Monday, 24 November 2014

Cara atasi stretch mark ketika hamil

Assalamualaikum semua!

Arini mak buyung nak cite pasal cara atasi stretch mark masa hamil. Stretch mark kat bahagian abdomen tu biasa terjadi pada ibu hamil. Lebih2 lagi bila dah memboyot. Perut dah besar kan. Kulit tak dapat nak tampung berat perut. Tapi takdela sampai terkoyak plak. Hehe. Indahnya ciptaan Allah. Sebab kulit sekadar meregang. =)


Seram tak? Hehe. Pengorbanan seorang ibu dan isteri tau. 


Arini jugak mak buyung kejenya dok menggaru perut. Gatai la hoi. Orang lain yg pernah pregnant pon mesti pernah rasa gitu kan. Kulit kering la ni. Pastu takde inisiatif nak sapu krim ke minyak ke apa ke. Hehe.

Tapi takpela. Ape pon, jomla kita sama2 belajar cara nak hilangkan atau kurangkan stretch mark pada kulit kita ni. 


Cara pertama : Buat perubahan pada gaya hidup untuk mengelakkan stretch mark. Macam mana?

Makan makanan yg berkhasiat untuk kulit.

Mungkin kebanyakan kita dah makan makanan yg seimbang untuk memastikan baby kita dapat vitamin dan nutrisi yg cukup. Sambil2 tu masukkan sekali dalam diet harian kita makanan yg boleh menyebabkan kulit kita lebih anjal  dan elastik supaya dapat mengelakkan stretch mark ni. Makanan apa yg boleh bantu? 

  • Makanan yg kaya dengan anti oksidan yg menyuburkan kulit dan melindungi kulit. Makan banyak bayam, blueberry, strawberry dan buah2an dan sayuran segar. 
  • Makan makanan yg ada Vitamin E yg membantu melindungi sel dan membran kulit. Makan kekacang, avocados, brokoli.
  • Makan makanan yg ada Vitamin A yg memperbaiki tisu kulit. Makan lobak, ubi keledek, mangga, squash dan lada benggala merah. Lada benggala ke nama dia? Haha. Alah, red bell peppers tu.
  • Makan makanan yg ada Omega 3 yg membantu mengekalkan sel membran yg sihat dan menjadikan kulit kita berseri2. Boleh makan ikan, minyak ikan, walnuts, telur dan tiram.

Kekal hydrated.

Air membantu untuk detoks badan kita dan memastikan sel kulit kita sihat. Sebab tu kita digalakkan minum air secukupnya dengan cara:
  • Minum 8 gelas air setiap hari. Cuba bawa 1 botol yg boleh isi 2 gelas air. Refill 4 kali setiap hari supaya kita dapat minum 8 gelas sehari. Takde la rasa susah sangat nak minum air. Hehe.
  • Minum air teh herba. Pilih teh tanpa kafein yg bantu badan untuk kekal hydrated. Dalam masa yg sama boleh menghilangkan bosan minum air kosong je.
  • Makan sayuran atau buah2an yg jenis berjus banyak. Ni macam salah satu cara untuk pastikan badan kita cukup air. Makan salad dengan timun, lada benggala dan saderi. Pilih tembikai, strawberry, tembikai susu etc


Bersenam ketika hamil.

Bersenam sebenarnya membantu kulit kita lebih elastik dan anjal. Dalam masa yg sama jugak, senaman membantu kita untuk mengelakkan berat badan yg terlalu banyak dan mendadak. Rasa sibuk sangat? Cuba cara ni:
  • Bersenam sebenarnya memudahkan badan kita untuk terima kehamilan. Buatla senaman ringkas supaya darah boleh circulate dengan baik dan membuatkan kita selesa jugak. 
  • Sape yg pandai beryoga bolehla buat yoga. Yoga kan lembut2 gitu. Banyak fokus jugak kan. 

Tambah berat secara berperingkat. 

Tahukah korang yg stretch mark terjadi bila kita tambah berat badan dengan banyak dan mendadak. Sebab tu kalau boleh dapatkan berat secara beransur. Jangan mendadak sangat. Macam mana nak elakkan berat naik mendadak? 
  • Jangan makan macam makan untuk 2 orang. Makan lebih banyak kalori daripada masa sebelum hamil. Bukan makan 2 kali ganda banyaknya. 
  • Kalau teringin makan pape, rasa sikit je. Jangan melantak plak. Hehe. 

Cara Kedua : Mulakan regim penjagaan kulit yg baru untuk elakkan stretch mark. Acaner tu? 

Berus badan setiap hari.

Gunakan berus kering untuk meningkatkan pengaliran darah demi memastikan kulit kita sihat. Kalau boleh gunakanla berus yg diperbuat drpd natural fibers. Jangan berus yg keras sgt.  Mula berus dari kaki ke atas. Fokus pada kawasan yg stretch mark mungkin terjadi. Misalnya kat bahagian pinggul dan abdomen. Lepas berus, mandi la untuk buang sel kulit mati. Dalam gosok2 tu jangan gosok bahagian payudara sebab kulit di bahagian tu lebih sensitif dan boleh terjejas bila diberus.


Jangan guna mandian yg ada bahan kimia pada kulit.

Banyak sabun badan yg ada sulfates yg boleh menyebabkan kulit kering. Bila kulit kering, maka kulit akan jadi kurang anjal dan kurang elastik. Gunakanla sabun yg menggunakan minyak semulajadi yg boleh memastikan kulit kita lembap dan terhidrat daripada sabun yg menjadikan kulit kita hilang kelembapan. Boleh jugak cuba : 
  • Minyak kelapa sebagai cleanser yg lebih sihat. Sapu ke seluruh kulit, bilas dengan air suam lepas tu lap dengan tuala lembut. Macam kat spa plak. Hehe. 
  • Kalau kulit kering, tak perlu pakai sabun pon takpe. Gunakan je air suam pastu lap je. Sebab sabun ni kadang2 mengeringkan aje. 

Gunakan pelembap.

Penting untuk kita gunakan pelembap untuk pastikan kulit kita terhidrat. Lebih2 lagi kulit kat bawah perut, bahagian tepi perut, belakang, peha dan kaki. Penggunaan losyen yg kerap takkan menyerap terus ke dalam kulit untuk pastikan kulit kita terhidrat. Sebab tu la untuk wanita hamil, lebih elok ambik produk khas untuk ibu hamil atau gunakan minyak semulajadi. Apa yg ibu hamil boleh guna untuk pastikan kulit terhidrat? 

  • Bio oil, cocoa butter, minyak almind, shea butter dan minyak wheatgerm adalah antara minyak yg popular dan efektif untuk melembapkan kulit masa hamil ni. Minyak yg dihasilkan darilada kambing biri2 ataupon pure lanolin pon elok digunakan oleh ibu hamil. 
  • Lembapkan kulit di waktu pagi dan malam selepas kita mandi. Kalau ada rasa gatal2 tu maknanya kena tambah pelembap la kat area tu. 
  • Gunakan pelindung matahari kalau kita keluar pegi berenang atau kalau kita terdedah dengan matahari.

Cara Ketiga : Kekalkan rutin yg sihat dan baik selepas melahirkan anak. 

Teruskan makan makanan yg sihat.

Teruskan makan makanan yg baik untuk kulit. Jangan tinggalkan buah2an dan sayur2an segar, kekacang, ikan dan avokado selepas kita lahirkan baby. Waktu selepas melahirkan anak tu la yg paling sesuai untuk memastikan kulit kita terus dapat vitamin yg secukupnya untuk renew sendiri dan kemudian recover daripada meregang. Jangan terus diet dengan cara yg tak sihat semata2 untuk dapatkan bentuk badan yg slim mlim. Macam mana kita dapat berat badan secara berperingkat masa hamil aritu, maka sama jugakla kalau kita nak kurangkan berat badan lepas bersalin. Kemudian pastikan kita terus terhidrat untuk bantu kulit kita jadi anjal dan elastik. 

Teruskan bersenam.

Lepas bersalin ni la masa yg sesuai untuk bersenam tanpa limit. Sebab sebelum ni kena jaga2 gak sebab pregnant kan. Bersenam 4 ke 5 hari seminggu dan fokus pada kawasan berikut:
  • Latihan kekuatan. Bina otot yg kuat memang membantu kita untuk menganjalkan kulit. Boleh cuba angkat berat dan bekerjasama dengan trainer untum pastikan senaman yg sesuai untuk kita. 
  • Workout kardio macam berenang, berlari dan berbasikal memastikan kita terus sihat dan kemudiannya mengembalikan bentuk badan kita ke bentuk badan asal.

Rawat stretch mark.

Kalau la stretch  mark tu susah sangat nak hilang, maka kita kenala rawat sementara masih baru. Gunakan stretch mark salve yg mengandungi glycolic acid pada abdomen dan tempat2 yg ada stretch mark tu. Bolehla gunakan krim yg mengandungi retinoids. Dikatakan kalau guna krim yg ada 2 benda ni boleh mempercepatkan proses merawat stretch mark tu. Tp kalau menyusukan anak kalau boleh elakkan krim yg ada retinoid ni. Kalau tak boleh jugak, guna laser je. Hehe. Tapi takkan la sampai ke tahap tu kot. Tp tak taula kan. Org ni macam2.


Itu antara cara nak rawat stretch mark. Esok saya kongsi cara rawat stretch mark dengan Shaklee. Berbaloi sangat. Sihat dalam. Sihat luar. 

Tunggu esok ok! 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 


2 comments:

  1. Memang sakit mata tgk stretch mark.. dengan gatal lagi. Says pernah alaminya & sejak amalkan suplemen Shaklee alhamdulillah stretch mark semakin pudar & yang penting xperlu letak pape kat perut. Saya dah la jenis yang rimas nk pakai segala benda yang berminyak2 or losyen ni..
    Cara Banyakkan Susu Ibu

    ReplyDelete