Monday, 10 November 2014

Bersalin rapat : Salah ke?

Assalamualaikum semua!

Nak share gambo ni besar2. Haha. Besar kan keluarga ni? Best2! Saya ada impian untuk dapatkan 11 orang anak. Cukup satu team bola sepak. Senang ayahnya buat kawan bermain. Boleh jadi keluarga Zidane. Hehe.



Hari ni mak buyung nak kongsi cerita pasal bersalin rapat ni. Ada orang rezekinya cukup mudah. Baru je bersalin tahun lepas, tahun ni sah mengandung lagi. Alhamdulillah. Anak ni rezeki ye kawan2. Betul. Tapi anak ni kategori ujian dan nikmat jugak. Siapa yg boleh tentukan? Kita jugak. Kalau betul didikan dan ajarannya, maka jadi lah nikmat. Nikmat dapat anak yg soleh. Insya Allah kalau kita takde nanti pon diorang akan doakan kita. Bukan ke itu saham kita di akhirat nanti? =)

Anak ni pon ujian jugak. Itu pon bergantung kepada kita ibu dan ayahnya. Kita yg corakkan anak kita jadi apa. Majusi? Yahudi? Semua atas bahu kita. Ape pon yg pasti, tiap anak Allah dah janji ada rezekinya. Insya Allah. Tapi takdela rezeki datang sendiri. Kena la usaha ok!

Jarak Kehamilan yg BAIK

Tu dia. Berapa lama sebenarnya dikategorikan sebagai jarak kehamilan yg baik?

Kalau ikutkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia ataupon WHO menggalakkan jarak antara 2 tahun ke lima tahun. Kehamilan di bawah 2 tahun dan lebih daripada 5 tahun mempunyai risiko kepada kesihatan ibu dan anak. So for the sake of health, baik ibu mahupon anak, memang betul jarak 2 tahun tu ok sangat dah. Sebab tu Islam galakkan penyusuan sampai umo 2 tahun. Zidane dah 2 tahun 2 bulan menyusu jugak lagi. Kih kih. Tapi saya ni berpegang kepada konsep "Don't Offer, Don't Refuse". Kalau dia nak baru saya bagi. Tu pon tengah malam. Misi klinik cakap bagus ada anak yg menyusu lagi masa kita pregnant ni. Boleh stimulate susu kita. =)

Jarak kehamilan yg baik juga bergantung dan perlu disesuaikan dengan keperluan pasangan masing2. Kena la tanya pada pasangan berapa anak yg dia nak. Kalau nak 2 orang je dan umo ibu masih muda, maka boleh la nak ikut panduan 2 ke 5 tahun tu. Tapi kalau umo ibu dah 35 tahun, jarak kehamilan tu boleh la dikurangkan. Takkan la nak tunggu 2 ke 5 tahun kot. Agak2 la kan. Hehe. Cuma, untuk ibu yg dah 35 tahun ke atas ni kena la jaga kesihatan. Itu je. Ikut je apa klinik dan doktor sarankan. Kita ikut kata mereka yg pakar kan. =)

Jarak kehamilan yg baik untuk ibu yg sebelum ni menjalani pembedahan ceasarean pulak sekurang2nya 2 tahun. Nak tak nak. Tidak dapat tidak. Orang Arab cakap LA BUDDA. Kena at leats 2 tahun. Sebab takut parut operation pada dinding rahim tak sekuat dahulu untuk tahan kontraksi masa nak melahirkan nanti dan dikhuatiri rahim akan meregang atau pon pecah sehingga boleh membahayakan nyawa ibu dan anak yg dikandung. 


Kenapa Perlu Jaga Jarak Kehamilan?

Sebabnya, wanita yg hamil dengan jarak yg terlalu dekat mempunyai risiko yg tinggi untuk menghadapi masalah macam kelahiran pramatang, baby terlalu kecik dan baby mati masa dilahirkan. Ada doktor daripada University Cambridge, London mengatakan bahawa jarak kehamilan yg terlalu dekat akan menyebabkan si ibu mempunyai waktu yg terlalu singkat untuk memulihkan rahimnya. Biasa la tu kan. Risiko je. Tapi setengah orang yg takde masalah tu Alhamdulillah aje. =)

Dr Adilah Ahmad, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi ada kata, sewajarnya kalum ibu merancang kehamilan berikutnya setelah kedudukan dan kesihatan rahim kembali sempurna. Dan ada kajian menunjukkan bahawa kehamilan dalam tempoh enam bulan selepas bersalin mempunyai risiko sebanyak 2 kali ganda untuk melahirkan bayi yang tak cukup bulan iaitu kelahiran dalam tempoh 24 ke 32 minggu kehamilan. Bila premature baby ni bukannye apa. Takut tak ready untuk dilahirkan maka risiko kematian masa dilahirkan tu besar sket la compared to perfectly cooked babies. Eceh. Macam makanan dalam oven plak. Haha. 


Kenapa Perlu Rancang Kehamilan?

Merancang kehamilan tu perlu sebab:
  • Kesan Psikologi : Tak bersedia untuk mengandung adalah salah satu faktor yg menyumbang kepada perasaan panik, khuatir dan menyalahkan diri sendiri. Ramai ibu yg ambil keputusan menggugurkan anak disebabkan faktor ini.
  • Anemia : Proses kelahiran menyebabkan kehilangan banyak darah. Kelahiran secara normal dan tak bermasalah pon boleh menyebabkan kehilangan darah sekurang2nya 200 ke 400 ml. Tak masuk lagi darah nifas yg keluar selepas proses kelahiran. Dan waktu berpantang adalah waktu yg sangan baik untuk mengembalikan semula paras HB darah seperti sedia kala. Haa. Ni mak buyung kena take note. Nak kena makan makanan sihat sepanjang akhir pregnancy ni. Risau tumpah darah sebab saya ada anemia masa pregnant. Kena makan suplemen. Kena makan ubat klinik. Kena jaga makan masa berpantang. Jangan pantang teruk sangat sampai tak jaga kesihatan badan. Dek kerana nak cantik punye pasal. Nak slim. Tapi ada ke perasaan tu dalam kamus hidup ku? Kah kah. Kalo ikutkan aritu masa berpantang makan banyak aje. Haha. Takde pon nak kurus. =P
  • Rahim jatuh. Kalau ikut istilah perubatan keadaan rahim atau peranakan jatuh ni adalah prolaps uterus. Bila rahim jatuh, maka ia akan mengganggu pundi kencing, usus besar dan jugak faraj. Prolaps ni sering dikatikan dengan bilangan kelahiran. Semakin banyak jumlah kelahiran, semakin tinggi risiko menghadapi keadaan ni. Bila usia makin meningkat, lagi la kita rasa.
  • Kematian ibu pon dikaitkan dengan ibu2 yg melahirkan lebih daripada 5 orang anak. Kebanyakannya disebabkan oleh kehilangan darah yg banyak waktu bersalin.

Tapi jangan risau lah! Ini semua case to case basis. Bukan wajib pada semua orang. Kang ada yg fobia pulak bila dapat tau dia pregnant. Hehe.



TIPS!!

Tips macam mana kita nak uruskan keadaan pada hari2 dan minggu2 pertama lepas melahirkan anak bila anak rapat2 ni.

Memang susah. Tapi insya Allah dapat diuruskan, Ingat satu benda. Allah takkan bagi kita benda yg kita tak dapat tanggung. Bila Allah bagi rezeki anak, maka kita insan terpilih yg Allah rasakan kita KUAT untuk jaga semua. =)

Antara tipsnya:
  • Buat persiapan awal sebanyak mungkin. Masak dan sejuk bekukan makanan masa kita hamil supaya kita ada bekalan makanan berkhasiat sepanjang hari2 pertama selepas bersalin. Lebih2 lagi kalau kita tak nak gunakan khidmat pembantu masa berpantang atau kita berpantang sendiri.
  • Kalau ada yg nak tawarkan bantuan, TERIMALAH. Jangan sombong, malu dan takut dan rasa kita boleh handle semua benda. 
  • Jangan terlalu detail dan particular tentang keadaan rumah kita masa awal2 kelahiran tu. Biasa la orang beranak kecik. Jangan expect kita boleh lap semua habuk yg ada awal2 ni. Pedulikan kalau kita kena pakai pakaian atau tudung yg tak bergosok sekalipon. Even kalau kita ada pembantu rumah, kehadiran baby baru akan menganggu rutin setiap orang dalam rumah. So jangan la jadi perfectionist sangat ok!
  • Cuba keluar dan berjalan di luar rumah seberapa awal yg boleh untuk dapatkan tenaga. Pastikan pakai baju sesuai dan berstokin untuk elakkan pape yg tak diingini. Kang orang cakap kita tak jaga pantang pulak. Hehe.
  • Beritahu abang atau kakak kepada baby dari awal yg adiknya perlu diberikan perhatian sebab masih kecik. Ajar diorang cara sayangkan adik diorang.
  • Libatkan abang atau kakak dalam permainan dengan baby dari awal lagi dan bagitau la yg kita perlukan pertolongan diorang dan kita appreciate setiap bantuan yg diberikan untuk adik diorang.
Budak bila rasa dihargai insya Allah takde masalah. Tapi biasala. Diorang pon ada emosi diorang sendiri. Ada masa tantrum diorang jugak. Kena pandai2 la nak face every single things. Masa ni la pasangan kita adalah orang paling dekat dengan kita yg boleh bantu kita buat semua benda. =)

Secara keseluruhannya la kan, bila tau kita pregnant tak kesah la jarak kehamilannya macam mana, semua tu akan jadi rewarding experience untuk kita. Take it one day at a time, expect chaos, buat kerja rumah macam biasa, buat priority list dan terima aje semua bantuan yg diberikan.

Anak2 ni kejap je nak membesar.  Pejam celik dah masuk sekolah ok. So ENJOY!

Pada saya pulak, sekarang fasa untuk melahirkan anak je. Kalau ada rezeki setahun sekali pon takpela. Lepas bersalin nanti fasa membesarkan anak pulak! Ni dah 30 tahun hoi. Kena kejar. Hehe.

Ibu2 yg hamil tu jaga kesihatan ok! Lagi2 yg jenis berisiko tu. Jaga la kesihatan baik2.

Kalau perlukan suplemen, roger la saya. =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure!!


No comments:

Post a Comment