Saturday, 29 November 2014

Jalan-Jalan Kuala Selangor

Assalamualikum semua! 

Hari ni nak cerita santai2 aje. Hehe. Maklumla hari Sabtu. 

Kelmarin akak opis ada bgtau kat saya yg hari Sabtu Ahad ada trem yg naik ke Bukit Malawati. Memandangkan Zidane memang kaki keretapi maka ini memang peluang terbaik untuk kami anak beranak spend sket quality time bersama. Amik kesempatan sebelum bersalin ni. Padahal mak buyung dah sarat beno kekdahnya. Huhu. 

Kitorang sampai kat bawah Bukit Malawati dalam kul 10 pagi. Jarak Bukit Malawati dengan rumah tak sampai 5km. Haha. Tak sampai 10 minit dah sampai. Kalau rumah ke opis dalam 6 minit. Dekat je. 

Sampai2 je ramaila jugak pelancong cina dengan melayu yg dtg. Yg cina tu memang dari tanah besar China kot sebab 1 bas ramainya. Pegi bayar RM5 untuk tiket trem. Sorang RM5. So 2 orang dewasa RM10. Zidane free. Sebab umo 1 ke 2 tahun free of charge. 

Pas bayar, trem pon sampai. Maka menapakla kami naik trem tu. Oh ye, kat bawah tu ada tempat untuk amik gamba dengan burung kakak tua. Kalau nak amik gamba, sekor RM10. Ada 5 ekor semuanya. Ada lotong jugak kat bawah tu. Hati2 la kalau bawak beg plastik. Kang lotong tu kejar kita sebab nak amik beg plastik kita tu. Takut jugak. Tapi lotong ok sket daripada kera. Hehe. 

Kat atas Bukit Malawati tu ada muzium permainan tradisional, ada makam, ada rumah api. Meh saya belanja gamba sket. 










Tu gambo2nya. Gamba mak buyung takde sebab jadi tukang snap je. Hehe. Malas la nak amik gambo arini. Dah panas lagipon. So my advice is kalau nak pegi elokla pegi lg awal. Kalau boleh 8.30 pg tu dah ada beratur beli tiket trem. 

Lepas turun daripada Bukit Malawati tu, trem tu bawak pegi taman ikan air tawar. Kat bawah bukit je. Tapi kitorang tak turun. Malasla. Lagi2 Zidane sebenanye dah memerut masa sampai tadi. Abis pampers. Haha. Kat umah tak nak plak memerut. 

Sampai je kat tempat trem tu kitorg pon lunch pastu balik. Tu je la aktivitinya. Sampai rumah dalam kul 12 tengah hari. Pastu masing2 tido kepenatan. Bukan penat sangat pon. Panas je lebih. 

Kalau jalan2 ke Kuala Selangor, singgahla ke Bukit Malawati. Pastu boleh singgah cendol Bakar. Makan cendol plak. Nah gambo cendol. 


Ok. Tu je cite hari Sabtu kitorg. 

Jumpe esok plak ye! 

Jangan lupa. Esok final day untuk dapatkan Omega Guard dengan harga berbaloi2 ok! Beli 6 Free 1. Beli 2 dapat 5% off. Apa tunggu lagi kan? 

Kalau nak boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 016.331.4797. Prefer WhatsApp ye semua! 

Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 




No comments:

Post a Comment