Monday, 3 November 2014

Cara dan Adab menyambut kelahiran bayi mengikut Islam


Assalamualaikum semua dan selamat tengah hari!



Rata2 dah tau Che Ta dah selamat melahirkan anak perempuan. Alhamdulillah. Tahniah. Cantik sungguh anak2 yg baru dilahirkan ni. Baunye Masya Allah. Wangi. Sebab tu baby baru lahir ni baunya ibarat bau syurga. Tapi sungguh la. Comel betui anak Che Ta tu. Haha.

So arini nak share cara dan adab menyambut kelahiran bayi.

  • Bersihkan bayi : Sesudah sahaja anak yg baru dilahirkan keluar dari rahim ibu, maka kena la bersihkan atau mandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak tu bersih dan sihat. Bayi yg dah dibersihkan hendaklah dipakaikan dengan kain tuala atau apa2 kain yg bersih dan lembut.
  • Ucapan Tahniah : Bila kita dapat tahu yg ada rakan2 kita baru menerima cahaya mata, maka kita kena la bagi ucapan tahniah untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran tu.
  • Azan : Lepas je anak tu dilahirkan maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kiri. Ada hadith Nabi yg bermaksud : "Sesiapa yg dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Sibyan." Ikutkan pendapat sebahagian ulama', Ummu Sibyan ni jin perempuan. Ada jugak yg mengatakan apa2 aje yg menakutkan anak dan ada yg mengatakan angin yg menyebabkan sakit.
  • Tahnik : Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk kemudian dimasukkan pada mulut bayi. Gerakkan perlahan2 ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Lepas tu manisan tu akan masuk ke rongga tekak. Ada yg cakap tahnik dilakukan untuk memudahkan bayi ketika menyusu. Selain tu, tujuan bertahnik ni adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengajar anak tu nanti supaya bercakap benda2 baik dan bercakap manis dan benar. Dan seelok2nya org yg mentahnik bayi tu adalah org yg soleh supaya baby tu mendapat keberkatan. 
  • Mencukur : Seelok2nya mencukur ni dilakukan pada hari ketujuh kelahiran baby tersebut. Kemudian rambut tu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin. Kalau tak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Ada kebaikan bercukur ni. Dari sudut kesihatan boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala iaitu sejenis cecair beku yg meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut hidup bermasyarakat pulak bercukur menggalakkan umatnya bersedekah di samping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya.
  • Aqiqah : Untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing. Afdhal jugak dilaksanakan pada hari ke tujuh kelahiran sebagai tanda kesyukuran. Biasanya majlis aqiqah ni dilakukan sekali dengan majlis kesyukuran. Dan di majlis kesyukuran tu la kiranya kita bersedekah. Nak lagi bagus, jemputla anak yatim dan faqir miskin. 
  • Berkhatan : Berkhatan ni sunat untuk kaum perempuan dan wajib bagi lelaki. Tapi ada jugak pendapat lain yang tak nak la saya sebut kat sini. Tujuan berkhatan ni adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah. Kalau ikutkan para saintis moden pon menggalakkan khatan bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin. 
  • Nama anak : Sunat menamakan anak2 yg baru dilahirkan dengan nama2 yg baik. Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah baby tu diazankan dan diiqamatkan atau pada bila2 masa yg difikirkan sesuai.

Itu antara cara dan adab menyambut kelahiran bayi mengikut Islam yg boleh kita ikut. 

Dulu masa lahirkan Zidane, tak dapat la nak pantau semua benda ni sebab dia keluar tetiba. Haha. 36 minggu terus keluar. Sabo aje la. Semenjak dua menjak ni dah banyak memikir dah. Maklumla. Lagi2 suami bukan ada dengan kita. Berserah dan tawakkal aje lah. Kena doa banyak2 ni. =)

So untuk ibu2 yg nak melahirkan tu jugak, jom la kita ikut selagi boleh cara dan adab menyambut kelahiran bayi ni. Semoga anak2 yg kita lahirkan ni membesar menjadi generasi yg taat kepada Allah dan hidup kerana Akhirat. Saham kita tu. Kita pon dapat bahagian nanti.

Nak beli suplemen Shaklee? Roger meh!


Regards,
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!

2 comments: