Saturday, 1 November 2014

Hari Sabtu Zidane

Assalamualaikum semua!!

Nak bgtau ni. Ni kali ke dua dalam masa 10 bulan. Saya dan Zidane menghabiskan weekend berdua di Kuala je. Tak balik Ipoh. Huhu. Kalau tak pantang Jumaat berdesup balik.

Bila weekend dengan mak buyung maka memang dok umah la jawabnya. Tapi hari ni terlebih cergas sebab siap basuh baju. Basuh baju bukan dengan mesin ok. Dengan tangan. Haha. Bajet senang bersalin nanti kalau cergas buat kerja ni. :P

Tapi nampak Zidane kalau tak keluar rumah atau terkurung je mesti mula dedar. Ni pon tido awal. Hidung pon macam tersumbat. Bila kita tanya Zidane dia demam ke dia cakap tak. Sebab dia tau kalau dia cakap dia dedar atau demam maka tak lama lepas tu kain basah akan singgah kat kepala dan badan dia. Dia x gemar la jelum2 badan ni. Tu je. Hehe. Satgi kalau dia jaga nak kena hadiahkan nutriferon la. Tak sanggupla anak demam ni. Satgi nak merap je jenuh. 

Nak bawak anak dalam perut lagi. Yg 4th trimester ni pon nak dukung sama. Kalau tak kena mood dia kan, masa solat pon dia mintak saya dukung. Cer bayang macam mana tabahnya mak buyung bawak anak kat dalam dan luar. Solat sama2. Rasa nak nangis hoi.
Kalau la saya panjang umo, ditakdirkan nanti mana tau zidane pon PJJ ngan isteri dia, akan kuhambat zidane pegi dok sekali ngan isteri dia.

Sebab saya dah merasa. Macam mana rasanya hidup dengan anak kecik sendiri. Tambah bila mengandung lagi ni. Macam mana rasanya mengurus diri sendiri dengan anak kecik. Susah. Memang susah. Kadang2 menangis  sendiri. Huhu.

Takpela. Komplen lebih pon tak boleh. Sebab bukan semua orang faham. Kalau faham pon mungkin tak peduli. So takpela. Anggapla sebab Allah tau kita kuat.

Entri kali ni lebih kepada luahan hati. Eceh. Macam poyo je kan. Pape pon. Nak kongsi video pengakuan seorang abang. Hehe.

video



Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

1 comment:

  1. sabar yer mak buyung tak lama lagi bahagia menantimu hehe

    ReplyDelete