Sunday, 30 November 2014

Berpantang sendiri : Susah tak?

Assalamualaikum semua! 

Arini mak buyung dah masuk 36 minggu 4 hari. Alhamdulillah. Takde lagi tanda nak bersalin. Hehe. Harapnya lepas 37 minggu la baru bersalin. Dup dap jugak sebab Zidane dulu ngam2 36 minggu dah tak menyabo nak keluar. So sebab tu la arini nak bincangkan pasal berpantang sendiri ni susah ke tidak. 

Dan even dah nak masuk 37 minggu ni, kitorang masih belum decide nak berpantang kat mana. Memandangkan suami nak bekerja balik kat sini, maka kitorang pon tengah terpikir2 kat mana yg bagus untuk berpantang. Sementara saya nak bersalin ni suami takleh la nak masuk keje lagi. Sebab kalau masuk keje nanti saya bersalin dah nak kena mintak cuti pulak. Tak seronokla baru masuk keje dah nak mintak cuti plaks kan. 

Oh ye. Kedai kitorang Rumahapi Satay Celup & Grill tu sedang bercuti sebab dah berpindah ke Parit Buntar. Memandangkan kedai yg nak disewa tu di bawah pemantauan Majlis Perbandaran, maka kena la ikut prosedur. Tunggu tender dibuka. Masuk tender, interview etc etc. Standardla kan. Hehe. Sebab tu suami ada di sisi. Tolong jagakan Zidane. Tolong buat kerja rumah. Okla kan. Sebab nak dekat 9 bulan pregnant, masa ni la yg ada untuk suami tolong apa yg patut. Zidane pon kemain suka. Mana taknya. Melepas geram nak berbonding dgn ayah dia. Memang gembira sgt dia tu. Dalam keadaan camni, kadang2 muhasabah diri jugak. Kesian kat anak2 yg takde ibu ayah. Atau yg dalam broken family. Kesian tau. Sebab anak2 yg membesar perlukan kedua2 org tua diorang. Alhamdulillah. Kitorang masih boleh jaga Zidane depan mata kitorang. Tapi Zidane semakin banyak akalnya. Sabo aje lah. Haha. 

Kalau nak berpantang sendiri, maka ada beberapa perkara yg perlu dipikirkan. Confinement lady misalnya. Tp bak kata polis yg keje kat mahkamah kan. Dia sendiri jaga isteri dia masa isteri dia berpantang aritu. Kata dia, biar suami tau cara nak jaga isteri berpantang. Cara nak masak etc. Tapi tukang urut kena carik org gak la. Harapkan suami, diurut thai la jawabnya. Haha. 

So apa yg kena take into consideration sebelum kita bercadang nak berpangang sendiri ni? Jom cekidaut! 

  • Dedahkan suami dengan masakan untuk org berpantang. Kena ajar suami masak singgang, masak asam, sup, bakar. Pilih ikan yg mudah disiang supaya dalam masa yg sama kita mudahkan suami jugak. Ala, tp skang pegi je beli kat Giant. Suruh diorang siangkan. Senang. 
  • Sediakan perkakas masakan yg sesuai. Mujur ada periuk ajaib. Nak kena amik kat Ipoh nanti. Nak bakar, panggang, kukus, semua dalam tu. Tinggal nak campak2 je bahan2 masakan. 
  • Set berpantang yg friendly user. Haha. Dah macam hp kan. Rasa kali ni nak pakai NR. Take note. Saya amalkan dua2 jenis set berpantang. Moden & tradisional. Moden dah tentu Shaklee. NR pulak yg tradisional. Set Shaklee dah ready u olls. Yg NR tu nak beli lepas dapat bonus nanti. Hehe. 
  • Sarung tungku herba. Kalau nak pantang sendiri kat rumah sendiri memang jenuh sketla nak mencari daun mengkudu bagai untuk lapikkan tungku. Unless kalau kita ada confinement lady. Kalau yg jaga tu suami mithali kita, maka kita beli aje la sarung tungku herba yg dah ada di pasaran tu. Senang. Katanya RM45. Ok la tu. 
  • Sediakan jadual untuk suami prepare nak buat setiap hari. Keje yg kita tak boleh buat misalnya yg perlu gunakan kudrat, yg perlu bermain dengan air atau yg perlu jalan2 keluar rumah. Kalau ada kerja yg rasanya suami takleh nak buat, maka boleh la amik part time maid.
  • Sediakan jadual untuk diri sendiri. Just to ensure yg kita disiplin dan ikut apa yg perlu kita buat. Misalnya mandi pagi jam berapa, bertungku bila, berbengkung bila, berurut bila etc etc. Kalau rasa takleh disiplin maka hire la confinement lady. 
  • Prepare suami untuk mandikan dan siapkan anak. Sama ada si abang atau si adik. Saya dah tanya suami berani ke mandikan anak yg baby ni nanti. Katanya boleh kot. Haha. We'll see. Kalau tak saya dapatkan confinement lady. Last minute kena baya lebih. Tapi takpela. Bab uruskan anak & siapkan kita boleh la lepas tangan kat confinement lady. Suami siapkan makan minum. Hehe. 

Rasanya itu antara benda yg kita kena take into consideration sebelum berpantang sendiri. On my part plak, kalau last minute rasa takleh nak berpantang sendiri, maka memang nak dapatkan confinement lady. Keluarkan duit sket la tapi. 

Tapi apa ada hal kan. Masa berpantang ni la kita kena betul2 jaga diri. Im gonna rock this confinement. Betul. I will. Haha. 

Esok mak buyung share set bersalin Shaklee apa yg mak buyung guna ok! 

Jumpe esok! 


Regards, 
Marina, Ibu Zidane
Your Trusted Shaklee Independent Distributor with 1st Class Consultation for sure! 



1 comment:

  1. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete