Tuesday, 11 November 2014

Cara induce kelahiran secara alami

Assalamualaikum semua!

Tengah hari ni nak cakap cara kita nak induce kelahiran secara semulajadi. Cara2 ni boleh la diamalkan lepas kandungan berusia 37 bulan ye. Kalau buat awal sangat kang risau terbersalin awal pulak. Hehe.

Jom tengok jom! Senang je!




  • Berjalan : Berjalan masa pregnant ni boleh membantu mempercepatkan proses kelahiran. Bila kita berjalan, maka kepala baby akan turun ke pelvis kita. Terima kasih encik graviti dan lenggang kangkung kita berjalan tu. Hehe. Bila ada tekanan pada pelvis maka ianya akan bagi tekanan pada serviks kita untuk bersiap sedia untuk melahirkan. Dan betul, dengan berjalan dapat membantu mengakibatkan kontraksi berlaku dengan lebih kerap. Cuma janganlah berjalan sampai kita takde tenaga pulak nak bersalin nanti. Kena ada tenaga yg cukup untuk teran baby keluar. So jalan dan kemudian duduk bila penat ok!


  • Seks di akhir kehamilan : Katanya sperma ni mengandungi prostaglandins - hormon yg membolehkan serviks kita dilate dan terbuka dengan mudah. Lepas tu pulak, bila kita capai orgasm, hormon oxytocin akan dilepaskan. Bila hormon oxytocin dilepaskan, kita akan mula rasa contraction. Wallahu A'lam. Tapi tak salah mencuba sebab dari pembacaan, memang majoritinya kata begitu la. Hehe.


  • Evening Primrose Oil : Di barat, ramai midwives yg cadangkan EPO ni sebabnya EPO boleh menyebabkan bukaan serviks dan boleh induce kita bersalin secara semulajadi. Boleh ambil dalam bentuk kalpsu atau sapukan minyak tersebut pada serviks di minggu terakhir kehamilan. Ada jugak yg cakap boleh masukkan kapsul tersebut ke dalam vagina. TAPI. Tolongla consult dengan doktor dulu. Jangan pepandai je ye. Wanita hamil yg ada masalah placenta previa ataupon uri dalam keadaan rendah memang tak boleh ambil EPO ni. Take note ye. Takde kajian yg mengatakan kalau ambil EPO ni selamat. Sebab tu referla kepada yg pakar.


  • Castor Oil : Saya tak pasti castor oil ni dalam bahasa melayu apa. Tapi katanya minyak jarak. Sejenis minyak sayuran. Bila kita consume minyak jarak ni, akan stimulate kita punya usus dan dalam masa yg sama akan menyebabkan contraction bermula. Bagi mereka yg takde 'show' pon yg diorang nak bersalin, pengambilan minyak jarak ni boleh menyebabkan cirit birit. Hehe. Pulak. Bottom line nye tetap sama. Consult lah dengan doktor yg rawat kita. =)


  • Makan makanan pedas : Wow. Ni mak buyung suka. Sebab memang jenis suka makan pedas. Kih kih. Ada yg percaya kalau kita makan makanan yg pedas, sama macam minyak jarak akan menyebabkan usus kita terangsang dan akibatnya berlakulah contraction. Of coz la takde bukti yg mengatakan makanan pedas adalah inducer bersalin secara natural. Tapi kalau kita jenis boleh makan pedas, apa la salahnya mencuba kan? Dan ingat satu benda je. Jangan makan pedas banyak sangat. Nanti heartburn. Hehe.


  • Akupuntur : Seni perubatan dengan cara memasukkan jarum halus pada bahagian badan tertentu dikatakan boleh stimulate aktiviti di dalam rahim. Orang cina biasa la dengan akupuntur ni kan. Mengikut testimoni ramai ibu yg hamil, dikatakan akupuntur ni memang cara semulajadi untuk induce kelahiran. Tapi ada juga yg berpendapat kalau la baby tu tak bersedia nak keluar, buatlah akupuntur macam mana sekali pon, takde maknanya dia nak keluar. Hehe.


  • Acupressure : Pernah dengar tak? Yg ni lebih kurang macam akupuntur cuma tekanan yg diberikan pada point2 pada badan tu tak menggunakan jarum halus. Sebaliknya hanya menggunakan jari. Macam urut tapi bukan urut. Rasionalnya, dengan meletakkan tekanan pada certain points pada badan boleh stimulate aktiviti dalam rahim, sama macam akupuntur. Dan dikatakan ada 2 points yg boleh induce kelahiran secara semulajadi. Pada ruang antara ibu jari dengan jari telunjuk & pada bahagian kaki dalam 4 jari di atas pergelangan kaki. Wallahu A'lam. 
  • Nipple stimulation : Kan kita digalakkan untuk stimulate puting untuk bersiap sedia bagi sesi penyusuan nanti? So katanya massage puting boleh menyebabkan hormon oxytocin dirembeskan. Sama macam menyusukan anak la. Kan ada yg cakap menyusu anak masa mengandung tak digalakkan sebab takut jadi contraction lepas hormon oxytocin dirembeskan. Dan ada yg cakap kalau dok lama sangat massage boleh menyebabkan contraction yg kuat yg boleh menyebabkan degupan jantung baby jadi lemah. Pada saya mudah, Follow your own body. Sebab so far saya masih menyusukan Zidane, Alhamdulillah. Takde masalah. Case to case basis maybe.


  • Urutan : Ada kajian menunjukkan massage ni boleh meningkatkan tahap hormon oxytocin dalam badan. Oxytocin lagi kan? Oxytocin ni hormon selesa dan gembira. Bila kita rasa gembira la hormon ni dirembeskan. So bila kita massage mestila kita selesa kan? Sebab tu la dikatakan banyak contraction bermula pada waktu malam, waktu kita tido dengan suami sebab kita rasa selesa. Saya takut nak berurut masa pregnant ni. Takpela. Tahan la sket. Nanti lepas bersalin boleh la berurut. Bestnya!

Itu la dia antara cara semulajadi untuk induce kelahiran. No wonder orang dulu2 suruh kita banyakkan berjalan lepas minggu ke 37. 

Tapi. Saya dulu berjalan banyak masa minggu 34. Terus bersalin ngam2 minggu 36. Hehe. Kerja pon asyik turun naik tangga kan.

Harapnya kali ni ikut la due date yg diberikan tu. Sebabnya banyak nak kena plan ni. Risau kalau suami tak sempat datang sambut baby. Hehe.

Ok, kang kita sembang lagi ye!

Nak cuba produk Shaklee?

Jangan lupa kontek saya!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independant Distributor with 1st Class Consultation for sure!


1 comment:

  1. semoga akak dipermudahkan urusan.. bila tiba masa sy nnt, baru sy tau situasi pregnant n nak lahir tu mcm mana.. moga semua dipermudahkan Allah...
    BAGAIMANA NAK TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN BERKESAN??

    ReplyDelete