Tuesday, 25 November 2014

Happy Anniversary B!

Assalamualaikum semua!

Saya tahu saya ada janji nak share pasal cara hilangkan stretch mark gaya Shaklee arini. Tapi apakan daya. Kih kih.

Memandangkan arini adalah 3rd anniversary kami, maka saya ambil keputusan untuk postpone entri tu ke esok hari. Jangan marah naaaaaa. Saje nak kongsi kegembiraan sket arini. Hehe.

25.11.2011. 

Tarikh itu la yg menyatukan kami, saya dan suami sebagai suami isteri. Saya kenal suami masa kami sama2 kerja part time di Kenny Rogers Kinta City masa tahun 2008. Memang mula2 berkawan. Dan saya tak malu nak cakap, saya yg mulakan perkenalan. Eceh. Sebab masa tu saya senior sket daripada dia. Saya masuk keje sana awal setahun daripada suami. Hehe. Dek kerana suami jenis yang kurang bercakap, maka saya la yg bercakap dulu. Memang betul, dari dulu sampai sekarang, itu la sifat dia. Tak bercakap banyak.


Daripada kerja part time, suami naik jadi supervisor di Kenny Rogers. Saya masih belajar masa tu. Amik LLBS. Kemudian disebabkan takde career development, yakni masih berada di takuk supervisor hampir setahun, maka suami mohon kerja di Coffee Bean Tea & Leaf sebagai manager. 

Macam biasa. Mula dari bawah. Dari Training manager kemudian ke assistant manager. Rezeki dia untuk naik tu agak cepat jugak la. Tak sampai 3 bulan tak silap saya. Suami keje kat CBTL Midvalley. Tahu2 aje lah midvalley tu macam mana. Tapi disebabkan training di tempat2 sibuk la saya rasa dia jadi cool dan tak cepat melatah. Penyabar orangnya dia ni. Hehe.




Gambo masa dia jadi manager kat CBTL Midvalley. Kurus sangat. Kah kah. =P

Suami saya ni jenis peramah dengan customer. In fact kalau regular customer tu dia tau dah apa yg diorang nak. Dek kerana perangai menjaga customer itu jugakla masa dia keje kat CBTL, ada orang ajak dia jadi manager kat Chilli's pulak. Masa tu dah kawin dah. So setelah berbincang, maka suami tender resignation letter. CBTL counter offer tapi tak berjaya.

Mula dari tahun 2011 tu la suami keje kat Chilli's. Midvalley lagi. Kah kah. Bz memanjang. Kemudian baru ditransfer ke Citta Mall yg masa tu lebih dekat dengan rumah. Alhamdulillah.

Nak cite nye kat sini la kan, lepas kawin, rezeki cukup. Melimpah ruah. Lepas Zidane lahir, rezeki bertambah sebab ada increment etc etc. Alhamdulillah.

Sebab tu nasihat saya, kepada sesiapa yg masih bujang tapi dah ada pilihan hati, jangan la risau dan takut rezeki tak cukup. Allah dah tulis rezeki yg kita akan dapat sampai la kita mati nanti. Kenapa nak risau? Segerakan aje benda wajib, Insya Allah, Allah bantu kita. =)

Tu al-kesah sebahagian perjalanan hidup kami sekeluarga la. Daripada macam mana kami kenal sampai la lepas kawin.

So arini, setelah 3 tahun kami diijab qabulkan, Alhamdulillah, kami masih teguh berdiri di belakang masing2, Di sebalik jatuh bangun, kami bertatih. Memang betul, mesti ada dugaan. Tapi dugaan tu lah yg menjadikan kita sebaik2 insan. Sebab kalau tak tahan, memang akan jadi la pergaduhan, perceraian. Saya menghadap muka orang bercerai setiap hari. Mujur kerja bahagian syariah ni. Banyak belajar. Kalau kita rasa masalah kita dah cukup besar, masalah orang lain kadang2 lebih besar daripada yg kita rasakan. 

Semalam masa beli barang dapur, dia offer nak masakkan chicken chop dengan chilli tuna pasta. Pagi tadi lepas solat subuh dia tanya saya nak ke tidak bawak sarapan chilli tuna pasta pagi ni. Saya cakap tak payah. Last2 menyesal sebab berlapo sampai lunch. Haha.

Banyak improvement saya nampak pada suami. Ini ikhlas daripada sanubari ni. Eceh. Suami saya bukan jenis yg rajin mengemas. Tapi skang dah pandai tolong. Kalau dulu semua benda nak kena suruh, skang nak cuci punggung zidane, nak tukar pampers, dah boleh harap. Hehe. Kalau dulu masa kerja partime kat Ipoh kerja main2. Tapi sekarang dah serius. Sebab bila dah kawin, dah berkeluarga, mestila ada tanggungjawab sama. Banyak yg dah berubah. Alhamdulillah. 

Walau apa pon orang cakap, walau  ada kekurangan pada suami kita, pada saya, little things yg dia buat tu la yg jadikan saya appreciate dia sangat. Saya tak expect dia terus pandai buat semua benda, semua kerja. Tapi bila ada effort untuk sama2 bantu, memang saya cukup terharu. 

Anyways, ni baru fasa awal lagi. Baru 3 tahun. Tapi untuk bertahan 3 tahun ni pon dah satu achievement rasanya. Berapa banyak kes depan saya yg kadang2 tak sampai setahun. So kalau compare dengan diri sendiri, memang Alhamdulillah sangat.

Sebab tu kena belajar bersyukur. Bersyukur aje la dengan semua yg ada. Sekurang2nya, walau suami kita ni suka tido, suka tengok bola, suka main futsal, tapi at least dia bukan kaki pukul, bukan kaki perempuan, bukan kaki botol. Tengok benda positif pada pasangan. Jangan tengok apa yg takde. Tengok apa yg ada. Jangan nak jadi perfectionist sangat. Kita sendiri pon belum tentu perfect. Sebab tu kita perlukan pasangan. We complete each other. As for me, i am blessed.

So di kesempatan ni, saya nak ucapkan Happy Anniversary kepada suami tercinta. I'm not very sure dia baca ke tidak, tapi aritu bila saya nak tunjuk entri warkah untuk anak dia kata dia baca. Haha. Itu lah suami saya. My favourite stalker. =P



Semoga impian kami nak berkeluarga hingga ke syurga ditemani anak2 akan tercapai. Insya Allah.

Oh ye, ada pesanan penaja sebelum berpisah. Pasangan kita ni pinjaman saja. Sebab tu kalau boleh sama2 la hidup bermatlamatkan akhirat. Semoga dapat berjumpa di syurga sana. Dan andai dia pergi dulu, maka bersabarla. Boleh tengok gamba kat bawah ni. Persiapan untuk saya jugak. =)



I love u b. My love for u grows every single day. =)



Regards,
Marina, The Good Wife of Yours =P

(Arini lain sket sebab mood anniversary) Haha. Jangan marah. =P





2 comments:

  1. hepi anniversary momi! semoga bahagia selamanyaaa... aminnn

    ReplyDelete