Thursday, 13 November 2014

Fasa Penting ketika Bersalin

Assalamualaikum semua!

Harap dapatlah bersabar dengan mak buyung sebab entri tiap ari pasal bersalin dan kehamilan. Hehe. Bagi la can sket. Lagi berapa minggu je nak enjoy berbadan dua ni. Lepas ni dah bersalin, fasa dengan anak pulak. Hehe.

Arini saya nak cerita pasal fasa dalam proses bersalin ni. Maklumla banyak membaca pasal proses bersalin ni. Betulla orang cakap, anak pertama kita macam rileks sket sebab kita tak rasa lagi sakitnya macam mana. Tapi bila anak kedua dan berikutnya mula la rasa risau sebab kita tau sakit nak bersalin ni macam mana. Tapi biasanya kalau diikutkan kata misi, bersalin anak kedua Insya Allah lebih mudah daripada anak pertama sebab 'jalannya' dah ada. Dan selalunya tak lama la. Macam Zidane dulu sakitnya dalam tengah malam dalam kul 2 ke 3 pagi. Kemudian bersalinnya keesokan harinya. Walaupon masa sampai kat spital tu dah bukak 4cm, tapi bersalinnya kul 3.26 petang. Azab la hoi menahan sakit. Lagi2 lepas air ketuban dipecahkan. Huhu.

Apa fasa penting yang ada masa bersalin ni?


Peringkat pertama : Pelebaran serviks. Dalam fasa pertama ni pon ada beberapa fasa jugak.

  • Fasa awal : Pra kelahiran. Masa ni uterus mula mengecut atau menegang. Contraction biasanya adalah lebih sakit dan bukannya macam Braxton Hicks yg tak kekal dan tak sakit. Setiap daripada kita ada ritma dan rentak kelahirannya sendiri. In fact ada yg tak sedar pon yg dia sedang mengalami kontraksi awal. Sedar2 je dah bukak beberapa cm. Sebagai permulaannya, kontraksi adalah agak jarang. Dalam setiap setengah jam atau lebih. Dan kontraksi berlangsung selama sekitar satu minit. Cuba catatkan bila 1st contraction tu berlaku dan tengok selang berapa minit contraction ni terjadi. Sakit kontraksi ni akan berlaku secara berperingkat. Mula2 sakit sikit kemudian akan jadi lebih kuat dan kerap. Cara terbaik untuk membantu tubuh kita masa kontraksi awal ni adalah dengan bertenang, jangan terlalu risau dan rileks. Tahap permulaan ni penting sebab tu kalau boleh carila kaedah terbaik untuk kita bertenang. Mandi air suam, urut atau pon akupuntur misalnya. Itu antara penenang semulajadi dan terbaik untuk kita. Sebab lepas je fasa ni bolehla kita gunakan gas, pethidine dan in fact kita boleh pilih untuk guna epidural sebab fasa lepas ni contraction akan datang setiap 2 minit dan berlangsung sekitar satu minit setengah. Untuk 1st time mommies, fasa pertama proses bersalin ni biasanya akan berlangsung antara 9 jam hingga 15 jam. Sebab tu kena mentally prepared untuk 'layankan' contraction ni sepanjang pelebaran servik ni. Dan ikutkan untuk 5 cm pertama perlebaran serviks ni la yg ambik masa lebih lama. Sebab tu la masa saya lahirkan Zidane dulu amik masa dalam sekitar 12 jam untuk selesai. Dan 4 cm pertama ambik masa dalam 5 jam camtu. Huhu.
  • Fasa Aktif : Kalau ikutkan doktor, fasa aktif ni bermula bila serviks kita dah mengembang atau membuka sehingga 4 cm. Contraction akan jadik lebih kuat dan kerap dan menjadi makin panjang. Lama2 ia akan jadi semakin kerap iaitu setiap 3 hingga 4 minit dan berlangsung selama kira2 60 saat. Boleh pilih untuk ke hospital masa ni sebab kita tak tau mana la tau tetiba serviks membuka dengan cepat kan. Cuba bekerjasama dengan badan kita. Maksud bekerjasama kat sini, jangan tahan sakit tu. Lepaskan aje. Masa ni la latihan pernafasan dan teknik2 untuk rileks amat berguna. Dan masa ni jugakla suami memang sangat membantu untuk tenangkan kita dan mengingatkan kita kalau kita terlupa. Dalam sesetengah situasi, serviks akan mengembang perlahan2 atau berhenti terus. Cuba ubah persekitaran kita, banyakkan berjalan. Kalau terlalu letih, minta suami urutkan kita untuk bantu kita rileks. Duduk atau baring ikut keselesaan kita. 
  • Fasa Peralihan : Dalam fasa ni serviks akan mengembang dari 8 hingga 10 cm. Contraction jugak akan berlarutan sehingga satu minit setengah dan mungkin sampai 2 ke 3 minit. Adoi! Masa ni la kita kena ingatkan diri kita yg memang kita dah sampai masa untuk melahirkan. Gunakan masa antara contraction tu untuk berehat sebab kita perlukan tenaga kan? Masa ni jugak cara pernafasan yg betul jugak adalah penting. Nanti kita belajar teknik pernafasan yg betul ok!



Peringkat Kedua : Meneran & Melahirkan. Bila serviks dan mengembang sampai 10 cm, maka peringkat kedua ni pon bermula. Masa ni la peringkatnya bila rahim kita menolak baby ke bawah vagina. Masa ni proses meneran pon akan bermula. Insya Allah esok saya akan share tips & posisi terbaik masa meneran. Sepanjang peringkat pertama tadi, baby kita dah bergerak turun ke pangkal rahim. Bila kepala baby dah sampai ke dasar punggung dan sedang berehat berhadapan rektum, kita akan rasa nak meneran. Sama macam rasa nak membuang air besar la. Dengan setiap contraction yg ada dan setiap tolakan, baby akan bergerak sedikit ke bawah melalui vagina kita. Pada contraction terakhir, baby selalunya akan bergerak ke atas semula. Jangan frust. Selagi kepala baby kita terus bergerak ke bawah pada setiap kali contraction tu dah ok sangat dah tu. Bila kepala baby jauh ke bawah pelvis kita, perineum akan mula terbonjol. Dengan setiap contraction, setiap tekanan kepala baby akan meregangkan perineum dan merangsang pembukaan vagina. Bila dah sampai masanya, maka doktor akan bagitau yg kepala baby dah nampak. Masa kepala baby mula keluarla doktor akan minta berhenti menolak dan bernafas dengan perlahan2. Ini untuk memastikan baby kita dilahirkan dengan baik dan perlahan2 sambil mengurangkan risiko koyakan. Biasanya tempoh masa yg diambil untuk peringkat kedua ni dipengaruhi oleh banyak faktor misalnya tahap kepenatan dan ketenangan kita sendiri. Jangan risau. Sebab peringkat kedua ni akan berakhir dengan keajaiban - Baby kita berjaya dilahirkan. Bila dah keluar, memang hilang semua sakit yg ada. Betul. Yg ni saya memang setuju sangat. Magic tau! Biasanya kalau bukan anak pertama, peringkat ni akan ambil masa 5 hingga 10 minit je. Kalau 1st time mommies selalunya akan ambil masa 1 jam. Depends. Takpe. Yg penting selamat. =)

Tips untuk peringkat ni adalah jangan tahan nafas masa kita meneran tu. Ikut je badan kita menolak. Insya Allah mudah. 


Peringkat Ketiga : Pengeluaran Plasenta. Plasenta akan tertanggal dari dinding rahim sebaik sahaja kita melepasi peringkat kedua. Plasenta ni sistem sokongan hidup baby yg membekalkan baby kita nutrien dan mengeluarkan sisa buangan. Kontraksi akan berlarutan lepas bersalin dalam beberapa minit tapi sakitnya tak la teruk macam contraction awal tadi. Dan selepas 10 minit atau kurang daripada tu kita harus meneran dan membantu untuk keluarkan plasenta dan membran yg mengelilingi baby kita. Bidan yg akan cek sama ada plasenta dah habis keluar semuanya ataupon tidak. Sebab kalau ada tertinggal dalam rahim akan terjadi risiko jangkitan dan pendarahan. 

Selepas plasenta dikeluarkan, maka berakhirlah proses kelahiran. Anak yg kita kandung selama hampir 40 minggu akhirnya berjaya kita lahirkan dan dapat kita peluk sepuasnya. Masa ni boleh la kira jari baby yg selama ni kita tengok melalui scan je kan? Hehe. Terus bf anak bila rasa dah kuat sikit. Sebab kita bukan sekadar merangsang penyusuan malah boleh mengelakkan anak kena jaundice jugak.

Seronoknya la dapat peluk cium anak masa ni. Bau syurga tu. Hehe. Tak sabo plak rasanya. Takut masih ada. Tapi seronok tu lebih. 

Semoga Allah mudahkan urusan kami.

Nak suplemen Shaklee? Boleh roger saya.

Nanti kita jumpe lagi ok!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!




  

2 comments: