tak stabil.

Kena cek jugak kalau ada komplikasi lain macam sindrom kesesakan nafas disebabkan kekurangan cecair yg dipanggil serakan dalam paru2 atau pendarahan dalam otak yg melibatkan kapilari darah di sekitar vertikal dalam otak.

Antara komplikasi lain termasuklah jaundis. Macam Zidane la ni. Sebab sistem metabolismr bilirubin yg tak matang. Lama gak la Zidane kuning dulu. Huhu.
Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus pramatang, jangkitan dalam darah, paru2, selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus pon antara komplikasi yg mungkin akan dialami oleh baby pramatang ni.

Selain daripada tu, komplikasi lain termasuklah penyakit retina yg tak matang, penyakit paru2 yg kronik hasil daripada kerosakan paru2 disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi. Salur darah yg menyambung antara jantung dan paru2 tak tertutup yg mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi dan inguinal hernia disebabman kelemahan otot2 di pelipat peha pon antara komplikasi awal dan pertengahan yg mungkin dialami oleh baby pramatang ni.

Antara komplikasi lewat pulak:
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidakupayaan untuk belajar
  • Perkembangan lambat 
  • Tumbesaran yg perlahan

Kadar kematian baby pramatang ni adalah tinggi walaupon mendapat rawatan rapi. Baby yg lahir pada minggu 26 hingga 28 minggu mengalami kadar kematian antara 30% -  50% manakala baby yg lahir sebekum 26 minggu mempunyai kadar kematian antara 80%-100%. 

Baby yg lahir melebihi 34 minggu pulak biasanya mempunyai 90% peluang untuk hidup.

Macam mana nak jaga baby pramatang ni?
Kena ada penjagaan khas ke?

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang baby tu sendiri.

Biasanya di hospital, diorang akan cek:
  • Suhu badan baby
  • Tahap gula dalam badan
  • Bekalan nutrisi yg diperlukan

Dan kalau perlu perlulah dirawat dalam inkubator. Baby yg hampir matang iaitu lebih dari 35 minggu yg lahir dalam keadaan sihat boleh diberikan penyusuan eksklusif.
Macam Zidane dulu boleh dok dengan saya dalam wad macam baby lain jugak. Dan selalunya baby pramatang ni perlukan susu formula sbg tambahan pada peringkat awal umurnya. Zidane dulu camtula. Tapi tak lama pon. Abis setin dua jugak. Sumpah mak buyung insaf pastu. Hehe.

Boleh ke kita elakkan kelahiran pramatang ni?

Ibu hamil tak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol. Jagaan pra kehamilan utk yg ada masalah perubatan kronik macam diabetis pon perlu dititik beratkan. Penjagaan awal antenatal dan berkala pon boleh mencegah komplikasi kehamilan supaya kelahiran pramatang ni dielakkan.

Apepon kan, sebenarnya semua tu kalau nak jadi, jadi jugak. Cuma bila dah ikhtiar, kita doa la semoga baby lahir setelah matang. Insya Allah semuanya selamat.
Tadi ada cakap kalau nak elakkan komplikasi semasa hamil kena buat penjagaan antenatal awal dan berkala kan?

Jangan lupa ambil suplemen jugak. Kalau nak cuba Shaklee bole roger saya ok.

PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797 ok!

Jumpe esok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!

 

No comments:

Post a Comment